25 Mei 2011 ~ Happy Birthday To Me

Inilah hadiah hari jadi untuk aku dari aku sendiri disebabkan terpengaruh membaca Utusan Malaysia pada hari ahad yang lepas bertajuk MAKANAN SEGERA JADI LAMBANG STATUS.. Aku sebenarnya dah berhasrat sangat nak gunakan satu supplement yang tengah hangat di pasaran kini iaitu Litchin dari De Bella namun sebelum itu terasa ingin mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Doktor Natasyatu memang bestlah, seronok bersembang dengan dia namun oleh kerana program yang dicadangkan ( baca sini :
HORMON, ENZIM LANCARKAN TUBUH ) agak mahal untuk aku maka ambil cuma langkah kedua sahaja. Pernah dengar pasal Marisaa Estetik tuler dia programnya.

Tetapi adalah alternatif lain iaitu mengambil ubat seperti di bawah, aku ambik yang inilah untuk permulaan:-
Inilah pil untuk mengurangkan rasa lapar.. CEFAMADAR. Aku tak pernah dengarler lagi namani... tapi doktor Natasya kata ada gak rasa lapar tapi tak teruk sangatler.. harapnya.

Ini bukan pil atau ubat tapi digunakan untuk meningkatkan metabolisma (aku tak faham beno kaitannya tapi hentam sajalah labu). Namanya Recharge - energy in your hand. Doktor kata nanti kalau nak buat aktiviti yang agak aktif gosokkan recharge tu dan letakkan kat tempat dikehendaki, nanti peluh memang dasyatler berlaku. Belum cuba lagi nanti aku bagi tau apakah kesannya nanti... Doktor kata kalau drivepun rasa mengantuk buat cam gitu gak sapu-sapukan ditangan hilangler rasa mengantuk dan yang penting jangan buat gitu masa nak tidur nanti tak boleh tidur...




Ini pulak untuk membuang minyak dalam makanan (doktor cakap ingattu bukan minyak dalam badan - tu sebab kena program yang mahal tu baru seimbang ). Pernah dengarkan Xenical yang nanti kesannya ...Antara kesan sampingan pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar. Tak tau camana lagi harap tak seteruk disebut oleh Doktor...



Poliklinik Harmoni yang aku pergi tak teringat langsung nak ambik pemandangan dari hadapan klinik tersebut.. biasalah aku...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts