Hari Kedua ~ 15/03/2011
Hari Kedua....
Ok semalam dari segi pemakanan kira oklah walaupun ada juga yang kurang misalnya banyak minum air manis yang tidak tercatat sebab rasa macam tidak perlu.. tapi hakikatnya masih gagal untuk mengawal perasaan untuk minum air manis... Aku berharap hari ini akan lebih baik lagi hendaknya.. namun secara keseluruhan aku rasa seronok dan bangga diri....
catatan: nasi ~ 1 day hip hip hore...
SENAMAN : seawal pagi ini aku telah mengoyangkan badan dengan bermacam-macam exercise ringan yang membuatkan badan aku sedikit berpeluh.. syukur ALHAMDULILLAH... yang penting peluhkan lebih kurang 30 minit.. Sebenarnya aku nak keluar jogging tapi disebabkan kepala ini sakit semacam akupun fikir kalau lari setempat kat dalam rumahnipun dah lebih dari berbaloi-baloi... terima kasih ya Allah, Engkau yang memberikan idea ini. Ha! der buat sit up... kempislah wahai perut....
>> Sarapan : roti putih(3) + tuna (aku dah buat malam semalam boh dalam fridge) dan air milo 3in1.
pssst : okler aku tak minum air manis untuk pagini di ofis...
>> Tengahari(1.00) : roti putih (3) + tuna ... sebab banyak kat rumahpun takder orang lebih baik bawak ke opis.. jimat belanja lagik....lepaihtu sebab mengada-ngada beliler satu tosei makan separuhlebih kurang pukul 2.30petang..
>>Dinner (8.00pm) : bihun sup utara..
ALAMAK..... Dinner after 7.00 pm tidak seperti yang dikatakan.... nasibler tak berapa nak sedap so selamatler aku tak hirup kuahnya... Why late?? Coz last minute der satu clienttu fax dianya supporting document.. so kena settlekan sebab esok dan lusa aku ada course kat SC (Securities Commission) dan jumaat lak aku cuti.. kalau tak submit kesian lak lambat prosesnya nanti...
Ayat penyedap hati aku tidak goyang kaki lepas balik dari dinner di Puncak Kinrara tu tapi aku dengan xtvt gosok jangan tak gosok, gosok baju da!!
PSSSTT : Secara keseluruhannya aku berpuas hati gak namun kena atasi kelemahan yang ada.... yang pasti harini NO NASI so berjaya untuk hari yang kedua...
♥ Aku WAJIB KURUS...♥
Comments