Follow Me......

Isnin, 23 Mei 2011

Buat sendiri ala sandwich Subway

Resipini yang aku jumpa... Sebab aku suka ngat ngan sandwich subway tapi tang harga tak suka tu aku nak gak buat sendiri.. kalau gi makan kat subwaytu tak cukup kalau bawak duit RM10 so lebih baikler buat sendiri....

Sandwich Subway ala sayangsayangsayang

roti wholemeal
marjerin
garlic butter
bawang besar bengala (warna putih)
lettuce
cheese
kepingan ayam blackpepper, aku pakai brand 5 star... beli kat Mydin USJ (boleh di beli di mana² pasar raya)
optional :
tomato
pickles
buah zaitun
mayo
1000 island
mustard
timun jepun

cara-cara :
sapu roti wholemeal dengan marjerin dan sebelah keping lagi dengan garlic butter. kemudian potong bawang besar bulat² tapi hiris halus². pada masa yang sama juga, masukkan kepingan ayam ke dalam microwave masak selama 1 minit. hamparkan roti yang telah disapu marjerin/garlic butter di atas papan pemotong, letakkan cheese di atas roti dan letakkan kepingan ayam di atas roti yang lagi satu. kemudian letak bawang dan lettuce.kalau ada pickles or timun jepun or tomato or buah zaitun(yg slalu ada atas topping pizza) boleh la bubuh sekali. pastu kapit roti tadi dan potong 3 segi.. siap!! kalau korang suka letak sos, boleh letak.. kalau ada mayo or thousand island or mustard pun boleh letak tapi janganlah sampai banjir, tapi kalu suka banjir.. sukati koranglah, hehehe

Tuna Sandwish Ala Subway darijintanmanis



Bahan-bahanya

4 roti sandwish
hirisan tomato
hirisan bawang
hirisan daun salad
hirisan lada benggala hijau
hirisan buah zaiton
1 tin kecil tuna flakes
sedikit mayonis
lada sulah

Cara-caranya

1. Potong roti ditengah-tengah dan sapukan dulu dengan tuna flakes yang telah dihancurkan, kemudian susun salad, tomato, bawang besar, timun dan hirisan buah zaiton, dan lada benggala hijau.

2. Akhir sekali paipkan mayonis atas bahan tersebut, tutup roti sandwish dan tekan sedikit bagi kemaskan sayur atau salad yang terkeluar. Sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.


bahan sayur dan salad yang ros gunakan, pastikan yang segar-segar ye


Nota: Kalau nak letak sos tomato ke sos cili pun boleh, ikutlah selera masing-masing, tapi paling penting, sayuran semua tu kena segar, baru lah sedap mengunyah nye nanti. : ) , Inti tuna tu pun boleh tukar pada udang ataupun daging hancur, atau daging burger. Roti sandwish tuna ni sarapan dan juga merangakap menu lunch untuk ros hari ni

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...