Follow Me......

Jumaat, 28 Disember 2012

Diet Hujung Minggu

RAPI : 15 November 2009
 
Bagaimana Anda Mengawalnya? 

' Hah! hunjung minggu datang lagi.. Nanti bolehlah aku berjumpa dengan kawan-kawan di bandar sambil mencuci mata. Takpun berkumpul bersama keluarga atau makan di luar...'
 
Itulah rutin setiap minggu, setelah penat bekerja, waktu berehat mesti ditunaikan. Jika lima hari bekerja, program diet anda berjalan lancar. Tetapi, apabila hujung minggu, program diet anda entah ke mana.
 
Kadang-kadang hujung minggulah, anda sanggup makan apa sahaja dan melupakan diet yang telah anda lakukan. Ehmmm!! Tidak salah anda menikmati makanan kegemaran seperti aiskrim, kek keju atau nasi lemak dan badan tetap langsing dan sihat. Tetapi ada caranya....
 
1 Selama 5 hari bekerja anda mengambil makanan yang sihat. Tiba masa pada hujung minggu, anda boleh menikmati makanan berkalori tinggi yang anda tinggalkan semasa bekerja. Ambil 80% makanan yang sihat dan 20% makan apa sahaja yang anda suka. BAGAIMANAPUN, nikmati makanan kegemaran dalam kuantiti yang kecil dan anda perlu aktif bergerak seperti berjalan kaki atau berkebun.
 
2 Untuk megelakkan anda merasa lapar, lebih anda mengambil sarapan pagi. Contohnya, bijirin, buah-buahan segar atau susu rendah lemak.
 
3 Jika terasa ingin mengambil coklat atau makanan manis, makanlah dengan perlahan-lahan. Fokuskan pada rasanya dan itu sudah cukup untuk anda menikmatinya.
 
Makan  Di Rumah Atau Di Luar?
 
# Sebelum anda ke restoran atau parti, makanlah buat atau yogurt rendah lemak dahulu agar perut anda tidak berkeroncong dan mengelakkan anda makan secara berlebihan.
 
# Pesan makanan terlebih dahulu daripada rakan yang lain. Kajian menunjukkan kita akan amakan lebih banyak (44%) apabila bersama kawan-kawan berbanding dengan makan bersendirian.
 
# Jika anda merasa kenyang dan ingin berhenti makan sebelum kawan anda, tutuplah makanan yang berlebihan itu dengan tisu atau minta pelayan mengambil pinggan anda.
 
# Anda boleh memberikan pencuci mulut kepada kawan anda.
 
# Kalau anda ingin makan pencuci mulut, pilihlah pencuci mulu yang menjadi kegemaran anda dan dalam kuantiti yang sedikit.
 
# Jangan berdiri berdekatan dengan meja hidangan kerana ia cenderung untuk anda mengambil makanan yang lebih banyak daripada makanan yang jauh daripada anda.
 
Jika anda makan di rumah...
 
# Jangan simpan makanan kegemaran anda di tempat yang senang anda melihatnya.
 
# Buat "jam malam". Jangan biarkan anda mengambil sebarang makanan lain selepas makan malam atau jangan makan selepas jam 8 malam.
 
# Kunyahlah gula-gula getah yang rendah gula atau tanpa gula. Cara ini mengelakkan anda mengambil makanan lain. Malah, mengunyah gula-gula getah selama 1 jam membantu anda membakar 11 kalori.
 
Perut Anda Yang Lapar @ Otak Yang Katakan Lapar?
 
a) Sudahkah anda minum segelas air pada tempoh sejam yang lalu?
~ Jika anda belum minum segelas air sejam yang lalu, maka minumlah secara perlahan-lahan. Jika dalam tempoh 15 minit, anda masih lagi merasa lapar bererti anda betul-betul lapar, jadi makanlah.
 
b) Berapa kali anda merasa lapar?
~ Tiba-tiba anda merasa ingin makan. Ini bermaksud otak anda berbicara dan bukannya perut anda. Cuba anda alihkan fikiran kepada perkara-perkara lain daripada memikirkan makanan. Bila anda menyibukkan diri, dalam masa 10 minit anda boleh melupakan rasa lapar itu..
 
c) Anda teringin makan sesuatu makanan?
~ Biasanya mengidamkan makanan yang masin, manis atau mengandungi lemak mampu merangsang zat-zat kimia ke otak yang membuatkan anda merasa lebih bersemangat. Saranan untuk anda, pilihlah makanan yang menyihatkan.
 
Aktiviti Sihat Selain Makan?
 
Hujugn minggu bukan untuk anda menghabiskan masa dengan mengambil makanan kegemaran tetapi anda boleh melakukan aktiviti sihat sperti:
 
~ Lima hari bekerja memang memenatkan, cuba anda cari aktiviti yang relaks dan tenang seperti menonton wayang, rawatan kecantikan (spa) atau membeli-belah.
~ Berkumpul bersama kawan-kawan tidak perlu dengan menikmati makanan tetapi cubalah aktiviti seperti menonton konsert, melawat muzium atau galeri.
~ Bersenam pula tidak menjadi masalah. Jangan lakukan senaman yang berat. Pilih aktiviti yang menyenangkan seperti berjalan-jalan, bermain tenis, badminton, menari dan sebagainya.

Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 25 Disember 2012

4 Senaman Terbaik buat 'PLUS SIZE'

Bersenam atau melakukan rutin kecergasan bukanlah semata-mata untuk menyingkirkan lemak berlebihan dalam tubuh sebaliknya dapt membantu individu itu utnuk kekal fit dan berstamina tinggi. Kalau anda kurus sekalipun, tanpa senaman anda akan mudah merasa letih dan di serang pelbagai gejala penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan sebagainya. Jadi, jom bangun dan jangan malas!

Bagaimanapun, tidak semua senaman yang sesuai diamalkan untuk anda yang bertubuh besar. Faktor meminimakan tekanan pada sendi dan otot adalah hal utama yang akan diberi perhatian ketika memilih aktiviti yang hendak dilakukan. Mulakan dari senaman ringan dan perbaikilah pencapaian anda secara perlahan-lahan. Jadilah 'PLUS SIZE' yang kuat dan kekal cergas!

1 Berjalan Kaki

Ini adalah senaman permulaan yang baik bagi individu obes. Bagaimanapun, ia juga mampu menjadi senaman yang  menyakitkan dan memeritkan bagi anda yang sangat obes. Jadi, mulakan rutin jalan kaki anda pada jarak yang dekat. Berapa dekat? Maksudnya di sini, habiskan perjalanan anda apabila anda berasa terlalu letih dan tidak berupaya untuk meneruskannya lagi. Sebaiknya, mulakan latihan jalan kaki anda dengan berjalan mengelilingi rumah sebanyak dua pusingan di peringkat awal. Selepas seminggu, cuba pula untuk berjalan ke taman berhampiran dan selepas sebulan tingkatkan rutin senaman anda dengan berjalan mengelilingi taman pula.

2 Senaman Sambil 'duduk'

Ya, ini juga satu permulaan yang baik! Segala gerakan adalah satu petanda baik kerana anda mampu menggerakkan anggota anda yang mungkin 'terlena'. Kaedah ini juga baik untuk anda yang
yang sudah berusia. Gerakan yang disarankan amat mudah dan ringkas.
Contohnya, mengangkat dumbel, mengangkat kaki separas paha (leg lifts) dan anda juga boleh melakukan regangan ringan. Semua gerakan lombut ini amat membantu bagi individu yang obes untuk menyediakan dirinya bagi rutin kecergasan yang lebih berat kelak.
 3 AIR, Bantu bina kekuatan otot
Selepas anda mampu melepasi semua gerakkan senaman cara dudu, maka anda boleh mencuba senaman di dalam air. Apabila kita melakukan aktiviti regangn di dalam air, bebanan tubuh pada otot dan sendri akan berkurangan saat tubuh diapungkan. Keadaan ini dapat membantu mengurangkan tekanan seterusnya dapat membantu menghindari risiko kecederaan. Aktiviti air seperti renang dan aerobic dapat membantu membakar kalori disamping membina otot.
Graviti pada air akan menampung tubuh dan inilah yang membantu meredakan tekanan atau kesakitan saat melakukan regangan.
Mula kan latihan denagn memaut tepian atau palang kolam. Perlahan-lahan, regangkan kaki dalam gerakan seperti ingin menendang atau cuba kuakkan tangan anda sambil menolak tekanan air. Apabila anda sudah mulai selesa, anda boleh cuba berenang ulang alik pada kolam yang sederhana keluasannya sebanyak satu atau dua kali..
 
Ini xtvt untuk orang comeljer...
 
4 Yoga, semestinya !
Ada diantara postur dan posisi di dalam yoga yang sangat bermanfaat dalam membantu menyingkirkan lemak dari tubuh. Posisi seperti ‘twisting’, ‘backward bending’ dan ‘forward bending’ membantu mengurangkan lemak sekitar punggung, paha dan obdomen. Teknik  ‘sun salutation’ pula dapta membantu teknik pernafasan dan diantara langkah senaman yang terbaik untuk mempertingkatkan kesihatan paru-paru.


Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 20 Disember 2012

Makan... Beringatlah sebelum terlambat!

Dari Majalah RAPI 15 November 2009
Gigih akak taip untuk tatapan..

Apa katanya?

Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe, beliau mengatkaan kebanyakan rakyat Amerika  mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. Dalam sebuah penulisannya, beliau mengatakan bahawa penduduk negara maju itu terlalu banyak mengambil daging, lemak, gula, alkohol, dan bahan perasa tanpa mengambil berat tentang kepentingan makanan, berserat. Pakar ini menegaskan, untuk sihat: KAWAL APA YANG ANDA MAKAN.

 
Ramai yang tahu, tetapi tidak mengendahkan amaran bahayanya makanan-makanan tidak sihat, Ayuh, berkenalan dengan "musuh-musuh" tubuhmu!

Aduh, berlemaknya! Tinggi kolesterol ni...

Untuk pengetahuan semua, lemak merupakan sumber terbanyak kalori. Makanan yang kaya dengan lemak dan berminyak memudaratkan! Ia menggalakkan masalah kegemukan, penyakit jantung, kencing manis, dan segala macam jenis barah. Baiklah, tidak dinafikan makanan seperti telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik. Namun, jika berlebihan buruk padahnya! Makanan-makanan ini juga kaya dengan kolestrol dan mampu meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit berbahaya. Makanan yang melalaui terlalu banyak proses ketika pembikinannya seperti makanan segera juga banyak lemak. Ada baiknya anda semua mula berfikir dua kali sebelum membeli pisang goreng atau cucur udang dari makcik seberang jalan sana!

Kamu kena tahu...

~ Burger yang anda anggap "penyelamat" kala perut menjerit kelaparan itu mengandungi lebih 35 peratus lemak.


 
~ Sedapnya! Sandwich atau burger yang diletakkan keju amat berlemak. Tahukah anda, bukan semua keju yang ada dipasaran itu keju. Pelik bukan? Kebanyakan keju merupakan cebisan keju yang bercampur dengan garam, gula, bahan perasa, asid laktik, pengawet, pewarna dan segala macam bahan yang tidak sihat.
 
~ Katakanlah anda seorang peminat kentang goreng, mungkin anda perlu hentikan tabiatmu itu. Ramai yang mengatakan kentang goreng adalah lebih baik dari ban tepung gandum. Salah tu! kentang goreng dibiarkan terendam dalam lemak tepu dan disediakan separa masak sebelum dibungkus. Kemudian, anda pula menggoerngnya dalam minyak. Bayangkan banyak mana kolesterol dalam kentang goreng anda itu? Lama-lama, anda berisiko mendapat serangan jantung. Purata lemak dalam satu hidangan adalah antara 11 hingga 16 gram lemak.
 
~ Usahlah anda berbangga jika makan ikan. Memang ikan baik untuk kesihatan, tapi kalau penyediaannya kaya dengan minyak dan lemak, maka ia tidak sihat lagi! Ayam pun begitu juga...
 
~ Terdapat beberapa jenis lemak. Ingin diingatkan, kesemuanya menggemukkan!
 
Aduh, masinnya garam!
 
Natrium klorida merupakan nama lain bagi garam. Pasti anda sukar nak percaya, tetapi sebenarnya pengambilan garam paling ideal adalah sebanyak 5 gram bersamaan satu sudu teh garam dalam sehari. Bayangkan berapa banyak yang anda ambil. Pagi makan mihun goreng, tengah hari makan pula nasi putih berlaukkan ayam masak lemak, petang kunyah kerepek ubi, dan malam pula teringinkan nasi goreng padprik. Aduh, ini bukan satu sudu teh garam dah, tapi satu balang garam sehari! (MELAMPAU ~ aku rasaler takkan satu balang)... Garam boleh diperoleh secara semulajadi dalam makanan, kerana itulah kita tidak digalakkan untuk mengambil garam tanpa henti. Tekanan darah tinggi akibat pengambilan garam berlebihan akan membawa kepada maut! Mahukan anda maut hanya kerana garam?
 
Kamu kena tahu....
 
~ Tekanan darah tinggi akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu mula mendapat serangan strok, masalah buah pinggan dan lumpuh tubuh badan.
 
~ Bagi memastikan tubuh bergerak dan bertindak balas secara normal, jumlah garam paling tepat untuk seseorang dalam sehari hanyalah sekadar satu sudu teh sahaja.
 
~ Garam bertindak sebagai span, menyedut air dalam tubuh dan menggalakkan tekanan darah seluruh badan.
 
Apa itu serat?
 
Pentingnya serat dalam tubuh dibuktikan dengan sebuah kajian yang menunjukkan tubuh memerlukan sehingga 70-80 jam untuk melalui sistem penghadaman tanpa bantuan serat. Kalau begitulah, bilalah nak ke tandaskan? Mengurangkan tempoh masa makanan melalui sistem penghadaman dapat menghindarkan seseorang itu diserang kanser usus dan menggalakkan kita membuangk sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk melancarkan prose ini, kita amat memerlukan serat!
 
Alahai, semanis gula...
 
Pencuci mulut atau sebarang makanan manis yang diproses seperti kek coklat atau ais krim mengandungi jumlah gula yang tinggi serta kaya kalori tanpa sebarang khasiat. Kehadiran gula mengganggu sistem pertahanan tubuh kerana ia menyingkirkan beberapa khasiat dan galian dalam tubuh. Makan gula banyak-banyak dan bersedialah untuk meraung sepanjang malam kerana sakit gigi. Bukan itu saja, mengamalkan makanan kaya gula akan menyebabkan masalah kegemukan, kencing manis, serangan jantung, dan sebagainya.
 
Kamu kena tahu...
 
~ Siapa kata tubuh memerlukan kandungan gula yang tinggi untuk bergerak sercara normal? Mengarut!
 
~ Sistem badan yang hebat akan menukar makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti dan uni untuk menjadi glukosa semula jadi dalam tubuh anda. Jadi, mengapa anda perlukan gula berlebihan?
 
~ Tidak dinafikan, gula penyumbang tenaga. Namun begitu, ia memudaratkan kerana tidak memberi sebarang khasiat kepada tubuh.
 
~ Berhenti beri alasan! Anda lemah atau tidak bertenaga bukan kerana kurang gula sahaja.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Bagaimana nak urus BERAT agar lebih sihat

Syarat pertama : Tanamkan sikap positif
Langkahnya :
 *      Kurangkan makanan yang bergoreng. Isytiharkan perang kepada makanan ringan.

*  Makanan berlemak memang sedap! Boleh, jika anda masih mahu tetapi tukarkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak haiwan kepada lemak dari sayuran.

*  Bangun dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Menurut kajian seorang saintis dari Universiti Tubingen, Jerman, Norbert Stefan, MD, semakin kerap individu yang obes bersenam maka semakin menurun kandungan lemak yang terkumpul di dalam hati. Inilah yang dipanggil fenomena ‘fat-and-fit’ Hasil kajian ini turut disokong Wylie Rosset, pengkaji dari Universiti Northwestern. “Dalam kajian kami, individu obes yang masih kekal bersenam setiap hari mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit ‘gaya hidup’ berbanding individu yang mempunyai berat yang normal. Ini kerana mereka yang kurus menyangka yang mereka tidak perlu lagi bersenam sebab sudah langsing,” ujarnya. Justeru, penting bagi anda untuk kekal mengamalkan rutin kecergasan meskipun berat anda tidak menunjukkan pernurunan yang banyak.

Kurangkan juga minum minuman manis dan jauhkanlah tabiat makan kerana stress.
*  Elakkan juga memaksa diri melalui tempoh berdiet yang sukar. Penurunan berat walau hanya 2 kg dalam sebulan juga sudah memadai. Semakin anda berasa tertekan dengan saiz tubuh, semakin kurang berat anda akan turun. Biar ia berlaku dengan normal dan sementara itu jalani kehidupan seperti biasa.
*Bertemulah dengan pakar perubatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.
 Jangan terus-terusan melihat penimbang. Itu semua hanya angka. Perkara pertama untuk anda berusaha menjadi si ‘comel’ yang sihat adalah dengan BANGUN! Ya, anda perlu bergerak. Mulakan satu azam untuk satu perubahan. Kita belajar bagaimana untuk menguruskan diri dahulu.
Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 18 Disember 2012

Anak jadi instructor diet

Baru dilantik..
Anak jadi instructor...
punyaler garang tak dibaginya makan...
 
tapi kelakarnyer bila aku dapat makan...
dia cakap
alamak lupaler nak bagi ibu tak makan...
Apakah menu dua bersepupuni nak buat gamaknyer..
gambar lama ... 
Aku WAJIB KURUS...

Minumanpun macam-macam

Minumanpun dah macam-macam...
Memang dunia sekarangni dunia nak habiskan duitjer...
Mun dah minum air sedap-sedap memangler gemuk..
lepastu sibuk cari benda yang boleh kuruskan badan..
duit lagi keluar... macam-macamkan..


Aku WAJIB KURUS...

Isnin, 17 Disember 2012

Takoyaki Pasar Tani

Akuni memang "pemakan"
Memang suka mencuba..
Takoyaki antara yang aku cuba..
suka.. suka.. suka..
 
Paling suka dah jumpa bendani
di Pasar Tani Kinrara
Pantang pergi mesti nak beli..
suami aku pelik bendanipun aku makan...

Jadi mision nak jadi kurus memang kantoi..
apajer makanan boleh ajer masuk tekakni..
 
Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 13 Disember 2012

GLUTA-COLLAGEN ~ ADILLA BEAUTY

Ingin Kulit cantik, gebu dan menawan???
Cubalah Gluta collagen dari adilla beauty....
Anda pasti sukakan nya...
Ramai pelangan kami sudah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya...
ANDA BILA LAGI???

Akak dah mencubanyer juga...
Belum habispun 10 sachetstu..
Takkan nampak kot perubahannya..
Harap adalah kesankan..
Yang pasti perut tak lapar minum benda..
Cam nak beli lagi sebabkan rasa tak lapartu...
♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Khamis, 8 November 2012

Lemak Berkrim tidak disukai ramai

Blogpun dah berlemak, tuan diapun sama..
Gambar dibawah sepatutnyer menjadi motivasi diri...
Gambar terkini yang semakin menghiris kalbu...
oh tidak...
bukan semakin ok tapi semakin KO....

Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 25 September 2012

Motivasi diri sendiri

Semoga kata-kata semangat ini akan memotivasikan diri sendiri untu lebih berjaya. Usaha untuk mengurangkan berat badan ini hampir terkubur disebabkan perangai aku sendiri.. tidak menghiraukan mana yang TERBAIK untuk diri sendiri, bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu...


Aku WAJIB KURUS...

Sabtu, 15 September 2012

GOALS are DREAMING with DEADLINE

GOALS : Kurangkan berat badan
DEADLINE : 31hb Disember 2012

Goals are dreams with deadlines and action plans.1) Know what you want
S pecific : Aku WAJIB KURUS... Perlu kurangkan 6kg pada 31hb Disember 2012

M easureable
: Bermakna aku perlu sekurang-kurangnya hilang 2kg sebulan.

A chieveable : Rasanya boleh kot seminggu hanya turun hanya 0.5kg.

R ealistic : Sudah pasti realistik sebabnya tidak tergesa-gesa.

T imebound : Hilang 6kg dalam masa 3 bulan..
3) Visualize your goal :

Terus teringatkan Datin Norjuma ni yang dulu kecoh dia berisi selepas bersalin. Tengok sekarang sangat kurus dan nampak sangat muda.. Inilah inspirasi dan semangat yang harus akak contohi....

4) Take Cosistent Action :

Limitation : Limit yang paling ketara aku ini ialah MINDA aku. Sebenarnya aku mampu melakukan namun aku selalu fikir sebaliknya. Sebenarnya aku sudah kenyang tapi tau nak mengunyah.. mengunyah... walhal aku tidak memerlukan.. dan yang paling teruk ialah junk food, nampak sedikit tapi tolonglah kalorinya ya ampun...tolong ingat itu sikit bahawasanya jika lapar makanlah berkhasiat....

Strategy : Ingatkan anak2 beli makanan sihat, sentiasa fokus jangan makan mengarut, kalau lapar cari makanan khasiat atau minum air milo atau cari buah-buahan. Janganlah asyik teringat nak makan benda yang sedap dan mengabaikan makanan khasiat...

Action : Bawak bekal ke ofis, kurangkan makan kat luar, sentiasa minum air kosong, sentiasa termotivasi dengan selalu tengok blog kawan-kawan yang sudah kurus dan ingin kurus, ajak kawan-kawan sepejabat untuk kuruskan diri, belajar kira kalori, beli banyak buah-buahan...

" Taking action will turn your dream into REALITY "
Jangan biarkan diri ini terusan makan dan makan dan makan tanpa henti kerana ada pengiraan kalori yang perlu difahami. Duhai Cho Zila lihatlah dan amalkan...
⋡ Wanita: BMR = 655 + (9.6 x 81.5kg) + (1.8 x 153cm) – (4.7 x 42thn)
BMR AKU = 655 + 782 + 275 - 197 = 1515 kcal/day
DCR aku adalah = 1515 X 1.375 = 2083 kcal/day (purata kalori diperlukan sehari)

⋡ Kalau nak kurangkan berat badan mesti DCR minus 500kcal* bermakna hanya boleh amek 2083 - 500 = 1583kcal sehari.
(kenapa kurangkan 500kcal*?? kerana jika hendak turun berat 1lb (0.45kg),
hendaklah kurangkan 3500kcal dari DCR kita.
Bahagikan 3500kcal itu kepada 7 hari (1 minggu), maka kena KURANGKAN 500kcal sehari daripada DCR kita jika hendak turun berat.)

⋡ Hanya 1583kcal per day = Agih pengambilan kalori kepada 5-6 sajian. Maka 1590kcal/5 = 316kcal dalam satu sajian.

Ingattu tak banyak sebenarnya pengambilan kalori sehari yang boleh kau ambil wahai Cho Zila. Ingat itu...

"Bukalah MINDA!! Minda adalah seperti payung terjun ia hanya berfungsi apabila terbuka.. ~ Sir James Dewar~"

Aku WAJIB KURUS...

Rabu, 12 September 2012

Kembali kepada landas perjuangan

Tajuk tak leh tahankan..
Tapi perbuatan tidak mengambarkan..
Setelah dua bulan yang ding dong...
banyak xtvt makan dari excercise...
CUKUP-CUKUPlah wahai Cho Zila
 
Sedar diri balik yang banyak perlu diperjuangkan...
Kembali berusaha untuk menjadi sihat sejahtera...

Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 7 Ogos 2012

Separuh dah bulan Ramadan

Rupanya dah masuk hari ke lapan belas kita berpuasakan.. seronoknya puasa ialah badan ini terasa ringan sedikit. Memang seronoklah tapi risau sesangat kalau hari raya nanti mesti makan banyak punya... Cerita pasal Herbalife tu sebenarnya aku tidak komited langsung entahler sehari dua jer lepastu idakler.. Memang tak bolehlah sebab makanan dah banyak atas meja kalau tak habis macam membazirkan. Yang penting makan tak banyak sangatlah... Moga lepas hari rayani mental aku masih kuat lagi...
Gambar tiada kaitan, nak ambik gambar anak jer ....

  ♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Khamis, 26 Julai 2012

Maman.. habis diet aku....

Cerita pasal maman yang telah meranapkan tekad dan azam aku TAK NAK makan nasi sepanjang bulan puasa.. Kenapa aku makan juga sebab maman kena makan dengan nasi baruler ada umph. Bahayakan maman ini.. tapi bila hati dah suka semuanya indah belaka.. aku tetap dengan keputusan apa nak jadipun jadilah. Maka pada hari puasa yang keempat dengan semangatnya akupun ambik maman dalam peti ais bekalan dari emak ngan apak masa balik kampung hari itu.. Kalau aku biarkan mamantu nanti bukannya ada orang nak makan, hanya aku sorang yang makan bendani.. so apa lagi makanlah aku dengan penuh semangat macam dah lama sangat tak makan nasi..

Inilah rupa bendatu, tenyeh cili paditu tambahkan pulak ikan rebus goreng..
terangkat tak payahlah makan dengan benda lain lagi..

DIARI RAMADAN 2012

Boleh tahan jugaklah tidaklah makan banyak tapi masalahnya badan akuni idakler mahu turun lagi.. Untuk pengetahuan aku sendiri, menu diet Herbalifetu aku tak ikut lagi maalumler adajer execuse yang aku berikan.. memang tak kurusler akuni gamaknyer.. tolong aku nak kurangkan berat badan aku di bawah 70kg.....

Aku WAJIB KURUS...

Isnin, 23 Julai 2012

50 Diet Tips Every Woman Should Know

Source : Women's Weekly
Month : June 2012

With so many types of diets to choose from, you'd be forgiven for thinking that losing weight is complicated. But shifting excess kilos is as easy as making changes to eating habits and food mind-set. Try these tips to get into great shape...

1) Accept the truth. Your expanding waistline is unlikely to be due to a slow metabbolism or a gland problem and more likely to be down to what and how much you eat! Come to terms with this and you'll find it easier to get motivated.

2) Don't delay, start today. It's easy to say you'll go to the gym tomorrow or start eating healthily on Monday. But you want to lose weight now, don't you?

3) Focus on changing your eating habits for life rather than dieting. Going on a diet implies you to start on a particular day, finish on a particular day and only change what you eat in between. Once your 'diet' is finished, you return to the eating habits that made you pile on the kilos in the first place.

4) Avoid 'all or nothing' thinking. One small over-indulgence doesn't mean you've blown your diet and can now go on a food feast. Simply put the indulgence behind you and move on and away from the fridge.

5) Keep an honest food diary to identify how much you eat and when. Once you se an accurate picture of your eating habits, it's easier to make changes.

6) Stop blaming special occasions for poor eating habits. There will always to birthday in the office, a dinner at the weekend or a family Sunday lunch! Accept these situations as a normal part of life and incorporate the food and drink that's on offer into your healthy eating plan, rather than using them as an excuse to constantly overindulge.

7) Stay away from the diet foods you don't actually enjoy eating. Food should be pleasurable, not painful!

8) Don't assume all salads are healthy. They might be laden with mayo, oily dressing, cheese or nuts, making them higher in calories than a chicken burger.

9) Watch the way slim women eat. For example, they might order a gin and slimline tonic (50 calories), rather than a glass of wine (100 calories), skip dessert and the cheese board, and only occasionally succumb to the daily chocolate run at work.

10) Focus on eating more of the good things rather than less of the bad things. For example, eat more fruit and veggies and you'll automatically eat less fatty and sugary foods because you'll feel fuller.

NIBBLING SOLUTIONS

11) Keep your hands busy if you nibble on sweets, chocolate and crisps while watching TV. Try knitting, sewing or even giving yourself a pampering manicure.

12) Chew sugar-free gum while you're cooking. It'll stop you picking on slices of cheese, nuts or anything else you can get your hands on. Nibbling adds up - cut out a daily slither of cheese and you could lose five kilos in a year.

13) If you always eat when you drink, change your drinking habits. For example, if you normally have a couple of biscuits with your afternoon cup of tea, swap your tea for a low-cal cup a-soup.

14) Clean your teeth when you fancy nibbling

15) Swap your cooking oil for spray oil. Just one tbsp of oil contains 100 calories whereas ten squirts of spray oil contain 10 calories. Make this daily change alone and you'll lose four kilos in a year.

16) Don't eat from jars, packets or tubs. It's easy to scoff half a tube of crisps or an entire tub of ice-cream when you can't see how much you're eating. Put food into bowls or on to plates instead.

17) Think about how you eat your favourite high-calorie foods and find lower cal alternatives that you eat in the same way. For example, instead of having a packet of crisps, go for a small bag of baby carrots. You'll still have to open the packet and frequently put your hand into the bag and then to your mouth. The only thing that's different is the food itself!

18) Have a glass of water whenever you feel hungry to make sure you haven't mistaken thirst for hunger.

19) Remember that healthy foods such as muesli, brown rice, fruit juice and bread still contain calories and so you need to control portion sizes. For example, just 2 tbsps of muesli contains 110 calories.

20) Make food tastier by adding seasonings such as galic, herbs and spices rather than fat such as butter or oil. You'll keep your taste buds happy without having the calories.

21) Buy small packets of foods such as biscuits, crisps and nuts rather than large packets that you have to divide yourself. You'll be less tempted to eat the whole lot in one sitting.

22) Swap fizzy drinks for diet versions or sparkling water. Someone with a can-a-day habit can lose up to seven kilos in a year simply by opting for the diet drink.

23) Clear out fatty and sugary foods from your kitchen. By having less choice, you'll eat less. Not sure? Imagine a buffet full of cheese sandwiches. You'd soon get bored of them and eat fewer than if there were lots of variety.

24) Always serve vegetable or salad first when putting food on to plates. That way you can make sure they cover half your plate. Then fill a quater with rice, pasta, couscous, noodles, bread or potatoes and the last quarter of the plate with meat, fish, chicken, eggs or beans.

25) Always take notice of the serving size suggestions on ready-made foods, especially for pasta and rice. Be sure to follow the advice.

26) Identify the obstacles that might stop you from losing weight, and then decide what you can do about each one. Typical obstacles might include Friday night takeaways, a lack of time to cook, a hatred of the gym or a family who loves snacking. Put together a plan that combats each obstacle. For example, a lack of healthy meals at the work canteen or nearby hawker centre or buying high-cal ready-made meals can be overcome by taking your own lunch to work.

27) Drive to the pub so you stick to alcohol-free drinks. But you still need to choose your tipple carefully - a glass of regular cola contains more calories than a glass of wine! Instead , pick diet drink or soda water with a dash of lime.

28) Go for quality rather than quantity. Pay more (but buy less!) for good quality ingredients as they are packed with flavours and are just as tasty.

29) Serve your food on a smaller plate. It's the oldest trick in the book but it really does work, especially if you like having seconds - two servings on a small plate is still only the equivalent to one normal-sized portion!

30) Beware of low-fat foods - it doesn't mean they're low in calories. Sweet, low-fat foods such as biscuits and muffins are usually the worst offenders. While they're low in fat, the extra sugar keeps the calorie count high.

31) Don't read or watch TV at mealtimes. Being distracted when your're eating will leave you shovelling food into your mouth, regardless of whether you really want it.

32) Find substitutes for comfort eating. Instead of seeking solace in a bar of chocolate or bag of chips, get a hug from your partner, listen to your favourite music, have a bubble bath, or phone a friend to chat.

33) Eat regularly and don't skip meals, especially breakfast. Studies show that breakfast skippers tend to be fatter than people who eat this meal because they over compensate and eat more later in the day.

34) Identify habits that sabotage your good intentions and swap them for new, healthier ones. So instead of going straight to the fridge when you get home, go to the fruit bowl instead; or if you always buy a bar of chocolate when you walk past the newsagent, take a different route.

35) Get enough sleep. Constantly being tired can lead to weight gain - plus an extra couple of hours in bed each night means more time away from the biscuit tin.

FAST FOOD KNOW - HOW

36) Keep a supply of microwaveable low-fat ready meals in your freezer and serve them with salad or vegetables.

37) Serve scrambled eggs and fresh tomato on toast or make an omelette and serve with salad and a microwaved jacket potato or crusty bread.

38) Throw together a salad using bags of pre-prepared leaves, cherry tomatoes, canned sweet corn, canned tuna or salmon, grated reduced-fat cheese and a little balsamic vinegar.

39) Cook a handful of whole-wheat pasta and frozen veggies in the same pan. Drain and add half a jar of low-fat tomato sauce. Heat through, top with parmesan cheese and serve with a mixed salad.

40) Always choose the smallest portion available. Studies show that the more food people are given, the more thy'll eat, regardless of whether or not they're hungry. Worse still, they don't compensate for this by eating less later in the day.

41) Don't drink your calories. A large glass of fruit juice contains 120 calories and a can of fizzy drink, 140 calories. If you're thirsty, choose water - it's completely calorie-free!

42) Hide your deep fat fryer or chip panso you don't eat deep-fry food. Use an oil-free fryer instead; Try an air fryer that uses air technology to give you the crisp results of a deep-fry but with less fat.

43) Use chopsticks to help you eat meals slowly and wait a while before deciding whether you want seconds or a dessert. The brain needs 20 minutes to receive the "full" signal, so no matter how much you eat during that time, your signal won't come any sooner.

44) Prepare most of your meals yourself rather than relying on eating out, ready meals or takeaways. It makes it much easier to control your intake of fat, sugar and salt.

45) Banish the bathroom scales. Your weight fluctuates naturally throughout the day and from day to day, so constantly jumping on and off the scales is guaranteed to send your moods up and down like a yo-yo. If you can't stay off the scales altogether, just weigh yourself once a week.

46) Don't cut out major groups of foods such as carbs or diary products in an effort to lose weight. Sure, they'll shift the pounds because you'll be taking in fewer calories than normal. But can you really carry on eating like this for life? The eating habits you develop to lose weight should be sustainable forever.

EASY TRICKS TO BEAT HUNGER

47) Start every main meal with a large bowl of salad and little balsamic vinegar or fat-free dressing.

48) Choose foods with a low glycaemic index - in other words which give you a long-term energy boost - as they'll help keep blood sugar levels steady so you'll be less likely to feel hungry and snack. Good choices include whole-wheat pasta, noodles, porridge, whole grain cereals, pulsed and most fruits and vegetables.

49) Try these tasty, low-calorie snacks if you're hungry :
♣ Cup of low-fat soup ♣ Bowl of fresh fruit salad ♣ Prawn cocktail with a a fat-free seafood dressing ♣ A simple cocktail made from juicy grapefruit and orange segments.
50) Keep a bowl of chopped vegetables in your fridge so you always have healthy snacks on hand. Serve them with salsa or homemade tzatziki made from fat-free natural yogurt, mint sauce, lemon juice and garlic.

Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 19 Julai 2012

SaLaM RaMaDaN

Semoga kita semua beroleh keberkatan dengan kedatangan Ramadan kali ini...
semoga kita semua akan berusaha untuk
menjadikan Ramadan kali ini sebagai permulaan
untuk melakukan kebaikan
dan meninggalkan segala yang tidak baik...




Aku WAJIB KURUS...

Isnin, 16 Julai 2012

Puasa semakin menghampiri

Kalau sebut puasa tentu orang yang kononnya nak berdiet macam
aku tersenyum konon boleh diet.
Bolehker??... tapi kalau sehari tak makan nanti berbuka
 tak sedarkan diri tak guna jugalahkan....
Oleh itu kedatangan Ramadan kali ini aku harap
 dapat melakukan sesuatu disamping beribadah
dapat juga kiranya mengatur jadual pemakanan yang bersesuaian..

Aku telah mengambil satu langkah yang
tidak terduga sebenarnya dengan membeli produk Herbalife.
Ikutkan aku memang suka produk ini sebabnya banyak
bukti depan mata yang aku tengok tapi  harga dia alahai...
Tapi disebabkan aku rasa nak mencubanya
untuk bulan puasa rasanya tidaklah mahal sangat.
Kalaulah hasilnya memberansangkan,
tutup mata sahajalah bayar untuk kegunaan seterusnya.
Aku cuma nak cara food replacement dan rasanya Herbalife sesuai kot...

Terjumpa carta ini, harap dapat  membantu aku nanti...
Semoga aku boleh menggunakan kesempatan di bulan Ramadan ini untuk memperbaiki diri dalam ibadah juga amalan seharian..
Beraniker... Beranikan diri, besok nak mencubanya sebelum berpuasa sebenarnya 
samada mampu atau tidak aku bertahan....

Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 12 Julai 2012

Kalori dalam sarapan anda

Diambil dari majalah RAPI Bil 191 keluaran 1 Julai 2012, ruangan Infonutrisi dan penyelaras adalah Marlia Zakaria. Apakah menu sarapan yang biasa anda ambil setiap hari? Ada yang menggemari roti canai, roti nan, nasi lemak atau sekadar kuih muih sahaja. Semua ini sememangnya enak untuk dinikmati tetapi pernahkah anda terfikir mengenai kandungan kalori dn sebagainya yang terkandung di dalam sarapan anda? Ayuh kita tinjau kandungan yang tedapat di dalam sebahagian menu yang menjadi kegemaran ramai.
ROTI NAAN (BUTTER)
Saiz hidangan : (Sekeping)
Kalori (kcal) : 308
Karbohidrat (g) : 50.3
Protein (g) : 8.8
Lemak (g) : 7.6
ROTI PITA
Saiz hidangan : 45g
Kalori (kcal) : 123.8
Karbohidrat (g) : 25.1
Protein (g) : 4.1
Lemak (g) : 0.5
KUIH SERI MUKA
Saiz hidangan : 99g(sebiji)
Kalori (kcal) : 144
Karbohidrat (g) : 35.9
Protein (g) : 3.6
Lemak (g) : 3.8
ROTI PUTIH
Saiz hidangan : 26g(sekeping)
Kalori (kcal) : 69.4
Karbohidrat (g) : 12.9
Protein (g) : 2.1
Lemak (g) : 0.9
ROTI CANAI
Saiz hidangan : 95g(sekeping)
Kalori (kcal) : 301
Karbohidrat (g) : 45.5
Protein (g) : 6.7
Lemak (g) : 10.3
ROTI TELUR
Saiz hidangan : 135g(sekeping)
Kalori (kcal) : 356
Karbohidrat (g) : 46.2
Protein (g) : 12.4
Lemak (g) : 13.5
CAPATI
Saiz hidangan : 100g (sekeping)
Kalori (kcal) : 300
Karbohidrat (g) : 46.6
Protein (g) : 9.0
Lemak (g) : 8.7
NASI LEMAK
Saiz hidangan : 230g (nasi sahaja)
Kalori (kcal) : 389
Karbohidrat (g) : 58.2
Protein (g) : 9.7
Lemak (g) : 10.3

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Rabu, 25 April 2012

Diari Slim 25-04-2012

Berat badan aku sebenarnya tidak berganjak banyakpun walaupun rasanya aku dah mengandakan usaha ke arah itu. Kalau tanya memang kecewa namun usaha mesti tetap diteruskan. Teringat kata Rozi adik yang satu opis dengan akutu " akak nampak lagi bulat lepas rajin joggingni".. alahai letihnyer aku tapi aku tak boleh kecewa sebabnya aku melakukan itu bukan hanya untuk kurus tapi yang penting adalah untuk SIHAT.

Oklah, aku nak cerita semalam adalah hari yang menarik sebab aku jumpa tempat-riadah-pilihan-terkini seperti yang aku tulis kat blog satu lagi. Memang lepas habis beriadahtu aku terus sms kawan aku yang duk rekemen tempattu " wei aku jogging kat belakang rumah ko.. 1st time ... Best tak sangka". Memang berbaloi sesangat buat aku terkenangkan saat aku gila-gila naik gunung, emak aku tak larat nak larang. Ada peluangjer aku packing barang nak ikut member naik gunung. Rindu sesangat saat itu..

Berbalik kisah semalam aku benonyer bab makan bukanlah hebat sesangat sebabnya aku bersarapan nescafe dan roti. Tengahari pulak aku balik rumah makan ngan budak2tu makan lauk-lauk juga sedikit nasi, aku makan gak tau fu fa. Lepaihtu petang sikit gatal pi makan sekeping coklat jenama per tah dengan alasan nak merasa... Untuk makan malam lak aku makan mi rebus sedikit, sedikit paprik sayur banyak dan tak hengat dah...

Nampak sikitjer aku makan tapi sebab aku lupa tulis rasa cam banyakjer... so mulai harini aku kena tulis sebutir2 supaya senang... Untuk exercise puas hatiler kot sebabnya pagitu aku berbasikal setengah jam kat kawasan rumah. Dan petangtu aku pergi mencuba beriadah ditempat yang baru itu.. memang sesangat happyni...
Jom kita rajin goyangkan badan untuk memastikan badan kita sihat dan ceria selalu hendaknya.. Terkenangkan gambar Atikah semasa sport day Tadika lama dia masa umur 4 tahun. Last year Genius Aulad tak buat sukan tapi  bulan depan Genius Aulad akan mengadakan Field Day untuk student .. tak sabar rasanya... Field Day ini akan diadakan di Taman Wawasan Putrajaya.. tak pernah sampai, dua kali excited nak tungguni...

Aku WAJIB KURUS...

Diari Diet 24-04-2012

Dah lama tidak menulis tentang diari dietkan. Tapi sebenarnya aku dalam proses yang amat baik untuk mencapai target yang diingini. Aku telah memulakan sebulan yang lepas rasanya tidak makan nasi dengan kuantiti yang banyak. Tapi aku masih makan nasi ok sebab memang terasa sesuatu yang begitu tak seronok kalau langsung tak sentuh nasi.

Aku ada masalah kalau tak makan benda yang pedas so selalunya kalau ada lauktu mesti nak ada nasi sikit. Tapi sekarangni nasi yang aku makan hanya sejemput sahaja ataupun kalau dalam kiraan suap tidak pernah sampai sepuluhpun. Untuk sarapan juga aku dah tak makan roti canai lagi... syukur Alhamdulillah... Makan tengahari pula hanya lauk dan sedikit nasi dan yang aku nak cuba ubah ialah makan malam . Buat masa ini selalunya walaupun aku tidaklah lapar sangat tapi aku makan macam-macam. Walaupun sedikit tapi kalau dicampurkan memang agak banyak.

Makan malam aku nak ubah hanya makan bijirin atau roti atau biskut dengan air panas. No untuk mi goreng, atau yang goreng lainnya. Harap aku boleh berubah bermula dari hari ini dan harap dapat makan hanya sebelum pukul 7.00 petang.
Kalau dapat makan sambal belacan memang tak terkira sedapnya, merindui sesangat makan ulam begini sebabnya kat rumah aku sekarang tak ada peminat ulam. Dulu masa duk kat kampung ngan adik beradik memang ulam adalah hidangan wajib pagi dan petang hatta untuk sarapan. Rindu sambal belacan dan sambal tempoyak walaupun boleh buat sendiri tak sama makan ramai-ramai dengan adik-adik masa kecik dulu..



Ok... nak cerita bab EXERCISE... sebenarnya memang dalam sebulan ini memang agak lebih sedikit. Aku dah daftar di Aero-Fitness Centre untuk aerobik dan xtvt jogging aku dah bertambah lebih baik sekarang syukur. Yang paling seronok ialah suami aku dah beli basikal Mountain bike, sebab dia tak pakai akuler yang pakai.. Memang terasa sangat gembira sangat sekarang.

Kalau pergi aerobik memang saat yang paling bahagia sebabnya dapat keluar peluh dan dapat jumpa dengan kawan baru. Kerinduan untuk berexercise begini terubat juga.. Kalau pergi jogging pulak jumpa dengan kawan sejogging yang telah mula kenal antara satu sama lain... Berbasikal memang tiada tolak bandingnya kerana xtvt inilah yang paling aku sukai. Sebenarnya teringin nak berenang tapi tak tahu kat manaler pulak yerk... tapi tak per xtvttu pun dah cukup gamaknya..

Dengan xtvt yang ada ini dapat juga mengubat rasa sakit yang ditanggung kini... Hilang semua stress dan rasa sakit hati... Oh Tuhan tolonglah, hapuskan derita ini...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Selasa, 17 April 2012

Aero-Fitness Studio Damai Utama

Aku telah mendaftarkan diri di Aero-Fitness Studio selama 2 minggu dan untuk makluman aku terasa sangat seronok. Tidak boleh digambarkan betapa semenjak dua minggu ini kehidupan sudah tidak sama lagi seperti dahulu. Sentiasa rasa tertunggu menanti hari untuk pergi ke sini dan berjuang bersama kawan-kawan semua.

Setelah sekian lama aku mencari tempat beraerobik seperti dan akhirnya berjumpa maka ucapan terima kasih kepada pemilik Aero-Fitness iaitu Nurrul Ain kerana mereliasasikan kehendak akak ini. Jomler kita beramai-ramai bersenam untuk kesihatan..




Semua gambar dari facebook Aero-Fittnes, semoga teruja...
AERO-FITNESS STUDIO
Adorable well, Health & Fun Aerobic.
(Ladies Only)

Address: No 4-2, Jalan DU 2, Taman Damai Utama,
47180 Puchong, Selangor.

TEL: 012-2212944

Special Class;
Salsa, Cha-cha, Body toning, Stepboard,
Step fusion, Cardio fit, Kick boxing,
Interval training, Poco-poco and more.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥


Selasa, 6 Mac 2012

Semangat berjogging.. hari pulak hujan

Minggu lepas memang bersemangan nak berjogging tapi malangnya setiap petang cuaca di Puchong ini kurang mengizinkan.. Namun aku teruskan juga untuk merealisasikan impian aku untuk menjadi lebih kurus dan sihat. Memang tak menahan rasanya badan aku ini bukannya makin kurus tapi semakin menjadi 3 G.

Melihat gambar semasa dinner tempohari aku menjadi semakin tidak menentu, adakah berat badan aku ini tidak akan berkurangan sampai bila-bila. Oleh itu misi yang jelas dan benar harus aku lakukan. Aku kena bertekad dengan sebenarnya. Aku mesti memusuhi apa yang tidak baik untuk kesihatan aku ini.

Yang penting aku mesti menjadi lebih kurang berat badannya dan lebih sihat.. Teruskan usaha ini. Untuk INGATAN kepada diri sendiri
Gambar dari GOOGLE.. Semoga aku segigih itu untuk terus melangkah dan terus melangkah...
Aku WAJIB KURUS...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...