iDEa untuk SaNdWiCh....

Tak ingat dah amek resipi yang BESSSHni dari mana tapi boleh dicubakan....

Roti Sandwich & Salad Kentang
Bahan-bahan untuk roti sandwich:
10 keping roti
1 tin kecil sardin (toskan sosnya)
4 sudu mayonis
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
1/4 timun (hiris halus)
3 sudu marjerin

Cara:
1. Hancurkan ikan sardin.
2. Masukkan mayonis dan gaul rata.
3. Masukkan bawang besar dan timun. Gaul sekali lagi.
4. Sapukan marjerin di atas permukaan roti.
5. Ratakan permukaan roti dengan sardin dan tutup dengan sekeping roti di atasnya.
6. Potong menjadi 2 kepingan sandwich.


Bahan-bahan untuk salad kentang:
4 biji kentang (buang kulit dan rebus serta toskan airnya)
1 sudu minyak zaiton
4 sudu mayonis
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato masak (potong dadu)
3 helai daun salad (hiris-hiris)
1/4 batang lobak merah (hiris halus)
1 sudu herba Rosemary
secubit garam

Cara:
1. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bawang dan minyak zaiton. Gaul rata.
3. Masukkan tomato, lobak merah, daun salad, garam, lada hitam dan Rosemary dan gaul mesra.
4. Campurkan bahan tadi bersama kentang rebus dan taburkan herba Rosemary.
5. Hidangkan bersama roti sandwich.

Resipi yang lain pulak...

Gambar bahan-bahan yang diperlukan....

1) Kismis Yusuf Taiyoob. Kismis dikatakan dapat memberi daya ingatan yang tinggi. Kehadiran kismis di dalam resipi ini adalah untuk membekalkan rasa kemanisan yang sihat.

2) Sayur-sayuran. Bahan yang paling penting dalam resipi ini. Para pembaca boleh membeli salad campuran di dalam kotak yang sudah diproses dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kita digalakkan memakan sayur-sayuran mentah kerana nilai nutriennya yang tinggi berbanding sayur yang digoreng.

3) Tortilla/ roti pita. Sila lihat maklumat nutrisinya; pastikan bahan ini tidak mengandungi kolestrol serta mempunyai nilai kalori yang rendah.

4) Sebagai alternatif untuk tortilla, anda boleh gunakan roti full grain ciptaan terbaru yang dapat mengurangkan kolestrol secara semulajadi.

5) Chicken ham. Membekalkan protein. Pastikan tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

6) Mayonis/Thousand Island. Untuk menaikkan kelazatan hidangan.

7) Black pepper. Untuk menambah tenaga syahwat bagi lelaki.

8) Tuna. Again, pastikan anda mengambil Tuna yang rendah lemak yang kalau boleh beli Tuna yang masih hidup di dalam tin.

Sebenarnya, kita boleh mempelbagaikan cara penyediaan roti sandwich dan sebenarnya tidak terhad hanya kepada isi sardin atau tuna sahaja. Kita boleh menggunakan isi daging atau ayam serta pelbagai bahan lain seperti daun salad, timun, mayonis dan sebagainya untuk menambah kelazatannya. Selamat MENCUBA untuk aku jugak....
♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts