Follow Me......

Rabu, 21 Oktober 2015

Minuman yang BOM ke bom bom...

Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:

8 ½ cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina

Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.

Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan. Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun:

timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Cubalahkan mana tau nanti cantik jelita pulak...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥
DIARI KURUS

Khamis, 18 Jun 2015

8 Tip Latih Anak Berpuasa

Hari pertama kita berpuasa...
Semoga semuanya cergas belaka...
Puasa bukannya langsung tidak boleh makan...
Cuma perut kita berehat sebentar dari bertugas...
Kot idak asyik bekerja keras sepanjang 11 bulan....
Especially perut akuni kesian dia tuannya kuat sangat makan....
Oklah kita yang dewasa dah tentulah wajib berpuasakan...
Ini ada tulisan dari majalah Rapi keluaran Jun 2015 tentang tip untuk anak kecil berpuasa...
Moga tulisan yang baik ini akan dapat di manfaatkan...
Majalah RAPI memang best untuk orang yang suka baca artikel untuk sihat dan rapi...
Kali ini aku beli majalah RAPI sebab aku suka tengok fesyen baju raya...
Cuma bila dah beli alamak tajuknya mini kurung serlahkan tubuh langsingmu...
Memang takler akuni tak sempat nak langsing walaupun puasa sebulan..
Eh.. eh meleret pulak...

SUMBER :: Majalah RAPI Jun 2015
Susunan : Norhayati Othman

Walaupun ibadah puasa diwajibkan kepada Muslim yang sudah akil baligh namun anak-anak kecil juga tidak terkecuali daripada menjalani ibadah puasa. Ada banyak kelebihan apabila ibu bapa melatih anak untuk berpuasa sejak dari kecil. Beberapa tip berikut boleh anda ikuti :

1) MULAKAN DARI KECIL
Ceritakan tentang Ramadhan dan tunjukkan contoh kepada anak-anak.Anda juga boleh biasakan anak-anak dengan membawa mereka menunaikan solat terawih dan berpuasa..

2) BELAJAR PERLAHAN-PERLAHAN
Apabila anak-anak sudah mengetahui tentang puasa, anda biasakan diri mereka dengan bangun sahur dan berpuasa. Mulakan dengan berpuasa beberapa jam sahaja dan selepasa itu, mula bertahan dan berbuka sehingga waktunya. Selain itu, ajarlah anak-anak melakukan ibadah lain seperti membaca al Quran secara rutin setiap hari..

3) BERIKAN HADIAH
Jika anak anda sukar untuk bepuasa, anda boleh memberi semangat kepada mereka dengan hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Namun berpada-padalah agar anak-anak tidak berpuasa kerana ganjaran hadiah..

4) BERJEMAAH
Bawalah anak anda ke masjid untuk memberi semangat dalam beribadah sepanjang Ramadhan. Berbuka puasa dan berjemaah di masjid dapat meningkatkan semangatnya untuk beribadah.

5) ALIHKAN PERHATIAN
Mengalihkan perhatian anak-anak dari godaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, anda perlu memainkan peranan dengan menukarkan perhatian kepada permainan atau aktiviti lain yang lebih berfaedah.

6) AJAR SECARA BERPERINGKAT
Ajarlah anak-anak anda secara berperingkat. Contohnya, kejutkan anak anda bersahurdan lambatkan waktu makan. Selain itu, anda boleh biasakan anak anda dengan berpuasa setenagah hari sehinggalah dapat berpuasa penuh.

7) SELESA SELAMA BERPUASA
Mungkin anak-anak yang baru memulakan puasa buat pertama kali agak susah untuk menyesuaikan diri. Sudah tentu mereka akan merasa lapar kerana terbiasa makan pada waktu tengahari. Jadi, untuk tempoh sebelum berbuka, ajaklah anak anda melakukan perkara yang menyenangkan seperti memasak agar waktu berpuasa tidak terasa lama..

8) PILIHAN MAKANAN BERKHASIAT
Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran. Selain itu, anda juga memerlukan makanan yang mempunyai indeks glikemik rendah untuk memastikan kadar gula darah stabil

TIP ::

* Jangan biarkan anak anda mengambil makanan pedas dan besoda kerana ia boleh membuatkan perut kembung.
* Elakkan anak-anak mengambil makanan yang terlalu masin, mengandungi bahan perasa yang banyak kerana ia boleh menyebabkan rasa dahaga....

Latihan semasa kecil untuk mereka berpuasa akan memudahkan mereka di masa akan datang...


♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Selasa, 16 Jun 2015

Salam Ramadhan

Terasa sekejapjer masa berlalu..
Macam baru sahaja kita berpuasa....
Alih-alih esok dah masuk Ramadhan...
Seronok juga memikirkan bulan Ramadhan ini...

Untuk yang ingin kurus inilah waktunya...
Ramai yang turun berat badan ....
Tapi ramai juga yang akan bertambah berat badan bila berhari raya...
Jadi ambillah kesempatan di bulan mulia ini...
Untuk beribadat dan menjaga kesihatan dalam masa yang sama....

Semoga usaha kita dibulan Ramadhan ini akan berkekalan....
Istiqamah jangan sekerat jalan....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...
Semoga ibadah kita akan diterima olehNya...

Gambar lama :::: Makan jangan gelojoh...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Isnin, 15 Jun 2015

Suka Suki Senang Hati

Hanya untuk simpanan...
Membuatnya tak tentu lagi...




Aku WAJIB KURUS...

Khamis, 28 Mei 2015

Resipi Pizza Telur

Ha.. terjebak sudah tengok resipi Diet Atkins...
Aku idakler sedang berdiet Atkinsnyer...
Baru baca pengenalan untuk Diet Atkins pun dah mengeletar...
Maalumler untuk Induction selama seminggutu memang payah...
Tang tak makan nasitu rasanya boleh tahan lagi...
Tapi tak boleh roti, mi dan lain-laintu aku mesti angkat tangan...
Meratah lauktu payah sikit ...
Mungkin dah dari kecik mak dah ajar tak boleh ratah lauk...
Yeler dulu kitani bukan orang senang...
Kalau makan laukjer tak makan nasi nanti lapar...
Keluarga aku dulu memang makan tiga kali seharijer..
Tengahari dan malam sudah tentu nasi...
Pagijer bertukar-tukar tapi kadang-kadang nasi juga...

Jadinya nasitu memang dah rutin...
Ratah lauk adalah dilarang sama sekali..
Kata orang tuapun tak elok nanti cacing...
Ha.. ha.. rupanya kalau ratah lauk manalah cukupkan....
Macam orang asing yang tinggal di Malaysia sekarangni...
Peratikan nasinya setimbun bubuh kuah dan lauknya satujer...
Gituler rupanya kami dulu emak nak kami makan kenyangjer...

Eh melalut pulak akuni...
Anyway memang tabik springler kat pendiet tegar Atkins...
Akak memang nak kurus tapi tak sampai seru nak berdiet Atkins lagi...
Apapun suka tengok resipi yang sesuai untuk mereka....
Mencari-cari idea untuk memasak...
Yer ker memasak??? Ini serius...
Per per pun...  Terima kasih kepada FIEZA.NET

Harus dicuba juga sebab nampak sedap..
Makan ngan nasipun sedap..
Isyh nasi pulak yerk... makan gitujerler...

Aku WAJIB KURUS...

Selasa, 26 Mei 2015

rESIPI dIET aTKINS

Cerita minggu lepas tercari-cari menu sihat...
Sekali terjumpa menu untuk si pendiet Atkins...
Nampak menarik pulak...
Hendak di simpan di PC dah penuh...
Jadi untuk senang nak refer (konon- selalunya tak buatpun) letak di sini...
Terima kasih untuk  MAYADIANA82









Menarikkan... senang nak baca...
Pendiet Atkins... aku memang tabik pada korang...
Aku memang tak mampuler...
Tapi  menengokkan resipi di atasni rasa cam sedap-sedap pulak..
Rasa cam berdiet tapi makanannya yummmy.. yummy...

Aku WAJIB KURUS...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...