Follow Me......

Selasa, 31 Mei 2011

31hb Mei.. Selamat tinggal Mei

Rasanya bulan Meini bukanlah bahagia sesangatnya namun harapnya aku tetap tabahkan hati untuk mengharungi segalanya. Tambah2 hari ini aku memang rasa nak meraung untuk sekian kalinya kerana sikapnyer itu tapi aku tahu ini pilihan yang aku tentukan aku kena mengharunginya juga..Allah tabahkanlah hatiku ini untuk terus bersabar dengan dugaan yang tidak seberapa ini. Kecewa memang kecewa namun kehidupan harus diteruskan, kejayaan harus dicapai walaupun aku tau payah namun apalah ada lagi kecuali aku terus bersemangat dan terus bersemangat. Air mata usah diceritakan lagi terus mengalir tanpa aku pinta dah tidak tahu ingin bercerita kepada siapa kerana aku tidak tahu siapa yang boleh aku harapkan...

Sarapan : milo 3+1(1/2), 3 cucur (ikan bilis + udang kering aku blend sekali)...

Sebelum tengahari : neslo semug.... sebelum nak gi makan Afiq yang baru balik dari Bandung bawak kek yang sedap gak boleh tahan aku makan 3 potong walaupun kecik tapi rasanya kemanisan memang ketara....

Tengahari (1.00pm) : kedai sebelah nasi sedikit, pucuk ubi, kerabu mangga, ikan masin(rm3.50) dan buah nenas...

Petang : oooo Mr Ding ngan Anita visit branch so balikpun lambat dan tak lerh ler nak start operasi jogging... ok...

7.30pm DINNER : laksa (1/2 @ kurang sebab dua orang budak dah makan) dan juga air nestle Bliss. ooo sedapnyer... cam der lagi ooo aku makan kacang yang sedaptu boleh tahan banyak...

Ok tapi tang tidur lak lambat sikit sebab tengok CSI ooo tidak...

Harini aku sempat masak per jom jengah dapur aku ini:-

Aku masak :
ikan kembung + terung masak asam rebus
peria masak cili
goreng nugget
cekodok (blendkan cili, bawang, ikan bilis dan udang kering sekali)


♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Isnin, 30 Mei 2011

30hb Mei ... isnin yang bosan

Ok.. harini kena gi kerja tapi anak-anak aku cutikan.. bosannyer nak gi kerjani..

Sarapan : nescafe, roti toastem (1) dan bun kaya (1)..

Sebelum nak lunch aku der melantak beberapa keping keropok keras yang dibeli oleh budak opis aku di Trengganu..

Tengahari : Gi IOI Mall ngan Rozi dan kawan dia...
Makan di Mc Donald fillet o fish katanya kalori = 339kcal betoiker?? aku lak hanya boleh makan 318kcal dalam satu hidangan pasti dah berlebih2 sebabnya aku makan sikit fries dan minum ice lemon tea... gituker.. mak oooooi tolong camner ni....

Petang : sebab dah berlebih2 makan bermakna aku kenaler mengurangkan langsung makan petang2 gini... camner apo nak dikato... TAPI takder maknanyer aku tetap makan dengan jayanya...

Petangtu gak : aku makan sebelum gi kedai mamak seperti gini kerepek baby yang kami beli di Nilaitu dengan banyaknyer, mimum air yogurt tu,
KEDAI MAMAK - aku hirup sup daging ngan tomyam campur... sedikit nasi anak2ku itu...

Malam : minum air yogurttu....




Harini aku masak per yerk
Aku masak : gulai acar cara madiha (ikan merah), goreng ikan merah, goreng sayur bayam, rebus peria dan sambal belacanjer....




♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Blog susu sejat yang menjadi ikutan aku kini....

Mula-mula nak belajar apa itu BMR?

Basal Metabolic Rate (BMR) adalah jumlah tenaga minimum yang digunakan oleh haiwan/manusia ketika dalam fasa rehat. Tenaga ini tidak merujuk kepada apa yang berlaku di luar badan manusia (seperti bersenam, angkat barang, berjalan, memasak, mandi atau aktiviti-aktiviti fizikal yang lain), tetapi lebih merujuk kepada apa yang berlaku DALAM BADAN MANUSIA (degupan jantung, pembaikpulihan sel, pencernaan makanan, bernafas, dan sebagainya). Dalam bahasa mudah, jumlah tenaga yang diwakili oleh BMR merupakan jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang manusia apabila manusia itu tidur (atau koma) selama 24 jam sehari.
Jom layan sambungan ini di sini....Belajar BMR



Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)
Tapi yang di bawah ini akak kira ikut kalkulator kat susu sejattu jer.. senangkan
'Basal Metabolic Rate' anda ialah 1408 kcal.
Purata kalori diperlukan anda dalam sehari ialah 1936 kcal.
Ha... tu aku nyer BMR camner ni leh ker aku teruskan.....

Apa-apapun boleh masuk encik susu sejat di kelas-kalori ... Macam-macam ada untuk lebih memahaminya....

Kira manual BMR aku pulak :-
Wanita: BMR = 655 + (9.6 x 81.5) + (1.8 x 153) – (4.7 x 41)
BMR AKU = 655 + 782 + 275 - 192 = 1520 kcal/day (awat tak sama langsungni....ala hentam ajerler labu)

Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut:

Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9

DCR aku adalah = 1520 X 1.375 = 2090 kcal/day

500kcal adalah yang disarankan

Jika hendak naik/turun berat sebanyak 1lb (0.45kg), kita hendaklah tambah/kurangkan 3500kcal dari DCR kita. Soalnya sekarang bagaimana? Jawapannya mudah, iaitu bahagikan 3500kcal itu kepada 7 hari (1 minggu), dan ini membawa maksud dalam sehari kita haruslah TAMBAH 500kcal kepada DCR kita jika hendak naik berat, atau KURANGKAN 500kcal daripada DCR kita jika hendak turun berat. Dengan yang demikian, berat kita akan bertambah/menyusut sebanyak 1lb (0.45kg) dalam seminggu. Penambahan/pengurangan berat badan sebanyak 0.45kg adalah menguntungkan (rujuk carta nisbah otot:lemak di atas), jika kena pada senaman yang betul dan pengambilan protein yang mencukupi.


n adalah bilangan hari, delta Kg adalah kenaikan/penurunan yang dikehendaki, delta kcal adalah penambahan/pengurangan kalori dalam satu hari. [Untuk mengelakkan ralat yang terlalu besar, maka rumus ini hanya 'sahih' untuk meramal sehingga 3 bulan pertama sahaja. Untuk kenaikan/penurunan jangka masa lebih daripada itu, 'teori sub-gol' perlu dipraktikkan, yang aku akan ajar dalam entri yang akan datang]

n = {10kg X (7700/500)] + 1 = 155 hari (lebih kurang 5 dan 10 hari)
Maka, aku akan mempunyai berat 81.5kg - 10kg = 71.5kg menjelang 5 bulan 10 hari , jika aku ambil 2090kcal setiap hari (anggap kadar metabolism aku adalah konsisten sepanjang tempoh tersebut).

Agihkan kalori dalam sehari itu seadil-adilnya

Kalau nak kuruskan badan mesti DCR - 500kcal(tak ingat kenapa amek 500kcal) maka aku hanya boleh amek 2090 - 500 = 1590kcal sehari.

Encik susu sejat kata camner nak amek 1590kcal per day... "Dalam sehari, kita perlu agih pengambilan kalori (makan) dalam 5-6 sajian untuk memastikan kita sentiasa sihat dan bertenaga. Untuk menyenangkan pembelajaran kali ini, aku cadangkan agar korang agihkan pengambilan kalori itu kepada 5 sajian: Breakfast, Lunch, Snacks (minum petang), Dinner, dan Supper. Mungkin ada yang berkata, biar betul nak kena ambil supper untuk turun berat badan? Ada orang kata kalau makan lepas waktu maghrib boleh menggemukkan? Hari ini aku nak berdiri lantang dan sekeras-kerasnya menegaskan itu adalah MITOS." .. Ok... Ok... akupun dah lama percaya mitos ini tak lerh makan malam lebih dari pukul 8:00 malam.. memang pantang tok nenek akutu... camner ni aku ikutkan ajer dulukan Encik susu sejatni bukan calang2 orang gak rasanya degree biologi gak tu...

Ok berbalik kat aku ler 1590kcal/5 = 318kcal dalam satu sajian.
Bagaimana pula kalau terlebih ambil, atau terkurang ambil?
ala cam biasaler kalau katakan dah amek sarapan 400kcal maka hidangan yang seterusnya kenaler kurangkan 41kcal dalam setiap snacks dan supper(400-318=82).Namun bak kata Encik susu sejat bersederhanalah janganlah MELANTAK, makan berpada-pada... Oh ini memang benar... aku setuju bebeno...

Banyak yang aku kena belajar ni tapi okler tu untuk kalininyer entry... Semoga aku berusaha untuk kurangkan berat badan aku ini untuk kesihatan dan kecantikan.. Aku nak sihat....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Sabtu, 28 Mei 2011

29hb Mei ~ Ku harapkan bahagia

Aku masih di sini Bestari Jaya dengan mulakan hari dengan malas tahap gaban sebabnya punyaler teruk aku bangun pagi pun kurang bermaya....

SARAPAN : satay (2 daging dan 1 ayam), nasi impit (dalam 3-4), nasi goreng sedikit, seketul karipap, ......

Antaranya ini aku banyak mengunyah biskut MUZIK ni....dan minum air teh krisentimum yeos....


TENGAHARI : roti Toastem tu (1).. satay (2)...

PETANG @ TENGAHARI lagi (pukul 3:30 petang) : PI Kedai kat TTDI, Shah Alam .. ok gak kedaini... aku makan sedikit CKT, keropok lekor, rojak buah dan teh 'O' limau panas..

MALAM (8.30pm) : Mi goreng Ina(1/2 sahaja)

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

28hb Mei~ kemas rumah dan Bestari Jaya



Ok harini agak sibuk untuk aku sebabnya aku nak kemaskan rumah dan nak balik Bestari Jaya rumah mertuaku untuk mengambil sesuatu di sana... Oleh kerana nak balik ke sana maka kena selesaikan membasuh kain (Oh TIDAK!!! bilaler suamiku nak belikan mesin basuh baru @ nak direpairnya mesin 10 tahuntu)...

Bukan apa maalumler kalau dah membasuh manualni masa memang agak terbatas sikit .. Okler tu aku habis gak berkemas bilik belakang aka stor tu dengan jayanya. Aku memang dah rasa tak tahan menengoknya oleh tu memang aku harapkan mesti siapkan hari ini juga untuk menenangkan perasaanni yang setiap kali memandang biliktu rasa macam semacam... entahler korang taukan perasaannya kalau kita rasa mesti buat jugakk sebab dah tak boleh tahan nak tengok.... tapi per2 pun MISSION COMPLETED....
ni rumah mertuaku yang sekali-sekali dijenguk....
SARAPAN : Aku yang masak ok.... aku masak mi goreng, sosej goreng dan goreng karipap segera. Aku makan mi goreng (1 pinggan), karipap (2) alamak, sosej (1)... okler tu,,,

TENGAHARI : nasi lebih sikit dari biasa, sayur goreng ( aku suka sebab aku keluarkan sedikit dari keseluruhan sayur goreng mertuaku yang nak kena lama sikit masaknya), ayam pedas seketul, dan entahler rasa tu jer...

PETANG : Roti Gardenia Toast'em raisin oatmeal ( 2 keping ) ...


MALAM (8.30 - 9.30pm) : dah dua malam buat perangaini camno nak kuruihnyer... tapi nak buat camner.... ok kat kedai aku cuma hirup kuah sup daging ngan sedikit daging plus minum air milo separuh....
lepaihtu dah sampai rumah aku makanler satay daging 2 dan ayam pun 2.. nasi impitpun 2 ... kuah pun sikit2,,,,,,, ehm sebab aku suka kalau kuah satay wak yamin bestari jaya ni...

Okler kenyang.....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Khamis, 26 Mei 2011

27 hb Mei... apa kisahnya....

Alkisahnya hari ini aku telah merasakan badan aku ringan sikit kui.. kui.. OPPS lupa nak habaq masa kat kliniktu aku timbang beratnya = 81.5 kg... dan memang dah OBES punya... jadi doktortu kata aku kena sekurang2 nak keluar dari obes iaitu kepada 69 kg ...ni bukan kira berat normal tapi overweight tapi tak obes. tapi tengokler berapa kgtu nak kurangkan (12.5kgtu .... bolehker????) boleh tak boleh aku kena usaha gak....

Sebelum sarapan : pisang (1)

SARAPAN (6:30am) : air limau dan roti bun kacang merah (yang aku kira-kira dari plastiknya cam gini untuk 4 bun 250gm tapi 100gm = 305kcal jadi satu bun hanya 62gm maka 62gm = 189.1kcal~ boleh gitu) oooo aku nak belajar kira kalori...

TENGAHARI (1:30pm) : Bihun sup kedai sebelah (RM4.50)... sebelum tu gi kedai kek rasaler gak kek tapi potong halus2 (memang yang untuk rasa2jertu)
(harini telan ubattu gak)

Kat ofis aku minum semug kopi "O" yang tawaq habiaq dan pahit....

Petang sebelum gi sunway pyramid aku dah telan per yerk.... rasanya kuah lauk pindang akutu, roti kacang merahtu sikit...

MALAM (8:30pm) : Makan di Chicken Hartz Sunway Pyramid... Sebelum nak tulisper yang aku makan aku nak komen sikit.... Chicken Hartz ni adalah tempat yang akan dipangkah (X) selama-lamanya dari aku sefamily. Dulu-dulu aku memang suka gak gi sini tapi memang dah pangkah secara halus dari aku masa dia belum pindah ke bawah lagi tapi disebabkan member ofis nak ajak untuk dinner untuk kitaorang punya tabung ke sini aku kata mungkin sebab dah ubah tempat dia punya makanan tu dah ok balik kot.. dengan harapan... tapi rasanya memang aku dah pangkah selamanya kedai ini dari senarai... tidak mungkin aku habiskan duit RM20 seorang untuk makan yang pada aku entah apa2 dan elokler lagi makan di Kennny Rogers hatta KFC sekalipun tentu lebih berbaloi....



Ok kat atastu makanan untuk kali pinggan pertama aku... der macam2 gakler ... ayamtu okler tapi idakler sedap sesangat, yang aku geramtu kacang2tu memang keras cam masakjer.. nasibler pasta2tu okler... lepaih pinngantu aku amek gak ler sayur2 dan buah2an.... lepaihtu ais krim gak... lepaihtu der gakler kuih2... entahler tak ingat sangatler pulak.. tapi kiranya aku makantu okler limit untuk makan malam dah lewat dari kebiasaan,,,,

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Rabu, 25 Mei 2011

Selamat hari jadi untuk aku

Semoga pertambahan umur ini akan memberikan aku kesempatan untuk beribadah kepada MU ya Allah... semoga aku akan dapat melakukan yang TERBAIK untuk menjadi insan yang berguna kepada agamaku, bangsaku dan negaraku....

SURAT selamat hari jadi dari yang menyayangi aku.....



KEK dari suami aku....



♥ Aku WAJIB KURUS...♥

26th May.... Ok...

Oklah harini sibuk sikit update mana patutjerlerkan..

SARAPAN :- satu kuih lepat ubi, sedikit nescafe

Pergi ke Chulan Tower untuk ehem.. ehem... ehem...

LUNCH (10am to 12:00pm) : satu lepat ubi lagi dan 6 ketul buah melaka.
lepastu gi kedai mamak kat puncak makan tosei .. mintak 2 makan ngan atikah dan azalia.

Lepastu gi ofis banyak lak keje langsung tension.. entahler apa nak dikata...

Sebelum solat maghrib : pisang

DINNER (8:00pm) : okler just minum hi goat ngan roti beli kat uncle yang naik motortu.. aku suka roti tu sebab der kaya ngan mentega namanya roti mentega kaya... 1 1/2 sahaja...
niler roti manis yang ada kaya dan mentegatu... cari dianyer fakta nutritionnyer punyaler kecik tak nampak apa2 try guna cermin mata mertua aku still tak nampak... teruk tuller.... roti ni nampak cam durian lak...

Pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air putih elok untuk kesihatan....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Selasa, 24 Mei 2011

25 Mei 2011 ~ Happy Birthday To Me

Inilah hadiah hari jadi untuk aku dari aku sendiri disebabkan terpengaruh membaca Utusan Malaysia pada hari ahad yang lepas bertajuk MAKANAN SEGERA JADI LAMBANG STATUS.. Aku sebenarnya dah berhasrat sangat nak gunakan satu supplement yang tengah hangat di pasaran kini iaitu Litchin dari De Bella namun sebelum itu terasa ingin mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Doktor Natasyatu memang bestlah, seronok bersembang dengan dia namun oleh kerana program yang dicadangkan ( baca sini :
HORMON, ENZIM LANCARKAN TUBUH ) agak mahal untuk aku maka ambil cuma langkah kedua sahaja. Pernah dengar pasal Marisaa Estetik tuler dia programnya.

Tetapi adalah alternatif lain iaitu mengambil ubat seperti di bawah, aku ambik yang inilah untuk permulaan:-
Inilah pil untuk mengurangkan rasa lapar.. CEFAMADAR. Aku tak pernah dengarler lagi namani... tapi doktor Natasya kata ada gak rasa lapar tapi tak teruk sangatler.. harapnya.

Ini bukan pil atau ubat tapi digunakan untuk meningkatkan metabolisma (aku tak faham beno kaitannya tapi hentam sajalah labu). Namanya Recharge - energy in your hand. Doktor kata nanti kalau nak buat aktiviti yang agak aktif gosokkan recharge tu dan letakkan kat tempat dikehendaki, nanti peluh memang dasyatler berlaku. Belum cuba lagi nanti aku bagi tau apakah kesannya nanti... Doktor kata kalau drivepun rasa mengantuk buat cam gitu gak sapu-sapukan ditangan hilangler rasa mengantuk dan yang penting jangan buat gitu masa nak tidur nanti tak boleh tidur...




Ini pulak untuk membuang minyak dalam makanan (doktor cakap ingattu bukan minyak dalam badan - tu sebab kena program yang mahal tu baru seimbang ). Pernah dengarkan Xenical yang nanti kesannya ...Antara kesan sampingan pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar. Tak tau camana lagi harap tak seteruk disebut oleh Doktor...



Poliklinik Harmoni yang aku pergi tak teringat langsung nak ambik pemandangan dari hadapan klinik tersebut.. biasalah aku...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

25th May.... Apa yang terjadi hari ini?

Ok... aku dah pergi Poliklinik Harmoni seperti yang aku ceritakan pada satu entry nanti. Oleh itu aku harap ini akan jadi pemangkin kepada usaha aku untuk kurus, slim dan sihat.... Jom kita tengok apa yang dah aku lakukan pada tubuh badan aku ini...

Sebelum sarapan : pisang (1)... TQ...

SARAPAN (8:30 pagi) : 2 1/2 keping roti putih dan juga sardin (1)... bestnyer...

TENGAHARI (11:45am) : Mi goreng (aku bawak bekal dari rumah sebab lunchtu aku nak gi klinik)... so untuk setakat ini aku belum keluarkan sebarang belanja .. ye ha !

MALAM (6:30pm) : Roti 2 keping makan ngan sardin, mi goreng sedikit,pisang (1), sup daging sikit... memang kenyangler rasanya....

Kot nak jadi resipi esok, asam pedasni selalu gak buat tapi sajalah hanya untuk senang di masa hadapan.
Asam pedas ikan tenggiri cara dapurcomelku
Bahan-bahan:
ikan tenggiri keping
terung atau bendi
daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
sedikit kunyit hidup
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 inci belacan*(*tumbuk lumat)
air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
Tuang air dan masukkan daun kesum. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Tambah terung atau bendi , masak hingga ikan masak. Rasa jika perlu tambah garam.
Kalau suka boleh juga letak terung, bendi atau sawi jeruk...

Resepi Tauhu masak tiga Rasa dari dapurkuberasap

Bahan-bahan
2 keping Tauhu
1biji timun(diparut memanjang)
1 biji lobak merah(diparut memanjang)
2 sudu besar sos Plum
2 susu besar sos Cili@tomato
bahan perasa secukupnya
Kacang goreng ditumbuk halus
minyak masak secukupnya

BAHAN2 UTK DI KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
2 biji cili

CARA-CARA MEMBUATNYA
1/. Tauhu digoreng dan di potong mengikut citarasa masing2.
2/. Tumiskan bahan2 yang dikisar dan masukkan sos plum dam sos cili
3/. Bubuh perasa secukupnya dan tambahkan sedikit air sekiranya tak mahu kuah yang pekat
4/. Bubuh Kuah di atas tauhu tadi berserta timun dan lobak merah yang telah di parut memanjang berserta kacang tanah yang telah di tubuk halus
5/. Siap untuk dihidangkan

Layan je lah resepi yang simple kat bawah...oppss lupa nak share satu petua, bagi sesiapa yang suka makan Tauhu/Tahu..untuk mengoreng tauhu yang mulus dan cantik...semasa minyak telah panas..taburkan sedikit garam ke dalam minyak dahulu sebelum mengoreng.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

25 Mei... Menu hari ini

Aku masak per pagi ni.. jom tengok :-

SARAPAN :
Mi Goreng dan Sosej Goreng.
Mi goreng... kenapa yerk daun sup dan daun bawang akutu letak kat separuhjer? sebab macam biasa budak dua orangtu akan bising sebab banyak "rumput" dalam makanan mereka.
Harini aku masuk daging, fish ball dan fish cake.... wah meriah!

Sosej goreng untuk dua budak kecik yang kononnya untuk bawa bekal ke tadika tapi takder maknanya diaorang dah makan sebelum aku gi kerja lagi.

MAKANAN TENGAHARI :-
> Sup daging, ikan 1/2 goreng & 1/2 buat sambal, tempe goreng (act aku nak buat sambal tempe tapi sebab kalini aku goreng ranggup aku telah ngap banyak jadi tak leh buat sambal) itu ajaler,,,,

Sup daging bersayur atas dapur lagi.. Oleh kerana semalam beli daging aku teringin nak makan sup daging tapi taruk sayur sikitler cam karot, pak choy dan suun...


ikan tenggiri goreng dengan goreng tempe


Ikan tenggiri sambal....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Menu untuk minggu ini

Petangni selasakan, oleh itu aku nak pergi pasar tani di depan masjid BK5tu. Aku nak beli bekalan untuk memasak minggu ini untuk ibu mertuaku dan juga untuk dua orang puteri tercinta... Kadang2 kesian aku pada ibu mertuaku kerana dapat menantu yang tidak hebat dalam memasak ini, namun harapan aku dia dapat menerimanya dengan redha....

Dalam perancangan nak memasak minggu ini @ senarai menu yang mungkin menjadi pilihan :-

RABU :
Sarapan ~ mi goreng + udang + sotong
Sup ~ daging dan sayur
Asam pedas ~ ikan dan bendi
Goreng ~ ikan @ telur sahaja

KHAMIS :
Sarapan ~ lempeng
Masak halia ~ ayam
Masak sambal ~ ikan bilis
Goreng ~ sayur peria + udang.
Pindang ~ ikan + bendi

JUMAAT :
Sarapan ~ goreng karipap segerajer....
Sup ~ ayam + kentang + karot (jangan lupa daun bawang/sup)
Sambal ~ sotong + tauhu jepun
Goreng bawang ~ ikan

Resipi yang di C&P dari
koleksi resipi dari internet untuk rujukan : -


Bahan-bahan:

250 gm ayam - potong kecil-kecil
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.

Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan


Bahan-bahan:

½ ekor ayam
4 ulas bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia – hiris nipis
2 biji kentang
1 batang lobak merah
Lada sulah secukup rasa
Sedikit daun sup – potong halus
Sedikit minyak untuk menumis
6 cawan air

Cara penyediaan:

Panaskan api, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam, kentang, lobak dan lada sulah. Tutup periuk dan biarkan ayam separa masak.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Tutup api setelah ayam dan sayur telah empuk.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

24hb Mei.. apa kisahnya hari ini..

Ok... harini pulak tinggal sehari sahaja lagi aku nak sambut hari jadi aku itu. Oh dalam umur yang sekian banyak ini rasanya aku harus menghargai diri sendiri. Untuk hari ini akunyer catatan makanan yang masuk dalam perutku ini ialah :-

Sarapan dirumah : sedikit pulut lagi, sedikit air dutch lady (act budak2 yang mintak so aku tibailer sikitkan)..

Sampai ofis (9.00am) : gi sebelah dan makan 2 biji telur separuh masak...

Lunch (12.30pm) : beli kat van (RM4.50), nasi macam biasa sesedikit yang boleh sampai kakaktu heran tp dalam hati mesti cakap "dah gemuktu gemuk gak, tak yahler nak cover makan nasi sikit2).. tuler pasal sendiri yang perasankan... ok-ok aku makan lauknya paku goreng, masak perut dan telur puyuh (5).. telur lagi terlebih kolesterol hari ni...


Minum petang (4.30pm) : ha! nescafe kat atastuler, kaw-kaw punya... cuba teka aku kerja kat mana? tuler pasal aku susah nak kurus duk kat kerusijer tak banyak exercise.. salahkan kerjaler pulak... oh tidak.. Lepas ofisni nak pergi pasar malam nak beli lauk untuk minggu ini...

XTVT : Pergi pasar tani dengan jayanya... kos lebih kurang RM70 hancur.. baik punya tak tauler camner nak kurangkan belanjani mun dah ikan sahaja RM30 bukannya banyakpun.....

DINNER (6:30pm) : roti putih (2 keping), makan dengan sardin seketul.. syukur Alhamdulillah.. kuih bada kacang (1) dah lupa nama komersial kuihni... pisang (1).. dan juga sedikit air dutch lady stoberi (manis gilerkan)

Pisang memang mengenyangkan....

Malam : malamni hanya mengemas buku dan mainan budak2ni dengan jayanya...tak tahan tengok...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Isnin, 23 Mei 2011

Buat sendiri ala sandwich Subway

Resipini yang aku jumpa... Sebab aku suka ngat ngan sandwich subway tapi tang harga tak suka tu aku nak gak buat sendiri.. kalau gi makan kat subwaytu tak cukup kalau bawak duit RM10 so lebih baikler buat sendiri....

Sandwich Subway ala sayangsayangsayang

roti wholemeal
marjerin
garlic butter
bawang besar bengala (warna putih)
lettuce
cheese
kepingan ayam blackpepper, aku pakai brand 5 star... beli kat Mydin USJ (boleh di beli di mana² pasar raya)
optional :
tomato
pickles
buah zaitun
mayo
1000 island
mustard
timun jepun

cara-cara :
sapu roti wholemeal dengan marjerin dan sebelah keping lagi dengan garlic butter. kemudian potong bawang besar bulat² tapi hiris halus². pada masa yang sama juga, masukkan kepingan ayam ke dalam microwave masak selama 1 minit. hamparkan roti yang telah disapu marjerin/garlic butter di atas papan pemotong, letakkan cheese di atas roti dan letakkan kepingan ayam di atas roti yang lagi satu. kemudian letak bawang dan lettuce.kalau ada pickles or timun jepun or tomato or buah zaitun(yg slalu ada atas topping pizza) boleh la bubuh sekali. pastu kapit roti tadi dan potong 3 segi.. siap!! kalau korang suka letak sos, boleh letak.. kalau ada mayo or thousand island or mustard pun boleh letak tapi janganlah sampai banjir, tapi kalu suka banjir.. sukati koranglah, hehehe

Tuna Sandwish Ala Subway darijintanmanis



Bahan-bahanya

4 roti sandwish
hirisan tomato
hirisan bawang
hirisan daun salad
hirisan lada benggala hijau
hirisan buah zaiton
1 tin kecil tuna flakes
sedikit mayonis
lada sulah

Cara-caranya

1. Potong roti ditengah-tengah dan sapukan dulu dengan tuna flakes yang telah dihancurkan, kemudian susun salad, tomato, bawang besar, timun dan hirisan buah zaiton, dan lada benggala hijau.

2. Akhir sekali paipkan mayonis atas bahan tersebut, tutup roti sandwish dan tekan sedikit bagi kemaskan sayur atau salad yang terkeluar. Sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.


bahan sayur dan salad yang ros gunakan, pastikan yang segar-segar ye


Nota: Kalau nak letak sos tomato ke sos cili pun boleh, ikutlah selera masing-masing, tapi paling penting, sayuran semua tu kena segar, baru lah sedap mengunyah nye nanti. : ) , Inti tuna tu pun boleh tukar pada udang ataupun daging hancur, atau daging burger. Roti sandwish tuna ni sarapan dan juga merangakap menu lunch untuk ros hari ni

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

23hb Mei 2011

Lagi dua hari harijadi aku yang ke XX rahsialah konon.. bukan rahsia tapi sekadar malas nak war-warkan sahaja. Maka seharusnya untuk azam sempena hari jadi ini aku merasakan adalah perlu rasanya aku meneruskan usaha aku di blog ini dengan mencatatkan segala makan dan minum dan xtvt hidup untuk tatapan aku di hari muka. Bolehlah yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, barulah hidup berbaloi-baloi.

SARAPAN :
Ok aku minum bendani HiGOAT (Goat's Milk Powder) High Protein - High Calcium.. No Sugar Added. Entah kenapa aku beli bendani dulu akupun tak tau tapi yang penting cam aku minum susu biasa gak... Berat bersih sebungkus = 21gm dan tenaga = 106 kcal. Wah aku berangan2 nak ambik tau tentang maklumat pemakanan yang terdapat dalam setiap makanan aku.

B4 lunch (11am) : adalah segelas nescafe...

Lunch (12.30pm) : nasi (sesedikitnya), sayur bayam rebus, kaki dan hati ayam. (kedai sebelah harga RM5)
Dinner (6.30pm) : seingatnya KANTOI sebab makan pulut kuning sesedap rasa lebih kurang 1 sukatan... wah2 sedap weh aku memang hantu pulut... yang selainnyer karipap (1), lepaihtu udang tu aku makan gak dalam 5 ekor @ 7 kot... isyh... isyh...

Malam : Ok aku basuh kain dan jugak berjaya iron baju dengan banyak...thanks...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Gemuk terus menjadi-jadi...

Kesudahannya sehingga kini aku semakin gemuk dan gemuk dan gemuk. Aku nak gak kurus namun hakikatnya payah sesangat dan yang paling tak seronok aku semakin malas.. malas.. malas dan semakin hilang upaya untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya untuk menjadi lebih sihat, kurus dan berbahagia.

Kejamkah dunia ini kepada aku? oh tidak aku yang kejam pada diri sendiri... bila nak mulakan langkah yang berterusan untuk terus mengingati yang aku kena tahan nafsu makan, nafsu mata dan ingat hanya makan.. makan.. makan... oh tidak... AKU KENA BERTINDAK... MESTI... tidak boleh TIDAK... Tolonglah bantu diri sendiri..

Hadirlah bahagia... supaya aku lebih bersemangat dan berkehendak untuk menjadi lebih menyayangi diri sendiri...
♥ Aku WAJIB KURUS...♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...