Follow Me......

Jumaat, 28 Disember 2012

Diet Hujung Minggu

RAPI : 15 November 2009
 
Bagaimana Anda Mengawalnya? 

' Hah! hunjung minggu datang lagi.. Nanti bolehlah aku berjumpa dengan kawan-kawan di bandar sambil mencuci mata. Takpun berkumpul bersama keluarga atau makan di luar...'
 
Itulah rutin setiap minggu, setelah penat bekerja, waktu berehat mesti ditunaikan. Jika lima hari bekerja, program diet anda berjalan lancar. Tetapi, apabila hujung minggu, program diet anda entah ke mana.
 
Kadang-kadang hujung minggulah, anda sanggup makan apa sahaja dan melupakan diet yang telah anda lakukan. Ehmmm!! Tidak salah anda menikmati makanan kegemaran seperti aiskrim, kek keju atau nasi lemak dan badan tetap langsing dan sihat. Tetapi ada caranya....
 
1 Selama 5 hari bekerja anda mengambil makanan yang sihat. Tiba masa pada hujung minggu, anda boleh menikmati makanan berkalori tinggi yang anda tinggalkan semasa bekerja. Ambil 80% makanan yang sihat dan 20% makan apa sahaja yang anda suka. BAGAIMANAPUN, nikmati makanan kegemaran dalam kuantiti yang kecil dan anda perlu aktif bergerak seperti berjalan kaki atau berkebun.
 
2 Untuk megelakkan anda merasa lapar, lebih anda mengambil sarapan pagi. Contohnya, bijirin, buah-buahan segar atau susu rendah lemak.
 
3 Jika terasa ingin mengambil coklat atau makanan manis, makanlah dengan perlahan-lahan. Fokuskan pada rasanya dan itu sudah cukup untuk anda menikmatinya.
 
Makan  Di Rumah Atau Di Luar?
 
# Sebelum anda ke restoran atau parti, makanlah buat atau yogurt rendah lemak dahulu agar perut anda tidak berkeroncong dan mengelakkan anda makan secara berlebihan.
 
# Pesan makanan terlebih dahulu daripada rakan yang lain. Kajian menunjukkan kita akan amakan lebih banyak (44%) apabila bersama kawan-kawan berbanding dengan makan bersendirian.
 
# Jika anda merasa kenyang dan ingin berhenti makan sebelum kawan anda, tutuplah makanan yang berlebihan itu dengan tisu atau minta pelayan mengambil pinggan anda.
 
# Anda boleh memberikan pencuci mulut kepada kawan anda.
 
# Kalau anda ingin makan pencuci mulut, pilihlah pencuci mulu yang menjadi kegemaran anda dan dalam kuantiti yang sedikit.
 
# Jangan berdiri berdekatan dengan meja hidangan kerana ia cenderung untuk anda mengambil makanan yang lebih banyak daripada makanan yang jauh daripada anda.
 
Jika anda makan di rumah...
 
# Jangan simpan makanan kegemaran anda di tempat yang senang anda melihatnya.
 
# Buat "jam malam". Jangan biarkan anda mengambil sebarang makanan lain selepas makan malam atau jangan makan selepas jam 8 malam.
 
# Kunyahlah gula-gula getah yang rendah gula atau tanpa gula. Cara ini mengelakkan anda mengambil makanan lain. Malah, mengunyah gula-gula getah selama 1 jam membantu anda membakar 11 kalori.
 
Perut Anda Yang Lapar @ Otak Yang Katakan Lapar?
 
a) Sudahkah anda minum segelas air pada tempoh sejam yang lalu?
~ Jika anda belum minum segelas air sejam yang lalu, maka minumlah secara perlahan-lahan. Jika dalam tempoh 15 minit, anda masih lagi merasa lapar bererti anda betul-betul lapar, jadi makanlah.
 
b) Berapa kali anda merasa lapar?
~ Tiba-tiba anda merasa ingin makan. Ini bermaksud otak anda berbicara dan bukannya perut anda. Cuba anda alihkan fikiran kepada perkara-perkara lain daripada memikirkan makanan. Bila anda menyibukkan diri, dalam masa 10 minit anda boleh melupakan rasa lapar itu..
 
c) Anda teringin makan sesuatu makanan?
~ Biasanya mengidamkan makanan yang masin, manis atau mengandungi lemak mampu merangsang zat-zat kimia ke otak yang membuatkan anda merasa lebih bersemangat. Saranan untuk anda, pilihlah makanan yang menyihatkan.
 
Aktiviti Sihat Selain Makan?
 
Hujugn minggu bukan untuk anda menghabiskan masa dengan mengambil makanan kegemaran tetapi anda boleh melakukan aktiviti sihat sperti:
 
~ Lima hari bekerja memang memenatkan, cuba anda cari aktiviti yang relaks dan tenang seperti menonton wayang, rawatan kecantikan (spa) atau membeli-belah.
~ Berkumpul bersama kawan-kawan tidak perlu dengan menikmati makanan tetapi cubalah aktiviti seperti menonton konsert, melawat muzium atau galeri.
~ Bersenam pula tidak menjadi masalah. Jangan lakukan senaman yang berat. Pilih aktiviti yang menyenangkan seperti berjalan-jalan, bermain tenis, badminton, menari dan sebagainya.

Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 25 Disember 2012

4 Senaman Terbaik buat 'PLUS SIZE'

Bersenam atau melakukan rutin kecergasan bukanlah semata-mata untuk menyingkirkan lemak berlebihan dalam tubuh sebaliknya dapt membantu individu itu utnuk kekal fit dan berstamina tinggi. Kalau anda kurus sekalipun, tanpa senaman anda akan mudah merasa letih dan di serang pelbagai gejala penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan sebagainya. Jadi, jom bangun dan jangan malas!

Bagaimanapun, tidak semua senaman yang sesuai diamalkan untuk anda yang bertubuh besar. Faktor meminimakan tekanan pada sendi dan otot adalah hal utama yang akan diberi perhatian ketika memilih aktiviti yang hendak dilakukan. Mulakan dari senaman ringan dan perbaikilah pencapaian anda secara perlahan-lahan. Jadilah 'PLUS SIZE' yang kuat dan kekal cergas!

1 Berjalan Kaki

Ini adalah senaman permulaan yang baik bagi individu obes. Bagaimanapun, ia juga mampu menjadi senaman yang  menyakitkan dan memeritkan bagi anda yang sangat obes. Jadi, mulakan rutin jalan kaki anda pada jarak yang dekat. Berapa dekat? Maksudnya di sini, habiskan perjalanan anda apabila anda berasa terlalu letih dan tidak berupaya untuk meneruskannya lagi. Sebaiknya, mulakan latihan jalan kaki anda dengan berjalan mengelilingi rumah sebanyak dua pusingan di peringkat awal. Selepas seminggu, cuba pula untuk berjalan ke taman berhampiran dan selepas sebulan tingkatkan rutin senaman anda dengan berjalan mengelilingi taman pula.

2 Senaman Sambil 'duduk'

Ya, ini juga satu permulaan yang baik! Segala gerakan adalah satu petanda baik kerana anda mampu menggerakkan anggota anda yang mungkin 'terlena'. Kaedah ini juga baik untuk anda yang
yang sudah berusia. Gerakan yang disarankan amat mudah dan ringkas.
Contohnya, mengangkat dumbel, mengangkat kaki separas paha (leg lifts) dan anda juga boleh melakukan regangan ringan. Semua gerakan lombut ini amat membantu bagi individu yang obes untuk menyediakan dirinya bagi rutin kecergasan yang lebih berat kelak.
 3 AIR, Bantu bina kekuatan otot
Selepas anda mampu melepasi semua gerakkan senaman cara dudu, maka anda boleh mencuba senaman di dalam air. Apabila kita melakukan aktiviti regangn di dalam air, bebanan tubuh pada otot dan sendri akan berkurangan saat tubuh diapungkan. Keadaan ini dapat membantu mengurangkan tekanan seterusnya dapat membantu menghindari risiko kecederaan. Aktiviti air seperti renang dan aerobic dapat membantu membakar kalori disamping membina otot.
Graviti pada air akan menampung tubuh dan inilah yang membantu meredakan tekanan atau kesakitan saat melakukan regangan.
Mula kan latihan denagn memaut tepian atau palang kolam. Perlahan-lahan, regangkan kaki dalam gerakan seperti ingin menendang atau cuba kuakkan tangan anda sambil menolak tekanan air. Apabila anda sudah mulai selesa, anda boleh cuba berenang ulang alik pada kolam yang sederhana keluasannya sebanyak satu atau dua kali..
 
Ini xtvt untuk orang comeljer...
 
4 Yoga, semestinya !
Ada diantara postur dan posisi di dalam yoga yang sangat bermanfaat dalam membantu menyingkirkan lemak dari tubuh. Posisi seperti ‘twisting’, ‘backward bending’ dan ‘forward bending’ membantu mengurangkan lemak sekitar punggung, paha dan obdomen. Teknik  ‘sun salutation’ pula dapta membantu teknik pernafasan dan diantara langkah senaman yang terbaik untuk mempertingkatkan kesihatan paru-paru.


Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 20 Disember 2012

Makan... Beringatlah sebelum terlambat!

Dari Majalah RAPI 15 November 2009
Gigih akak taip untuk tatapan..

Apa katanya?

Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe, beliau mengatkaan kebanyakan rakyat Amerika  mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. Dalam sebuah penulisannya, beliau mengatakan bahawa penduduk negara maju itu terlalu banyak mengambil daging, lemak, gula, alkohol, dan bahan perasa tanpa mengambil berat tentang kepentingan makanan, berserat. Pakar ini menegaskan, untuk sihat: KAWAL APA YANG ANDA MAKAN.

 
Ramai yang tahu, tetapi tidak mengendahkan amaran bahayanya makanan-makanan tidak sihat, Ayuh, berkenalan dengan "musuh-musuh" tubuhmu!

Aduh, berlemaknya! Tinggi kolesterol ni...

Untuk pengetahuan semua, lemak merupakan sumber terbanyak kalori. Makanan yang kaya dengan lemak dan berminyak memudaratkan! Ia menggalakkan masalah kegemukan, penyakit jantung, kencing manis, dan segala macam jenis barah. Baiklah, tidak dinafikan makanan seperti telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik. Namun, jika berlebihan buruk padahnya! Makanan-makanan ini juga kaya dengan kolestrol dan mampu meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit berbahaya. Makanan yang melalaui terlalu banyak proses ketika pembikinannya seperti makanan segera juga banyak lemak. Ada baiknya anda semua mula berfikir dua kali sebelum membeli pisang goreng atau cucur udang dari makcik seberang jalan sana!

Kamu kena tahu...

~ Burger yang anda anggap "penyelamat" kala perut menjerit kelaparan itu mengandungi lebih 35 peratus lemak.


 
~ Sedapnya! Sandwich atau burger yang diletakkan keju amat berlemak. Tahukah anda, bukan semua keju yang ada dipasaran itu keju. Pelik bukan? Kebanyakan keju merupakan cebisan keju yang bercampur dengan garam, gula, bahan perasa, asid laktik, pengawet, pewarna dan segala macam bahan yang tidak sihat.
 
~ Katakanlah anda seorang peminat kentang goreng, mungkin anda perlu hentikan tabiatmu itu. Ramai yang mengatakan kentang goreng adalah lebih baik dari ban tepung gandum. Salah tu! kentang goreng dibiarkan terendam dalam lemak tepu dan disediakan separa masak sebelum dibungkus. Kemudian, anda pula menggoerngnya dalam minyak. Bayangkan banyak mana kolesterol dalam kentang goreng anda itu? Lama-lama, anda berisiko mendapat serangan jantung. Purata lemak dalam satu hidangan adalah antara 11 hingga 16 gram lemak.
 
~ Usahlah anda berbangga jika makan ikan. Memang ikan baik untuk kesihatan, tapi kalau penyediaannya kaya dengan minyak dan lemak, maka ia tidak sihat lagi! Ayam pun begitu juga...
 
~ Terdapat beberapa jenis lemak. Ingin diingatkan, kesemuanya menggemukkan!
 
Aduh, masinnya garam!
 
Natrium klorida merupakan nama lain bagi garam. Pasti anda sukar nak percaya, tetapi sebenarnya pengambilan garam paling ideal adalah sebanyak 5 gram bersamaan satu sudu teh garam dalam sehari. Bayangkan berapa banyak yang anda ambil. Pagi makan mihun goreng, tengah hari makan pula nasi putih berlaukkan ayam masak lemak, petang kunyah kerepek ubi, dan malam pula teringinkan nasi goreng padprik. Aduh, ini bukan satu sudu teh garam dah, tapi satu balang garam sehari! (MELAMPAU ~ aku rasaler takkan satu balang)... Garam boleh diperoleh secara semulajadi dalam makanan, kerana itulah kita tidak digalakkan untuk mengambil garam tanpa henti. Tekanan darah tinggi akibat pengambilan garam berlebihan akan membawa kepada maut! Mahukan anda maut hanya kerana garam?
 
Kamu kena tahu....
 
~ Tekanan darah tinggi akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu mula mendapat serangan strok, masalah buah pinggan dan lumpuh tubuh badan.
 
~ Bagi memastikan tubuh bergerak dan bertindak balas secara normal, jumlah garam paling tepat untuk seseorang dalam sehari hanyalah sekadar satu sudu teh sahaja.
 
~ Garam bertindak sebagai span, menyedut air dalam tubuh dan menggalakkan tekanan darah seluruh badan.
 
Apa itu serat?
 
Pentingnya serat dalam tubuh dibuktikan dengan sebuah kajian yang menunjukkan tubuh memerlukan sehingga 70-80 jam untuk melalui sistem penghadaman tanpa bantuan serat. Kalau begitulah, bilalah nak ke tandaskan? Mengurangkan tempoh masa makanan melalui sistem penghadaman dapat menghindarkan seseorang itu diserang kanser usus dan menggalakkan kita membuangk sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk melancarkan prose ini, kita amat memerlukan serat!
 
Alahai, semanis gula...
 
Pencuci mulut atau sebarang makanan manis yang diproses seperti kek coklat atau ais krim mengandungi jumlah gula yang tinggi serta kaya kalori tanpa sebarang khasiat. Kehadiran gula mengganggu sistem pertahanan tubuh kerana ia menyingkirkan beberapa khasiat dan galian dalam tubuh. Makan gula banyak-banyak dan bersedialah untuk meraung sepanjang malam kerana sakit gigi. Bukan itu saja, mengamalkan makanan kaya gula akan menyebabkan masalah kegemukan, kencing manis, serangan jantung, dan sebagainya.
 
Kamu kena tahu...
 
~ Siapa kata tubuh memerlukan kandungan gula yang tinggi untuk bergerak sercara normal? Mengarut!
 
~ Sistem badan yang hebat akan menukar makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti dan uni untuk menjadi glukosa semula jadi dalam tubuh anda. Jadi, mengapa anda perlukan gula berlebihan?
 
~ Tidak dinafikan, gula penyumbang tenaga. Namun begitu, ia memudaratkan kerana tidak memberi sebarang khasiat kepada tubuh.
 
~ Berhenti beri alasan! Anda lemah atau tidak bertenaga bukan kerana kurang gula sahaja.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Bagaimana nak urus BERAT agar lebih sihat

Syarat pertama : Tanamkan sikap positif
Langkahnya :
 *      Kurangkan makanan yang bergoreng. Isytiharkan perang kepada makanan ringan.

*  Makanan berlemak memang sedap! Boleh, jika anda masih mahu tetapi tukarkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak haiwan kepada lemak dari sayuran.

*  Bangun dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Menurut kajian seorang saintis dari Universiti Tubingen, Jerman, Norbert Stefan, MD, semakin kerap individu yang obes bersenam maka semakin menurun kandungan lemak yang terkumpul di dalam hati. Inilah yang dipanggil fenomena ‘fat-and-fit’ Hasil kajian ini turut disokong Wylie Rosset, pengkaji dari Universiti Northwestern. “Dalam kajian kami, individu obes yang masih kekal bersenam setiap hari mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit ‘gaya hidup’ berbanding individu yang mempunyai berat yang normal. Ini kerana mereka yang kurus menyangka yang mereka tidak perlu lagi bersenam sebab sudah langsing,” ujarnya. Justeru, penting bagi anda untuk kekal mengamalkan rutin kecergasan meskipun berat anda tidak menunjukkan pernurunan yang banyak.

Kurangkan juga minum minuman manis dan jauhkanlah tabiat makan kerana stress.
*  Elakkan juga memaksa diri melalui tempoh berdiet yang sukar. Penurunan berat walau hanya 2 kg dalam sebulan juga sudah memadai. Semakin anda berasa tertekan dengan saiz tubuh, semakin kurang berat anda akan turun. Biar ia berlaku dengan normal dan sementara itu jalani kehidupan seperti biasa.
*Bertemulah dengan pakar perubatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.
 Jangan terus-terusan melihat penimbang. Itu semua hanya angka. Perkara pertama untuk anda berusaha menjadi si ‘comel’ yang sihat adalah dengan BANGUN! Ya, anda perlu bergerak. Mulakan satu azam untuk satu perubahan. Kita belajar bagaimana untuk menguruskan diri dahulu.
Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 18 Disember 2012

Anak jadi instructor diet

Baru dilantik..
Anak jadi instructor...
punyaler garang tak dibaginya makan...
 
tapi kelakarnyer bila aku dapat makan...
dia cakap
alamak lupaler nak bagi ibu tak makan...
Apakah menu dua bersepupuni nak buat gamaknyer..
gambar lama ... 
Aku WAJIB KURUS...

Minumanpun macam-macam

Minumanpun dah macam-macam...
Memang dunia sekarangni dunia nak habiskan duitjer...
Mun dah minum air sedap-sedap memangler gemuk..
lepastu sibuk cari benda yang boleh kuruskan badan..
duit lagi keluar... macam-macamkan..


Aku WAJIB KURUS...

Isnin, 17 Disember 2012

Takoyaki Pasar Tani

Akuni memang "pemakan"
Memang suka mencuba..
Takoyaki antara yang aku cuba..
suka.. suka.. suka..
 
Paling suka dah jumpa bendani
di Pasar Tani Kinrara
Pantang pergi mesti nak beli..
suami aku pelik bendanipun aku makan...

Jadi mision nak jadi kurus memang kantoi..
apajer makanan boleh ajer masuk tekakni..
 
Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 13 Disember 2012

GLUTA-COLLAGEN ~ ADILLA BEAUTY

Ingin Kulit cantik, gebu dan menawan???
Cubalah Gluta collagen dari adilla beauty....
Anda pasti sukakan nya...
Ramai pelangan kami sudah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya...
ANDA BILA LAGI???

Akak dah mencubanyer juga...
Belum habispun 10 sachetstu..
Takkan nampak kot perubahannya..
Harap adalah kesankan..
Yang pasti perut tak lapar minum benda..
Cam nak beli lagi sebabkan rasa tak lapartu...
♥ Aku WAJIB KURUS...♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...