Follow Me......

Khamis, 11 September 2014

Apa Nak Jadi ... Apa Nak Jadi???

Teringat laguni masa aku kecik-kecik dulu...
Orang lama tauler .. Lagu SM Salim tak silapnyer..
Tapi itu kisah dia nak kahwin tak dapat-dapat...
Ini kisah aku dan blog slim akuni dan juga badan aku yang bertambah lemak berkrim...
Ha.... ha... adik-adik yang dulu sama kerja tapi dah bertebaran entah kemana..
Kalau jumpa atau telefon aku mesti tanya pasal blog slim akuni..
Mesti kena kutuk kaw-kaw punya...
Tak guna.. tapi salah siapakan, salah diri sendiri...
Pantang nampak mesti nak makan...
Ha.. ha... Padanlah muka sendirikan...

Oklah ini kisah "Team Building" di Pulau Redang minggu lepas...
Memang teruja nak pergi..
Dan alkisah jumpa kawan opis masa di Ipoh dulu...
Kawan yang dah berbelas tahun tak jumpa...
Mestilah perkara pertama yang ditegur ialah betapa bulatnya akuni...
Ehmmm aku sedar diriku siapa...

Comel tak kak Tun....
Kat blog slimni beraniler letak gambar ..
Kat blog Our Wonderful Simple Life akutu semua gambar baik-baik belaka yang keluar...
Semua gambar dibawah kawalanjer... ha... ha.. semuapun pura-pura..
Tapi blogni aku letakkan gambar yang buat hatikupun terseksa sama...
Betapa bulatnya aku..
Bilalah aku nak teruskan misi yang asyik tersangkut...
Kali ini misitu berterusan sehinggalah tercapai matlamat...
Sekarang berat 87kg (nipun dah sebulan lepas timbang)...
Yang terkini memang tak berani nak naik penimbang...
Berat yang sama dengan masa mengandung kali kedua...
Berat yang tertinggi dalam kehidupan...
Oh TIDAK!!!!!!!!! Kena berubah wahai diri...
Tolonglah buat apa cara sekalipun....
Hanya aku yang mampu....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...