14hb JUNE... Harap menjadi hari ini

Aku mengharapkan sesungguhnya dapat memberikan yang TERBAIK untuk hari ini supaya aku dapat merealisasikan impian untuk KURUS dan SIHAT.

Dirumah aku tak sempat nak makan so bawak roti gi opis...

SARAPAN (8:30 - 9:30am) : 3 keping roti kismis gardenia, dan satu mug nescafe 3+1..

TENGAHARI : nasi betul-betul sedikit (abangtu letak sikit dah aku suruh kurangkan lagi dia cam tak caya), sayur bayam goreng, ulam2, sambal tempoyak dan ikan sepat masin separuh (RM3.80 percaya tak??) ... aku memang bertekad tak nak beli kat kedai tu lagi tapi rasanya mungkin tidak cuma aku mengurangkan kebergantungan hanya kepada kedai itu sahaja. Jalan keluar dari masalah itu ialah 1) bawak bekal dari rumah sementelah aku dah masak pagi-pagikan 2) pergi ke kedai yang lain 3) makan roti @ nestum @ biskut @ apa sahaja yang sepatutnya...

PETANG (4:30pm) : Hi-Goat (106kcal)

MALAM (6:45pm) : makan nasi kuang-kuang... takler banyak sangat tapi lebih dari 10 suapan... maalumler aku pi goreng ikan masin, isyh tak menahan rasa hati... makantu ajapun dah selera habis, nasibler kontrol kot idak mau bertambah2 nasi. der lagi tak aku makan.. ha! aku makan cheezels biskitz angkara budak dua orangni...untuk satu kotak cheezelstu 100g kita lerh ambik 420kcal lebih kurang... kalau aku makan sikitpun katakan 1/3 hidangan sekalipun dah 137kcal apo!!!... oh TIDAK!!!!!! bila aku nak start diet yang sempurna ni... memang tak kuruih2ler gamaknya akuni..

Nampak cam kecik tapi bahaya....
Chili Cheezels Biskitz (Kraft)
Serving Size: 31 g, Calories: 137, Fat: 5.2g, Carbs: 19.4g, Protein: 2.6g

EXERCISE : Harini belum ada exercise yang xtreme lagipun tapi aku dah nekad, kalau waktu lunch aku kena naik turun tangga pergi ke IOI Mall... dan goyang2 masa kat ofis...


Masih gambar kenangan percutian.... sengaja memeriahkan suasana....

♥ Aku WAJIB KURUS ♥

Comments

Popular Posts