23hb Mei 2011

Lagi dua hari harijadi aku yang ke XX rahsialah konon.. bukan rahsia tapi sekadar malas nak war-warkan sahaja. Maka seharusnya untuk azam sempena hari jadi ini aku merasakan adalah perlu rasanya aku meneruskan usaha aku di blog ini dengan mencatatkan segala makan dan minum dan xtvt hidup untuk tatapan aku di hari muka. Bolehlah yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, barulah hidup berbaloi-baloi.

SARAPAN :
Ok aku minum bendani HiGOAT (Goat's Milk Powder) High Protein - High Calcium.. No Sugar Added. Entah kenapa aku beli bendani dulu akupun tak tau tapi yang penting cam aku minum susu biasa gak... Berat bersih sebungkus = 21gm dan tenaga = 106 kcal. Wah aku berangan2 nak ambik tau tentang maklumat pemakanan yang terdapat dalam setiap makanan aku.

B4 lunch (11am) : adalah segelas nescafe...

Lunch (12.30pm) : nasi (sesedikitnya), sayur bayam rebus, kaki dan hati ayam. (kedai sebelah harga RM5)
Dinner (6.30pm) : seingatnya KANTOI sebab makan pulut kuning sesedap rasa lebih kurang 1 sukatan... wah2 sedap weh aku memang hantu pulut... yang selainnyer karipap (1), lepaihtu udang tu aku makan gak dalam 5 ekor @ 7 kot... isyh... isyh...

Malam : Ok aku basuh kain dan jugak berjaya iron baju dengan banyak...thanks...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts