Follow Me......

Selasa, 15 November 2016

Catatan diari slim 15/11/2016

Hari ini genap seminggu usaha aku minum air manis sekali sehari.. aku mula pada isnin lepas dan harap boleh bertahan...

Tak mahu cerita banyak. Cuba jadikan blogni catatan usaha aku... dalam semingguni aku juga kurangkan makan nasi. Aku berjaya untuk makan hanya 2 kali selama 7 hari lepas. Bangga juga sebab kuantitinya sangat sedikit.. Moga aku terus istiqamah untuk kebaikan diri sendiri...
Ini catatan berat pada 6/11 lepas...
Sebelum ini berat pernah cecah 94.8kg...
Tapi sebelum cuba kurang minum manisni lupa nak timbang....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Isnin, 15 Ogos 2016

Takut melihat gambar sendiri

Kalau dulu suka tengok gambar sendiri sekarangni seriau... 
Inilah aku pada 06/08/2016
Pertama kali pergi ke Ikea Kuala Lumpur...
Datang sini untuk berangan-anganjer...
Bukannya ada beli barangpun...

Harini puasa ganti.. moga dapat di teruskan supaya cepat selesai... Amin.. amin.. amin...

Aku WAJIB KURUS...

Rabu, 3 Ogos 2016

Syukur apa adanya

Syukur apa adanya... mudah tapi tidak realitinya.. itulah namanya manusia.. Yang jauh di seberang sana nampak tapi yang depan mata belum tentu di pujinya. Lumrah duniakan...

Ini kisah aku ... kalau dulu rumah aku agak jauh dari taman tempat lepak dan jogging.. Aku selalu kata kalaulah rumah aku depan tamanni mesti aku jogging tiap-tiap hari pagi dan petang ... Paling tidak sekali sehari memang aku mesti joggingler.. Dekatjer tak payah jauh-jauh nak menapak...

Masatu rumah jauh kini rumah dah depan dengan taman permainan kawasan perumahan. Entah kenapalah rasanya dah bertahun aku tidak beriadah di situ.. Kalau dulu anak masih kecil adalah juga buang peluh sebab kejar diaorang. Sekarangni kalau depa main buaian atau apa juga permainan aku pesan dari rumahjer.. Nak berpanas di luar sanapun aku malas..

Lihat inilah manusia masa kita tidak punya dulu kemain lagi. Ini dah ada depan mata pandangpun tidak. Dengan semangat waja pagi tadi aku cuba untuk membetulkan perangai buruk akutu. Aku boleh berjalan-jalan anak di padang permainan dengan jayanya..

Happy mestilah happy setelah rama merancang untuk pergi akhirnya aku sampai juga di situ. Misi aku nak naik Bukit Broga dalam tahun ini juga. Aku nak cari kawan untuk ke sana. Projek tahun 2016 .. Insyaallah.. Oleh itu sebelum ke Broga moh kita pusing-pusing taman depan rumah dulu..

 Pagi-pagi tengok warna hijau elok untuk mata...
Lembaga hitam di pagi hari... 
Sarapan pagi aku hari ini...
Rindu dengan menu sarapan di Ipoh...
Nak mi kicap wei, nak roti telur gego, nak... nak.. nak..
Ipoh memang happening sarapannya...

Aku WAJIB KURUS...

Harap berterusan semangat ini..

Biasalah blog diari diet Cho Zila yang sekejap ada sekejap hilangni... Tapi Cho Zilanya adajer di sini cuma kadang-kadang malu nak menulis... Dietnyer entah kemana sembangjer lebihkan.. Tapi syukurlah selepas hari rayani walaupun bukanlah diet sangat tapi aku buat peraturan untuk sihat.. Aku ikut juga sikit-sikit, walaupun tiada perubahan besar tapi rasa lebih selesa.. 

Peraturan pertama yang aku kena patuh ialah kurangkan minuman manis terutamanya minuman bikarbonat. Lebihkan minum air kosong sahaja dan titiskan jus lemon dan madu untuk rasa lebih enak. Aku hadkan minum air manis bergula hanya semug sehari. Akuni hantu kopi memang sehari nak juga minum air kopi. Dan lagi satu pantangnya kalau ke kedai mamak mesti "teh tarik satu"...

Peraturan yang lain itu ada lagi tapi minum air kosong menggantikan air manis menjadi keutamaan masa kini. Aku nak juga ikut diet protein Atkins tapi aku tahu mesti tidak menjadi. Hendak ikat perut jangan makan nasipun aku tak mampu inikan pula lupakan terus karbohidrat... Itu bukan aku rasanya...

Cumanya aku kini cuba kalau nak makan nasipun hanya sekali sehari dalam kuantiti yang sangat sedikit. Dalam peti aistu aku banyakkan sayur boleh buat ulam supaya boleh makan dengan nasi. Jadi otak kita duk fikir ok aku makan nasini banyak. Tidaklah perutni asyik hantar isyarat ke otak "Cho Zila kamu tak makan nasi, esok kena ganti double".

Sekarangnipun dalam peti ais kena ada buah-buahan supaya kalau lapar tidaklah mencari makanan bukan-bukan. Akuni memang kuat makan junk food, kalau anak beli potato chiptu emak dia yang makan lebih. Ah! harap dapat bertahan lebih lama dan lebih baik dari sekarang.. Sebab sekali2 aku makan juga Rota keropok udang kegemaran aku. Jadi kena kuatkan minda yang makan junk food tidak elok.. Mungkin ini peraturan kedua yang aku kena patuh..

Yang paling bagus sekarangni aku berpuasa sunat. Rasa sangat ohsem dapat puasa. Rasa berjaya kawal nafsu makan sebab dulu aku selalu kantoi. Dah berniat puasa tapi nanti waktu makan tengahari kawan ajak makan terus aku buka puasa. Sekarangni rasa macam tidak menjadi masalah malah rasa sangat santai.. Terima kasih Allah... 

Ok sekian dulu untuk catatan diari hari ini. Harap adalah lagi tulisan yang lebih memberikan motivasi untuk diri sendiri. 

Aku WAJIB KURUS...
Aku yang obesiti...
Semangat... semangat.. semangat...
Jangan gentar... teruskan usaha sehingga jaya...
Gambar di tepi tasik Putrajaya...

Selasa, 19 Julai 2016

Syukur musibah datang bersama rezeki

Selesai sudah dua hari aku berpuasa sunat... Syukur Allah permudahkan segalanya.. Hari isini lepas musibah datang kerana aku kehilangan buat kali ketiga dompet dan dua tas tangan.. Kalau selama ini aku rasa sangat selamat kawasan rumah aku ini, hari ini Allah tunjukkan yang benda itu boleh terjadi.. Wahai Zila janganlah percaya yang air yang tenang itu tiada buaya... 

Hari isnin lepas telah tertulis yang aku akan kehilangan sedikit duit tapi kehilangan dokumen yang berharga itu yang lebih perit.. Kehilangan juga beberapa buku nota aku yang mencatat bermacam-macam aktiviti aku... Moga Allah akan memberikan hidayah kepada mereka yang gatal tangan mengambil dua tas tangan akak.. Walaupun tidaklah semahal mana macam kawan-kawan akak punya tapi tetap rasa kehilangan.. Terpaksa membeli yang baru dan yang penatya kenalah habiskan masa menghadap polis, JPN, JPJ, Bank ... ehm..... moga Allah permudahkan aku melakukannya...

Tinggalkan kisah sedih yang sebenarnya sudah 3 tahun berturut-turut berlaku kepada akak. Moga tiada lagilah hendaknya cukuplah sudah rasa penatnya... Harap sangat dapat menyelesaikan puasa sunat syawal ini secepat mungkin... Amin... Rasa longgar sikit perut.. Kalau Ramadhan yang sebulan dulu rasanya tidak berkuranganpun berat badan ini. Kesilapan paling ketara ialah akak gemar minum air manis.. Kadangtu makannya sedikit tapi air manis yang terlebih.. Air kosong kurang pulaktu.. Oh rugikan... 

Kalau ke pasar Ramadantu bukan nak beli makanan sebab dah masak cuma nak beli air yang berwarna warni.. Memang tahu konon air buah tapi gula dia ampun banyak, buahnya tidak berasa sangattu.. Tapi tekaktu rasa macam nak minum air manisjer... 
Air yang sungguh menggoda...
Untung besarkan ada yang menjual dengan harga yang tidak munasabah...
Itu yang aku tengok tahun ni ramai yang berniaga air dari makanan..
TIPS : belijer kat tempat yang kita biasa beli.... 

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Ahad, 17 Julai 2016

Aku yang Obesiti

Lama sungguh tidak singgah blog slim akuni.. Bukan tidak teringat tapi mengenangkan nasib diri ini ku biarkan sahaja.. Namun tidak mungkinlah aku kena mengaku kalah sebelum berjuangkan... Aku kena berubah dengan usaha yang bukan ala kadar tapi kena lebih agresif...

Aku bukan sahaja obesiti tapi terlebih-lebih dan perlu dibantu.. Badan aku sudah dua kali ganda dari masa aku muda-muda dulu... alahai.. nak sedihpun tak guna tapi itulah kenyataan yang aku kena hadapi.. 

Misi aku nak menyorokkan badan aku yang gebus... 
Tengok (macam kak Engku cakap)... 

Sempena bulan syawal yang mulia ini aku berharap aku akan berubah... Kena kurangkan bukan sekilo atau berpuluh kilo kalau nak rasa selesa ... Hari ini aku berpuasa sunat Syawal.. Berpuasa sunat adalah antara yang boleh aku lakukan untuk mengurangkan nafsu makan yang membuak-buak ini.. Semoga bukan sahaja dapat kurangkan kilogram tapi dapat pahala dari Pencipta yang Esa.. Hari ini juga bermula hari tanpa nasi selama seminggu terlebih dahulu... Harap kalau ok bolehlah tambah bilangan harinya...

Yang paling penting sekarangni kena kontrol air bergula kerana akuni memang pantang nampak.. Inilah perjuangan dan sematkan dalam hati yang air kosong itu sedap... Insyaallah... 

Strategi yang lain-lain akan menyusul kemudian... 

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...