25th May.... Apa yang terjadi hari ini?

Ok... aku dah pergi Poliklinik Harmoni seperti yang aku ceritakan pada satu entry nanti. Oleh itu aku harap ini akan jadi pemangkin kepada usaha aku untuk kurus, slim dan sihat.... Jom kita tengok apa yang dah aku lakukan pada tubuh badan aku ini...

Sebelum sarapan : pisang (1)... TQ...

SARAPAN (8:30 pagi) : 2 1/2 keping roti putih dan juga sardin (1)... bestnyer...

TENGAHARI (11:45am) : Mi goreng (aku bawak bekal dari rumah sebab lunchtu aku nak gi klinik)... so untuk setakat ini aku belum keluarkan sebarang belanja .. ye ha !

MALAM (6:30pm) : Roti 2 keping makan ngan sardin, mi goreng sedikit,pisang (1), sup daging sikit... memang kenyangler rasanya....

Kot nak jadi resipi esok, asam pedasni selalu gak buat tapi sajalah hanya untuk senang di masa hadapan.
Asam pedas ikan tenggiri cara dapurcomelku
Bahan-bahan:
ikan tenggiri keping
terung atau bendi
daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
sedikit kunyit hidup
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 inci belacan*(*tumbuk lumat)
air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
Tuang air dan masukkan daun kesum. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Tambah terung atau bendi , masak hingga ikan masak. Rasa jika perlu tambah garam.
Kalau suka boleh juga letak terung, bendi atau sawi jeruk...

Resepi Tauhu masak tiga Rasa dari dapurkuberasap

Bahan-bahan
2 keping Tauhu
1biji timun(diparut memanjang)
1 biji lobak merah(diparut memanjang)
2 sudu besar sos Plum
2 susu besar sos Cili@tomato
bahan perasa secukupnya
Kacang goreng ditumbuk halus
minyak masak secukupnya

BAHAN2 UTK DI KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
2 biji cili

CARA-CARA MEMBUATNYA
1/. Tauhu digoreng dan di potong mengikut citarasa masing2.
2/. Tumiskan bahan2 yang dikisar dan masukkan sos plum dam sos cili
3/. Bubuh perasa secukupnya dan tambahkan sedikit air sekiranya tak mahu kuah yang pekat
4/. Bubuh Kuah di atas tauhu tadi berserta timun dan lobak merah yang telah di parut memanjang berserta kacang tanah yang telah di tubuk halus
5/. Siap untuk dihidangkan

Layan je lah resepi yang simple kat bawah...oppss lupa nak share satu petua, bagi sesiapa yang suka makan Tauhu/Tahu..untuk mengoreng tauhu yang mulus dan cantik...semasa minyak telah panas..taburkan sedikit garam ke dalam minyak dahulu sebelum mengoreng.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts