Khasiat Ubi Keledek Manis Jepun
Suatu masa dahulu zaman kanak-kanak makan ubi samada untuk sarapan atau minum petang itu adalah biasa. Rebus ubi kayu makan dengan kelapa parut atau gula memang menjadi kegemaran terutama masa musim hujan. Ada pula minum kopi o kampung yang kaw-kaw aduih sedap weh! Ubi keledek manis jepun ini aku kenal sebab selalu beli di AEON tapi harga boleh tahan mahalnya. Tapi memang lebih manis dan boleh makan begitu sahaja.
Hasil carian google katanya ubi keledek manis Jepun ini tinggi kandungan vitamin A, vitamin B2, B6, thiamin, niacin dan karotein. Yang penting aku dengar ramai orang kata yang ubi keledek manis Jepun ini SUPER food untuk orang yang mengamalkan diet sihat dan ingin mengurangkan berat badan. Ubi keledek juga dikatakan sebagai makanan yang dapat mengurangkan rasa lapar. Tapi macam biasa walau baik macamanapun satu-satu makanan adalah diingatkan untuk makan berpada-pada. Tolonglah!!
INFO KALORI
Ubi keledek jepun (berat 130 gram = 112 kalori)
Makan bersama anak-anak bukan sorang-sorang
Nak kurus minum bersama dengan teh perasa fruit & herbs
Berminat untuk dapatkan produk Herbalife :-
0192104240
Comments