Follow Me......

Isnin, 2 September 2013

Diari Slim ~ 02-09-2013

Harini cuma ingin memulakan langkah yang betul walaupun kecil .... 
Harini permulaan untuk hari tanpa nasi....

Hari Tanpa Nasi = 1 hari

SARAPAN :::: 


Harini kantoi sebabnya ada banyak makanan yang di bawak dari majlis bertunang Nadia semalam terutamanya ialah kek. Aku makan entah berapa keping sebab tak berniat nak mulakan harini langkah-langkah untuk mereliasasikan ♥ Aku WAJIB KURUS... ♥. Ada kek lapis masam manis yang sangat sedap... Minumpun tidak, boleh gitu...

11.30 PAGI ::::

Balik rumah sekejap sebab tak bawak handphone, makan lagi kek lapis masam manis dengan kuantiti agak banyak... walaweh tak terfikir gak lagi  masani. Lepastu makan gak 2 ketul nugget pedas yang digoreng untuk Atikah bawak gi sekolah, boleh gitu... 

TENGAHARI :::

Kopi 3 in 1 dan biskut weetameal berkeping-keping (ni dah SALAH!!!) Takper tak terfikir lagikan... So esok no excuse, Plssssss!!!!!
GAMBAR dari :- JACOBS MALAYSIA

Lepas dari ini aku dah terfikir nak tulis DIARI SLIM ni balik, so takder alasan lagi ok... 

~ Mulakan kembali hari-hari tanpa nasi terlebih dahulu. 
~ Kurangkan pengambilan minuman manis.
~ Makan berpada-pada...

EXERCISE ::::  Dengan bangganya bolehler jalan-jalan dengan dik Ya di kawasan rumah kami selama 45 minit syukur Alhamdulillah...

MALAM (sebelum 8.00 malam) :::: rojak buah, jeli kelapa dan  bagai2 lagi.. memang tak berjayalah walaupun sedikit tapi memang tak berjaya dengan sepatutnya... namun usaha yang kecil ini diharapkan dapat memberikan kesan yang besar untuk memulakan hari esok....

TIDUR ::: 10.30 malam... 

♥ Aku WAJIB KURUS... ♥

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...