2hb Jun... Betoi2 meronda

Hari ini aku dapat MC sebab2 tertentu... oleh itu aku ambik kesempatan ini untuk membawa mertuaku melawat abang ipar dia (abang kepada Allahyarham bapa mertuaku) di Teluk Menegun, Klang. Bapak sedara husband akuni telah dimasukkan ke hospital sebulan yang lepas namun oleh kerana mak mertuaku tidak berkesempatan untuk melawatnya lagi maka hari ini aku rasa masa yang sesuai....

Sarapan : di Pasar Seksyen berapa entah Shah Alam..
roti canai kecik (1), teh "O" limau panas,

dirumah aku sambung lagi makan kuih comel-comel... kuih katak(ala kuih yang der gula kat dalamtu warna hijau), talam berlauk, pulut panggang (2), kuih keria(2)...
lu kiraler sendiri kalori dia... isyh... per nak jadini... nasi lemak secopot giler tu separuh... giler ker apa aku harini... tu belum tengahari lagini... hancusssss...

TENGaHARI : rumah Mak Encah..
nasi (sedikit), nagka masak lemak, pajeri nenas, dan yang penting makan mi bandung dia sedap bebeno.. dan keropok pedastu lagi... dan air bergula lagi... isyhhhhhh!!! hancussss....

singgah rumah bibik (kakak arwah bapa mertuaku)
minum air sirap secawan....

PETANG : singgah rumah mak Usu, Shah Alam sebelum ambik suamiku balik kerja..
Sebab perutku benar2 full di sini aku tak boleh makan banyak sangat... (baguih-baguih perutku sekarang)...
tapi tetap makanler ... cendul sedikit, teh "O" secawan, mihun sup sedikit,

MALAM : memang tak boleh makan tapi tetap mengunyah kacang, minum sedikit air yogurttu....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts