Menu untuk minggu ini

Petangni selasakan, oleh itu aku nak pergi pasar tani di depan masjid BK5tu. Aku nak beli bekalan untuk memasak minggu ini untuk ibu mertuaku dan juga untuk dua orang puteri tercinta... Kadang2 kesian aku pada ibu mertuaku kerana dapat menantu yang tidak hebat dalam memasak ini, namun harapan aku dia dapat menerimanya dengan redha....

Dalam perancangan nak memasak minggu ini @ senarai menu yang mungkin menjadi pilihan :-

RABU :
Sarapan ~ mi goreng + udang + sotong
Sup ~ daging dan sayur
Asam pedas ~ ikan dan bendi
Goreng ~ ikan @ telur sahaja

KHAMIS :
Sarapan ~ lempeng
Masak halia ~ ayam
Masak sambal ~ ikan bilis
Goreng ~ sayur peria + udang.
Pindang ~ ikan + bendi

JUMAAT :
Sarapan ~ goreng karipap segerajer....
Sup ~ ayam + kentang + karot (jangan lupa daun bawang/sup)
Sambal ~ sotong + tauhu jepun
Goreng bawang ~ ikan

Resipi yang di C&P dari
koleksi resipi dari internet untuk rujukan : -


Bahan-bahan:

250 gm ayam - potong kecil-kecil
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.

Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan


Bahan-bahan:

½ ekor ayam
4 ulas bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia – hiris nipis
2 biji kentang
1 batang lobak merah
Lada sulah secukup rasa
Sedikit daun sup – potong halus
Sedikit minyak untuk menumis
6 cawan air

Cara penyediaan:

Panaskan api, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam, kentang, lobak dan lada sulah. Tutup periuk dan biarkan ayam separa masak.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Tutup api setelah ayam dan sayur telah empuk.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts