Follow Me......

Selasa, 27 September 2011

Harini mulakan yang baik

Harini bermulalah hari yang baik untuk aku kerana memulakan hari dengan berjogging di taman depan rumah walaupun hanya 15 minit. Memang terasa kepuasannya..

Sarapan aku hanyalah nescafe 1/3 mug sahaja dan pada pukul 10.30 pagi aku minum air soya yang kena bancuh. So untuk sarapan ini rasanya aku bangga sesangat.

Untuk tengahari pulak aku hanya makan tosei dengan air limau panas di kedai mamak dekat dengan ofisni apa namanya Restoran Wafana (sebelah Maybank Bandar Puchong Jaya). Sebenarnya aku nak makan ikan singgang dengan cencaluk plus ulam sahaja tapi disebabkan aku nak jumpa dengan sorang kawan lama maka terpaksalah berubah menu ku tengahari ini.. tapi tetap syukur Alhamdulillah..

Petangni dalam perancangan nak berjogging di satu tempat yang baru aku ketahui tapi nampaknya mungkin tidak boleh bos aku mintak tolong tutupkan opis harini takkan aku nak balik awal kena tunggu orang semua balikler.. susah betoiler pegang kuncini.. tapi apapun aku tetap gembira kerana hari ini permulaan hari yang baik.
Terasa sedap tosei yang aku ambik gambar di villakejora blog.

Semoga hari ini akan berterusan dengan kebaikan.....
Aku WAJIB KURUS...


Ahad, 25 September 2011

Tolong jaga Makan

Bilakah bermula hari yang indah dan bahagia dengan makan hanya makanan yang berkhasiat dan tidak mengemukkan?? Memang sukar untuk aku menjadi seperti itu...
Langkah pertama inilah makanan yang TIDAK PERLU LAGI ~ say NO... NO ... NO ..
(1) Makanan yang BERKRIM.
Kek berkrim ~ menimbun lemaknyatu....
(2) COKLAT kesukaanku...Coklat kesukaanku
3)AIR MANIS DAN BERLEMAKIni juga kesukaanku yang harus dihindari dan dijauhi... mesti boleh.
(4) Makanan yang bergoreng dan berminyakMakanan berminyak kesukaan aku... belum lagi dengan mi karinyer dan sebagainya.

(5) Seaneka makanan yang sedap-sedap belaka..
Kalau keluarga suami aku berkumpul.. tengoklah makanan yang dihidangkan, takkan nak tengokjer mesti nak makankan.. tapi aku kena usaha untuk makan hanya sedikit bukannya MELANTAK... please...

Kalau ikut piramid makanan ini tentu hidup aku bertambah bahagia...

Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 20 September 2011

Inikah namanya diet

Lama betul ku tinggalkan blog slim aku ini sebabnya aku memberikan tumpuan kepada blog peribadiku yang lain Our Wonderful Simple Life sehingga terabai blogku ini. Dan faktor yang paling sadis ialah aku tidak berupaya untuk menurunkan walaupun sedikit berat badanku ini walaupun berpuasa sebulan so rasanya faktor kesedihan yang melampau itu telah mematahkan semangat aku untuk menulis di sini.. apapun perjuangan harus diteruskan juga untuk kehidupan yang lebih baik.

Inikah namanya diet.. sekejap bernafsu untuk menurunkan berat badan ini, beria-ia menolak makanan yang aku anggap musuh dan sekejap pulak aku merasakan tidak apa untuk menjamah sedikit makanan yang dianggap musuhtu. Lastnya dari nak rasa-rasatu aku melantak... OH TIDAK!!!!!!!!
Sepatutnya menjadi musuh ketat aku tapi alahai dah beli takkan nak tengokjer kan .. so ngapler...

Harap kesudahan yang baik dalam perjuangan aku untuk slim dan sihat ini begitu juga blog ini akan menjadi lebih bermanfaat dalam perjuangan ini... Kali terakhir dirumah adik iparku di Putrajaya pada 17/9 yang lepas timbangan aku adalah :-so.. tak reti-retiker nak kurangkan berat badantu... alahai...
Aku WAJIB KURUS...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...