25 Mei... Menu hari ini

Aku masak per pagi ni.. jom tengok :-

SARAPAN :
Mi Goreng dan Sosej Goreng.
Mi goreng... kenapa yerk daun sup dan daun bawang akutu letak kat separuhjer? sebab macam biasa budak dua orangtu akan bising sebab banyak "rumput" dalam makanan mereka.
Harini aku masuk daging, fish ball dan fish cake.... wah meriah!

Sosej goreng untuk dua budak kecik yang kononnya untuk bawa bekal ke tadika tapi takder maknanya diaorang dah makan sebelum aku gi kerja lagi.

MAKANAN TENGAHARI :-
> Sup daging, ikan 1/2 goreng & 1/2 buat sambal, tempe goreng (act aku nak buat sambal tempe tapi sebab kalini aku goreng ranggup aku telah ngap banyak jadi tak leh buat sambal) itu ajaler,,,,

Sup daging bersayur atas dapur lagi.. Oleh kerana semalam beli daging aku teringin nak makan sup daging tapi taruk sayur sikitler cam karot, pak choy dan suun...


ikan tenggiri goreng dengan goreng tempe


Ikan tenggiri sambal....

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts