Follow Me......

Selasa, 28 Jun 2011

Fahamkan kenapa aku Wajib Kuruih!!!!

Hanya Kenangan semasa mendaki Gunung Kerinchi, Indonesia. Kenangan yang begitu manis dan berharga sekali. Aku yang pompuan satu-satunya pakai topi, masatu berat akupun dalam 55kg ke 57kg jugak....
Gambar terkini aku semasa pertunangan adik bongsu aku....
Masa dinner OSK bulan April lepas... dahler gemuk nampak sangat dah berumurnya...
Lagi semasa dinner... benci tengok gambar dinnerni...
Lagi-lagi Dinner, masa tengok gambarni memang insaf sekejap... alahai...
Isyh tak tergamak rasanya tengok aku sendiri...
Gambar masa boling antara Bandar Puchong Jaya branch ngan Taipan branch..
Dinner dengan budak ofis plus sambut besday aku di Chicken Hartz, Sunway Pyramid
Tak boleh nak cover dah memang begitu jelas sekali....
Kalau bergambar gini boleh tahan sikit kot...
Ini lak gambar paling TERKINI aku semasa menghadiri kursus BTF di Suruhanjaya Sekuriti...
Tak tergamak nak kutuk diri sendiri.. tapi memang dasatler sekarangni.. INSAFLAH....
Malas nak komen lagi... Kalau tak sedar lagi memang tak tauler nak kata apa lagikan....
♥ Aku WAJIB KURUS...♥


28/6 hingga 3/7~ Hampa belaka....

Oleh kerana dik Ya sakit blog akupun sakit juga... tapi cara aku makan idakler terhenti macam biasa dan yang paling dikhuatiri ialah aku langsung tidak menjaga kalori malah nak berexercisepun alahai tentulah TIADA.... SO, akuni camner Nak KuRuS ker Idak? Tolong Zila engkau harus berusaha untuk bertukar menjadi lebih baik.....
Apapun aku berdoa semoga anak kesayangan aku NURUL AZALIA akan cepat sembuh, tak sanggup ibu melihat adik menahan kesakitan, sekiranya boleh di tukar kesakitan ini kepada ibu, ibu sanggup menerimanya... Ya Allah berikan kekuatan kepada anak aku itu semoga cepatlah sembuh hendaknya...



Aku WAJIB KURUS...



Isnin, 27 Jun 2011

Giant Kids Run 2011

Jom skodeng kat sini :- Giantkidsrun

Oleh kerana aku akan mengikuti "Run For Fun" maka tercari-cari blog tentang berlari dan terjumpalah satu acara "GIANTS KIDS RUN 2011" yang hanya dikhususkan untuk kanak-kanak. Aku teringin nak tengok anak-anak aku aktif bersukan cam gini maka aku akan mendaftarkan nama budak dua orangtu. Oleh itu aku akan memaksa mereka untuk berlatih dan sudah pasti akupun kena berlari sama maka usaha aku untuk kurus akan lebih cepat tercapai (berangan sudah!!)

Ok antara lain untuk "Giants Kids Run 2011" nanti :-

Tarikh : 16hb September 2011, Jumaat (ada masa lagi berlatih)
Tempat : Taman Metropolitan, Kepong
Umur : Dari 4tahun hingga 12tahun
Jarak : Dari 400meter hingga 3.2km (bergantung kepada kategori)
Yuran : Bayaran sebanyak RM15 setiap anak dan pembelian minimum RM20 dari penganjur.
Penganjur : Giant Hypermarket terpilih
Lebih lanjut : Untuk maklumat dan pendaftaran di sini :-Giantkidsrun. Register NOW!!! Registration closes on 2nd September 2011 or upon reaching 3,000 participants, whichever is earlier. (katanya)

Aku WAJIB KURUS...

27hb June.... Monday...

Semoga hari ini semanis gadis ini....

SARAPAN : tak makan perpun rasanya...

10:00am : nenas sepotong

Balik anto lauk sebab tak masak tadi sempat lagi rembat roti sekeping...

TENGAHARI : makan dengan Syam kat sebelah... Nasi sedikit, ikan patin ngan ulam... lepaihtu nenas sepotong...

PETANG : Makan nasi ngan ikan masin ngan ikan goreng....

MALAM ; Nak bagi Adik makan aku yang makan lebihan yang dia tak habiskan .. BENGANG dengan diri sendiri...
Aku WAJIB KURUS...

Ahad, 26 Jun 2011

26hb June 2011.... Masih di Carre4

Harini kerja selama 12jam (wau cam tak percayajer..) sebab aku kena mula kerja dari pukul 10am - 10pm berduajer ngan Mey, alahai kesian kami. Ok jom tengok apa yang aku makan untuk hari ini...

Untuk sarapan pagi mak mertuaku, aku tapaukan dia Nasi Kerabu yang dibeli di Gerai di tepi jalan TUDM, Kinrara. Aku suka makcikni punya nasi kerabu, kira masyukler sikit dari kalau aku beli kat Pasar Malam @ Pasar Ramadhan(terutamanya)... Aku beli dua konon satu nak tapau gi Carre4 tapi terlupa lak..
Pemandangan gerai tepi jalan TUDM Kinraratu, tapi gerai makciktu takderler pulak...

SARAPAN : mula-mula makan karipap 2 ketul, dan kue katak(tak tau nama dia tapi kuetu yang hijau inti manis kat dalam seperti ditunjukkan model di bawah...

Model comel yang marah ibu dia sebab tak beli banyak kue ini, dia kata "adik suka kue ini ibu".. patutnyer aku cuba buat kue inikan ....

Still SARAPAN lagi gi kedai mamak pulak...
Makan tosei tak habispun mungkin separuh, teh tarik segelas dan telur separuh masak sebiji...
Bestnyer teh tarikni...

11:00am : Kopi dalam tin (Ali Cafe)

2:00pm : Kacang seperti dibawah..

Yang telah tertulis seperti gini Tenaga (100g) = 618kcal maka sebungkus kacang ini (40g) bermakna ada 247kcal.. giloskan kecikjer tapi mak ooooi hengat sikit lain kali...

Pukul 2:30petang gitu : Makan kat kedai per tah cam Little Penangker tahler...



Lupa per namanya tapi aku rasa sedap gak dia masak tak hanyir sangat rasa telurtu... boleh datang lagi makan kat sini..

PETANG : Minum air coke (1), air asam jawa (1)

MALAM (8:00pm) : Miss Yau belanja McD, so makan Mc Chicken, coke lagi dan fries... best sebab lapar ngat...
Balik rumah makan lagi tau .. makanper!!
OMG >>> OMG>>>> mi goreng sedap pulak... I'm sorry...

Aku WAJIB KURUS...

Sabtu, 25 Jun 2011

25/6/2011 ~ Carre4 Puchong Utama

Ok... aku berada di sini Carre4, Puchong Utama dengan misi untuk mendapatkan sebanyak mungkin akaun untuk dibuka.. Adakah misi ini berjaya? sama-sama kita ketahuinya selepas ini.

Ni bahaya aku makan Aiskrim cornetto..


Oh hari ini best dipagi hari ialah aku JOGGING dengan jayanya...

Sarapan : Al Risyad BK4.. aku makan tosei ngan teh tarik.. ehm sedapnyer...

>>lepastu aku makan paru ----->------->paru & paru... entahler...

Tengahari : Nasi bertambah2 sebab der ikan bilis kicapjer (biasaler tu), paru lagi dan sayur bayam rebus...

Malam : Food court Carre4 sizzling mee(RM5)
dan dah baliktu aku makan DOYAN.. DOYAN.. durianlertu... banyak lak tu...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Jumaat, 24 Jun 2011

24hb June....


Alamak tak berupdate blog ini sehinggalah hari selasa 28/6 oleh itu hampir keterlupaan apa yang aku makan harini... memang hilang jejak betoiler...

Yang teringat..
TENGAHARI : kedai sebelah.. nasi sedikit, keli masak sambal dan sayur per tah...

PETANG dan MALAM : makan ikan pari kak ida sebelah bagi lagi..
dan juga makan goreng pisang, karipap ... OMG!! OMG!!...
Memang aku tak berupaya menahan segalannya....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Khamis, 23 Jun 2011

23hb Jun ~ amanlah hari ini

Mulanya di sini takkan ku ulang lagi,,, oleh itu SeNyUm... SeNyUm seindah suria....maalumler aku belajar cara senyum masa kursus semalam.....
Aku memulakan hari dengan 1/2 nescafe 3+1.....
sArApAn ♥:♥ mihun + kuetiaw kedai sebelah (RM2)...
Senyum cam ginipun boleh...

TeNgAhArI ♥:♥
Nasi sesedikitnya, ikan patin (ehm.. sedapnyer), kerabu mangga dan ulam-ulaman.... sambal belacan... bestnyer kedai sebelah (RM5)dna nenas sepotong....

PeTaNg ♥:♥
Aku minum ovaltine cara aku... kue seri muka 2 potong, dan jugak aku hirup sup, ngan sayur peria goreng... goreng pisang (1)..

mAlAm ♥:♥
Pizza Hut, Giant Bandar Kinrara.... kat sini best sebab tak ramai orang yang pasti service dia ok lerkan... aku makan chicken wings (2), chicken soup sikit, lasagna (ni kebanyakan aku yang makan)....
Ni budak sangat suka Pizza kalau dak dia selalu ngat cakap nak makan pizza tiap kali mai Giantni malas nak makan Pizza ingat nak gi Secret Recipe...
Pizzani aku tak makanpun just amek sikitjer dari Azalianya portion... Azalia dah dua keping, Atikah satu setengah so memang kalau aku teringinpun tak boleh dah sekarangni, budaktu dah pandai makan....
Chiken wings ni ada 6 ketul aku makan 2 ketul yang lain suamikuler....
Lasagna ni aku yang punya... teruk tullerkan... kiranya aku yang makan sebab budak dua orang tak suka, suami aku cuma nak rasajer...
Aku WAJIB KURUS...

iDEa untuk SaNdWiCh....

Tak ingat dah amek resipi yang BESSSHni dari mana tapi boleh dicubakan....

Roti Sandwich & Salad Kentang
Bahan-bahan untuk roti sandwich:
10 keping roti
1 tin kecil sardin (toskan sosnya)
4 sudu mayonis
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
1/4 timun (hiris halus)
3 sudu marjerin

Cara:
1. Hancurkan ikan sardin.
2. Masukkan mayonis dan gaul rata.
3. Masukkan bawang besar dan timun. Gaul sekali lagi.
4. Sapukan marjerin di atas permukaan roti.
5. Ratakan permukaan roti dengan sardin dan tutup dengan sekeping roti di atasnya.
6. Potong menjadi 2 kepingan sandwich.


Bahan-bahan untuk salad kentang:
4 biji kentang (buang kulit dan rebus serta toskan airnya)
1 sudu minyak zaiton
4 sudu mayonis
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato masak (potong dadu)
3 helai daun salad (hiris-hiris)
1/4 batang lobak merah (hiris halus)
1 sudu herba Rosemary
secubit garam

Cara:
1. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bawang dan minyak zaiton. Gaul rata.
3. Masukkan tomato, lobak merah, daun salad, garam, lada hitam dan Rosemary dan gaul mesra.
4. Campurkan bahan tadi bersama kentang rebus dan taburkan herba Rosemary.
5. Hidangkan bersama roti sandwich.

Resipi yang lain pulak...

Gambar bahan-bahan yang diperlukan....

1) Kismis Yusuf Taiyoob. Kismis dikatakan dapat memberi daya ingatan yang tinggi. Kehadiran kismis di dalam resipi ini adalah untuk membekalkan rasa kemanisan yang sihat.

2) Sayur-sayuran. Bahan yang paling penting dalam resipi ini. Para pembaca boleh membeli salad campuran di dalam kotak yang sudah diproses dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kita digalakkan memakan sayur-sayuran mentah kerana nilai nutriennya yang tinggi berbanding sayur yang digoreng.

3) Tortilla/ roti pita. Sila lihat maklumat nutrisinya; pastikan bahan ini tidak mengandungi kolestrol serta mempunyai nilai kalori yang rendah.

4) Sebagai alternatif untuk tortilla, anda boleh gunakan roti full grain ciptaan terbaru yang dapat mengurangkan kolestrol secara semulajadi.

5) Chicken ham. Membekalkan protein. Pastikan tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

6) Mayonis/Thousand Island. Untuk menaikkan kelazatan hidangan.

7) Black pepper. Untuk menambah tenaga syahwat bagi lelaki.

8) Tuna. Again, pastikan anda mengambil Tuna yang rendah lemak yang kalau boleh beli Tuna yang masih hidup di dalam tin.

Sebenarnya, kita boleh mempelbagaikan cara penyediaan roti sandwich dan sebenarnya tidak terhad hanya kepada isi sardin atau tuna sahaja. Kita boleh menggunakan isi daging atau ayam serta pelbagai bahan lain seperti daun salad, timun, mayonis dan sebagainya untuk menambah kelazatannya. Selamat MENCUBA untuk aku jugak....
♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Rabu, 22 Jun 2011

DuA PuLuH 2 hb. Jun ~ Masih di SC


Module yang diguna pakai selama dua hari ini....
OH tidak seawal pagi aku dah makan DOYAN lagi... dan DOYAN lagi ... memang teruk teringin aku ini tahap tak sedar dirini..... Ok aku masih gi SC lagi hari ini tapi tak kisahler kan aku suka sekurangnya kenal ramai kawan baru dan penting sekali ialah dapat jumpa kawan OSK gakkan... lagipun kat sini leh ler kita hilangkan stress dan belajar benda yang baru walaupun hakikatnya dalam kehidupan pekerjaantu kita dah tau cuma tak perasan....

sebelum sarapan aku dah makan cucur badak seketul (aku goreng pagi tadi tau....)

SaRaPaN ♥♥ kuetiaw goreng, ngan kopi o
Kumpulan GEMPAK..... Gempakker bendanyer ntahler..

TeNgAhArI ♥♥ nasi tomato sedikitjer tau, ayam masak merah (1), ikan tenggiri, sayur campur dan buah2an wau sedap weh..

Lampu di kantin...

iNi XtVt hari pertama sebenarnya... best wooooo.....

PeTaNg ♥♥ kue cucur badak dan kue lapis...
DOYAN lagi ... wau bestnyer... memang kolestrol tinggi bangatni....
Dan biskut per tah namanya.. biskut yang banyak bijantu.. OMG aku dah lupa diriiiiii
ayam masak kicap akutu ratah jer... OMG.....

MaLaM ♥♥ tak makan per2pun... sebab rasa dah kenyang amat... dapatler susun2 rak buku tu... yang dah teramat geram sesangat berserabut....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Selasa, 21 Jun 2011

21hb June 2011 ~ Enchanting guest's experience with care

AKU berada di Suruhanjaya Sekuriti (Securities Comission~SC) Bukit Damansara selama dua hari untuk kursus "Enchanting guest's experience with care" anjuran Bumiputera Training Fund(BTF)... memang teruja sebab selalunya BTFnyer course memang superbbbbb, harapnya kali inipun sama macam yang sebelum ini...

Ok aku makan aiskrim CORNETTO... kelas gitu sepagi buta aku dah melantak bendani...

BREAKFAST : kopi "o", bihun goreng dan kuihper yerk lupa...

LUNCH : nasi sesedikitnya, ayam 2 ketul, sayur campur best, ulaman best der jering, sambal belacan, papadom, ikan masin.....

ni ha lunch gueeee...

kawan-kawan aku nak berbaris nak amek makanan, aku biasaler yang awal sentiasa...
Muka Diana yang dah kenyang disamping makanan yang dimakan beramai-ramai...


TEA TIME : kuih popia dua...

DINNER : OMG... memang hebat aku macam dan paling mengancam ialah DOYAN (durian) alamak per dah jadi sebabkan aku teringin ngat niler jadinya....
mula kat rumah dah makan roti putih ngan butter dan gula..
kat Giant Kinrara lak aku temankan budak2ni makan kat food court so aku cilok gak hor fun diaorang sikit...
lepaihtu aku makan doyan tanpa belas kesihan kat diri sendiri...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Isnin, 20 Jun 2011

20th June.... Isnin kembali lagi....

Hari ini Isnin, biasalerkan malas sentiasa bertandang lagi...

SARAPAN : mi goreng/makaroni goreng..nescafe tarik kedai sebelah..

TENGAHARI: beli kat van sebelah Proton... nasi sesedikitnya, ikan per tah masak sambal (tapi guna cili merah... sedapnyer... teringat2ni), ulam ~ kacang kelisa dan pegaga sambal belacan.. ehm sedap betotiler rasa makan.. (RM4.50)

PETANG : air ovaltine....

27/2/2011 ~ aku dapat dari mana tah katanya minumler cara gini untuk per yerk aku pun tak tulis tapi cam tuk kuruihjer :-
BLEND :-
Apple hijau ngan celery( batang daun bawang yang beso2tu) dan campurkan ngan sedikit garam. Campurkan ngan air ler sikit....
khasiat: cegah kanser,kurangkan kolesterol dalam darah,mengurangkan pening kepala



MALAM : ONTAHLER sebab dah lupa ler pulak... kuang.. kuang ..kuang...
♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Ahad, 19 Jun 2011

19jun... hari kemas rumah...

Harini kemas rumah dengan serajinnyer vacum rumah, mop lantai, kemas bilik, gosok baju, ye ha... memang best peluh-peluh walaupun dalam rumah dan tak perlu masak..

Pagi : gi bawak budak-budaktu kat taman depantu tapi memang berpeluh best sesangat. lebih kurang sejam gak di sana sambil2 tengok geng-geng wanita taman aku tu buat exercise (dulu poco-poco)....

SARAPAN : Roti (2 keping + dorina + peanut butter) dan teh tarik 3+1..

sebelum lunch makan taufu fah (satu bekas beli kat pasar malamtu)

Sebab tak nak masak beliler makanan, beli nasi beriani di JM Beriani yang di Boulevard Puchong..
TENGAHARI : nasi "o" sebab aku nak makan sambal tempoyak akutu, dan ikan rebus masak sambal.. sedap hingga termakan banyak lak nasinyer... lepaihtu makan sikit daging beriani,

PETANG : x hengatler pulak per dia yerk...

MALAM : mi goreng (ni orang sebelah lagi satu Zana bagi~ mak oooi der pinggan nak di balas lagini), apam balik,. murtabak (tak sedap no more lagi beli kat sini)...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Sabtu, 18 Jun 2011

18hb June... The Fundamentals of Technical Analysis


Harini der CPE course di HQ Jalan Ampang yang bertajuk "The Fundamentals of Technical Analysis" oleh Mr Mohammad Ashraf maka sudah pastiler ada makanan yang kadang-kadang tidak diperlukan tapi nak gak makan... camner... Okler tang coursetu seperti biasa hanya memenuhi syarat-syarat nak renew license, ilmunya dari dulu belajar technical analysis ni tak pandai-pandai...

Ok tengokler apa yang aku makan harini...Oleh kerana aku tahu der sarapan yang disediakan walaupun pukul 10.30 baru der aku tahankan diri dari amek sarapan seperti selalu aku lakukan. Tapi masalahnya mana leh tahan aku selalu makan awal pagikan...

SARAPAN(10:30pagi) : bihun goreng (tak sikit), karipap (1), nescafe

TENGAHARI (1.00tengahari) : nasi sesedikitnya, isi ikan masak masam manis, kobis, ayam kari seketul..

PETANG (3.00petang) : seri muka (4 ketul gakler tapi kecik damitjer) dan kue gelang (3ketul)

MALAM : aku makan suhun semangkuk kecik, ayam seketul, tak hengat lagiler...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Jumaat, 17 Jun 2011

17hb June... Jumaat Sudah!!

Tak sabar rasa hati nak tunggu "washing machine" baru petang ini sementelah baju dah lama tak basuh....



EXERCISE : Selepas memasak aku keluar dari rumah untuk berexercise.. best wooooo... dapatler lebih kurang 25minit.. esok harap boleh buat lagi....



SARAPAN : sebelum exercise aku act der makan 1/2 roti kaya anak aku tak habiskan.. ngan milo 3in1 (1/4)

Lepaihtu kat ofis makan roti gardenia yang kismistu ngan nescafe tarik kedai sebelah.




Breakfast

Gardenia - California Raisin Bread,1 slice 118(Calories) 22(Carbs) 2(Fat) 4(Protein)

Mamak Corner - Nescafe Tarik, 1 glass 100(Calories) 16(Carbs) 2(Fat) 0(Protein)

TOTAL = 218kcal

TENGAHARI : Aku bawak bekal nasi... yeeha... so nasi aku sesedikitnya, sayur bayam goreng, lada hijau ngan bawang masak taucu (ikan tak amek), sambal tempoyak...




Lunch

Generic - Sayur Bayam, 1 cup cooked 87(Calories) 19(Carbs) 1(Fat) 4 (Protein)

Home Prepared - Nasi Putih (White Rice), 1/2 bowl(64g is about fistful of rice) 84 (Calories) 20(Carbs) 0(Fat) 2(Protein)

Homemade - Sambal Belacan, 1/2 cup 50(Calories) 0(Carbs) 1(Fat) 1(Protein)

TOTAL : 221kcal

OOOO aku gi nyeberang jejantas IOI Mall tengaharini best... nanti teruskan ....



PETANG (4:30pm) : ovaltine cara aku....



Petangni gi bank in cheque kat HLB dan terus round2 bandar puchong jaya... wau peluh gak.. kena buat selalu



PETANG (6:00pm) : sambal tempoyak, ayam kampung masak kicap (kak ida bagi lagi.. pinggan semalam belum pulang balik), murtabak...



MALAM (8:30pm) : murtabak, ayam kampung masak kari minang( kak ida bagi lagi malam ini.. mak ooooi bila nak pulang lagini),,.. nak cerita gak kak idani memang jiran yang baik sesangat kalau nak membagitu memang ka2-kaw punya banyak), masakpun sedap... NILER MASALAHNYA aku teringin nak makan gak walaupun act aku dah kenyang....



So untuk rasa tak bersalah aku berlari setempat, buat exercise regangan dan pelbagai tapi boleh tahan penatnya dan berpeluh dasat....

RASANYA harini walaupun kelihatan ok tapi tak ok... sebab rasa penuh perutni..



Nak habaq mai satu perkara BAIK PUNYA !!!

Aku daftar kat hooha.asia untuk Men's Health & Shape Night kategori Fun Run untuk bagi motivasi kepada diri sendiri untuk berlatih sementara sampai waktunya... Jomler ramai-ramai kita lehler kita jumpa di sana.. di sana...

Men's Health & Shape Night Run 2011

PAYMENT : PAID

CATEGORY : FUN RUN

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Khamis, 16 Jun 2011

16 Jun.... Semangat Biar Kuat

Semangat.. semangat... jangan rebah dengan desakan nafsu semata-mata. Buat apa menyesal selepas puas menikmatinya, sedangkan kalau tak ambil makanantu tak MATIpun. Ingat semangat biar kuat... Ingat Aku WAJIB KURUS, sebab per nak kurus sebab nak sihatkan, nak slimkan, nak senang beribadatkan, nak selesakan, nak senang beli bajukan, nak meningkat rasa yakin dirikan.... so semangat....

SARAPAN : tosei dan teh tarik...
(pergi kedai mamak sebab nak tinggalkan atikah dan azalia di rumah jiran yang juga merangkap insan yang sudi hantar dan ambil budak berduani dari Genius Aulad)...


Breakfast
Mamak - Tosei With Gravy, 1 serving 150(Calories) : 0: 0: 0:(Carbs :Fat :Protein)
Malaysian - Teh Tarik, 1 glass 98(Calories) 19(Carbs) 2(Fat) 2(Protein)
TOTAL = 248kcal
Camnoni sepagi yang selama ini kalau makan kalau takat tosei ngan teh tariktu rasanya cam ringan sesangat rupanya 249kcaltu...bayangkanlah selama ini betapa prinsip yang aku amalkantu memang tidak betul sama sekali, patutlah badan aku jadi macam sekarang (BARU NAK INGATker??? )

LUNCH : Dua setengah keping roti putih gardenia makan ngan tuna yang aku buat sendiri.. tuna aku cam biasa tuna dalam air (ayam brand), cili padi potong, tomato dadu dan mayonis.. alamak baru teringat terlupa lak letak bawang (dadu), isyh patutler makan kata cam lain sikit kalini boleh lupa yerk cam tak percayakan...




BaHaN uNtUk TUNA style Aku.... dijamin sedap dari beli sandwich tuna di kedai...mun dah buh mayonis sesedap tekak aku....

PETANG : sori 2 keping roti ngan tuna lagi...

Gardenia - White Bread, 2 slices 150 (calories) 31(Carbs) 1(Fat) 6
Ayam Brand - Tuna Light - Flakes In Water, 43 g 48 (calories) 0(Carbs) 1(Fat) 10
TOTAL = 193kcal
Sukanya dalam hati sang suami ajak beli "washing machine" baru... yeha tak yahler habis masa basuk kain lagi... leh ler aku sibukkan diri bersenamker apa yang sepatutnya...

MALAM (8:30malam) : Lambatler sikit takperler asal dapat washing machine barukan... ok aku makan nasi sedikit (kalau kira suap hanya 5-7jer) ngan lauk belijer tadi ikan kembung bakar ngan cicah dan sambal belacan, udang (kolestrol oh kolestrol) dan nenas masak lemak (ingatkan budak dua orangni nak makan - langsung tak nak), ikan tongkol masak kari... oooooo esok kena usaha lebih lagi.......

Ps:::: harini tak masak kuang.. kuang.. kuang....

Aku WAJIB KURUS...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...