Diari SLIM 05-09-2013

Harini mintaklah dipermudahkan semuanya... Hari keempat menulis Diari Slim..

BANGUN :: 5.20 pagi (samajer setiap pagi.. cuba bangun lebih awal esok)

10.30 Pagi :::

- Roti bijirin penuh 1 keping (1 keping roti bijirin penuh = 80 kalori)
- Kopi O 1 mug

TENGAHARI  ( 1.30 tengahari ) :::

- Kerabu tauge
- sedikit sup ayam dan ayam tak der isi...
- Ayam Goreng separuh
- Maggi Goreng separuh mangkuk
- Limau sepotong
Ampun Tuanku... hamba tak makan kerabu taugehni... 
PETANG :::  1biji kurma ( 1 biji kurma = 30 kalori)
Sumber : KEVIN ZAHRI @ 5-contoh-makanan-yang-tidak-menggemukkan/

Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.
Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.
EXERCISE ::::
Jalan-jalan dengan Dik Ya lebih kurang 40 minit.. okler... mula-mula tak lerh kelam kabut...
 Posing tak hengat....
Bukti kami jalan-jalan.... 

PETANG (7.30 petang ) ::::

- Roti burger(1/2), Roti hot dog (1)  dan sayur-sayuran bermayonis ( anak-anak tak makan)
- Kuih Raya (1), Coklat emas (1)

Berjaya 4 hari tanpa nasi.. syukur... 

Aku WAJIB KURUS... 

Comments

Popular Posts