Follow Me......

Rabu, 25 April 2012

Diari Slim 25-04-2012

Berat badan aku sebenarnya tidak berganjak banyakpun walaupun rasanya aku dah mengandakan usaha ke arah itu. Kalau tanya memang kecewa namun usaha mesti tetap diteruskan. Teringat kata Rozi adik yang satu opis dengan akutu " akak nampak lagi bulat lepas rajin joggingni".. alahai letihnyer aku tapi aku tak boleh kecewa sebabnya aku melakukan itu bukan hanya untuk kurus tapi yang penting adalah untuk SIHAT.

Oklah, aku nak cerita semalam adalah hari yang menarik sebab aku jumpa tempat-riadah-pilihan-terkini seperti yang aku tulis kat blog satu lagi. Memang lepas habis beriadahtu aku terus sms kawan aku yang duk rekemen tempattu " wei aku jogging kat belakang rumah ko.. 1st time ... Best tak sangka". Memang berbaloi sesangat buat aku terkenangkan saat aku gila-gila naik gunung, emak aku tak larat nak larang. Ada peluangjer aku packing barang nak ikut member naik gunung. Rindu sesangat saat itu..

Berbalik kisah semalam aku benonyer bab makan bukanlah hebat sesangat sebabnya aku bersarapan nescafe dan roti. Tengahari pulak aku balik rumah makan ngan budak2tu makan lauk-lauk juga sedikit nasi, aku makan gak tau fu fa. Lepaihtu petang sikit gatal pi makan sekeping coklat jenama per tah dengan alasan nak merasa... Untuk makan malam lak aku makan mi rebus sedikit, sedikit paprik sayur banyak dan tak hengat dah...

Nampak sikitjer aku makan tapi sebab aku lupa tulis rasa cam banyakjer... so mulai harini aku kena tulis sebutir2 supaya senang... Untuk exercise puas hatiler kot sebabnya pagitu aku berbasikal setengah jam kat kawasan rumah. Dan petangtu aku pergi mencuba beriadah ditempat yang baru itu.. memang sesangat happyni...
Jom kita rajin goyangkan badan untuk memastikan badan kita sihat dan ceria selalu hendaknya.. Terkenangkan gambar Atikah semasa sport day Tadika lama dia masa umur 4 tahun. Last year Genius Aulad tak buat sukan tapi  bulan depan Genius Aulad akan mengadakan Field Day untuk student .. tak sabar rasanya... Field Day ini akan diadakan di Taman Wawasan Putrajaya.. tak pernah sampai, dua kali excited nak tungguni...

Aku WAJIB KURUS...

Diari Diet 24-04-2012

Dah lama tidak menulis tentang diari dietkan. Tapi sebenarnya aku dalam proses yang amat baik untuk mencapai target yang diingini. Aku telah memulakan sebulan yang lepas rasanya tidak makan nasi dengan kuantiti yang banyak. Tapi aku masih makan nasi ok sebab memang terasa sesuatu yang begitu tak seronok kalau langsung tak sentuh nasi.

Aku ada masalah kalau tak makan benda yang pedas so selalunya kalau ada lauktu mesti nak ada nasi sikit. Tapi sekarangni nasi yang aku makan hanya sejemput sahaja ataupun kalau dalam kiraan suap tidak pernah sampai sepuluhpun. Untuk sarapan juga aku dah tak makan roti canai lagi... syukur Alhamdulillah... Makan tengahari pula hanya lauk dan sedikit nasi dan yang aku nak cuba ubah ialah makan malam . Buat masa ini selalunya walaupun aku tidaklah lapar sangat tapi aku makan macam-macam. Walaupun sedikit tapi kalau dicampurkan memang agak banyak.

Makan malam aku nak ubah hanya makan bijirin atau roti atau biskut dengan air panas. No untuk mi goreng, atau yang goreng lainnya. Harap aku boleh berubah bermula dari hari ini dan harap dapat makan hanya sebelum pukul 7.00 petang.
Kalau dapat makan sambal belacan memang tak terkira sedapnya, merindui sesangat makan ulam begini sebabnya kat rumah aku sekarang tak ada peminat ulam. Dulu masa duk kat kampung ngan adik beradik memang ulam adalah hidangan wajib pagi dan petang hatta untuk sarapan. Rindu sambal belacan dan sambal tempoyak walaupun boleh buat sendiri tak sama makan ramai-ramai dengan adik-adik masa kecik dulu..



Ok... nak cerita bab EXERCISE... sebenarnya memang dalam sebulan ini memang agak lebih sedikit. Aku dah daftar di Aero-Fitness Centre untuk aerobik dan xtvt jogging aku dah bertambah lebih baik sekarang syukur. Yang paling seronok ialah suami aku dah beli basikal Mountain bike, sebab dia tak pakai akuler yang pakai.. Memang terasa sangat gembira sangat sekarang.

Kalau pergi aerobik memang saat yang paling bahagia sebabnya dapat keluar peluh dan dapat jumpa dengan kawan baru. Kerinduan untuk berexercise begini terubat juga.. Kalau pergi jogging pulak jumpa dengan kawan sejogging yang telah mula kenal antara satu sama lain... Berbasikal memang tiada tolak bandingnya kerana xtvt inilah yang paling aku sukai. Sebenarnya teringin nak berenang tapi tak tahu kat manaler pulak yerk... tapi tak per xtvttu pun dah cukup gamaknya..

Dengan xtvt yang ada ini dapat juga mengubat rasa sakit yang ditanggung kini... Hilang semua stress dan rasa sakit hati... Oh Tuhan tolonglah, hapuskan derita ini...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Selasa, 17 April 2012

Aero-Fitness Studio Damai Utama

Aku telah mendaftarkan diri di Aero-Fitness Studio selama 2 minggu dan untuk makluman aku terasa sangat seronok. Tidak boleh digambarkan betapa semenjak dua minggu ini kehidupan sudah tidak sama lagi seperti dahulu. Sentiasa rasa tertunggu menanti hari untuk pergi ke sini dan berjuang bersama kawan-kawan semua.

Setelah sekian lama aku mencari tempat beraerobik seperti dan akhirnya berjumpa maka ucapan terima kasih kepada pemilik Aero-Fitness iaitu Nurrul Ain kerana mereliasasikan kehendak akak ini. Jomler kita beramai-ramai bersenam untuk kesihatan..




Semua gambar dari facebook Aero-Fittnes, semoga teruja...
AERO-FITNESS STUDIO
Adorable well, Health & Fun Aerobic.
(Ladies Only)

Address: No 4-2, Jalan DU 2, Taman Damai Utama,
47180 Puchong, Selangor.

TEL: 012-2212944

Special Class;
Salsa, Cha-cha, Body toning, Stepboard,
Step fusion, Cardio fit, Kick boxing,
Interval training, Poco-poco and more.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...