4 Senaman Terbaik buat 'PLUS SIZE'

Bersenam atau melakukan rutin kecergasan bukanlah semata-mata untuk menyingkirkan lemak berlebihan dalam tubuh sebaliknya dapt membantu individu itu utnuk kekal fit dan berstamina tinggi. Kalau anda kurus sekalipun, tanpa senaman anda akan mudah merasa letih dan di serang pelbagai gejala penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan sebagainya. Jadi, jom bangun dan jangan malas!

Bagaimanapun, tidak semua senaman yang sesuai diamalkan untuk anda yang bertubuh besar. Faktor meminimakan tekanan pada sendi dan otot adalah hal utama yang akan diberi perhatian ketika memilih aktiviti yang hendak dilakukan. Mulakan dari senaman ringan dan perbaikilah pencapaian anda secara perlahan-lahan. Jadilah 'PLUS SIZE' yang kuat dan kekal cergas!

1 Berjalan Kaki

Ini adalah senaman permulaan yang baik bagi individu obes. Bagaimanapun, ia juga mampu menjadi senaman yang  menyakitkan dan memeritkan bagi anda yang sangat obes. Jadi, mulakan rutin jalan kaki anda pada jarak yang dekat. Berapa dekat? Maksudnya di sini, habiskan perjalanan anda apabila anda berasa terlalu letih dan tidak berupaya untuk meneruskannya lagi. Sebaiknya, mulakan latihan jalan kaki anda dengan berjalan mengelilingi rumah sebanyak dua pusingan di peringkat awal. Selepas seminggu, cuba pula untuk berjalan ke taman berhampiran dan selepas sebulan tingkatkan rutin senaman anda dengan berjalan mengelilingi taman pula.

2 Senaman Sambil 'duduk'

Ya, ini juga satu permulaan yang baik! Segala gerakan adalah satu petanda baik kerana anda mampu menggerakkan anggota anda yang mungkin 'terlena'. Kaedah ini juga baik untuk anda yang
yang sudah berusia. Gerakan yang disarankan amat mudah dan ringkas.
Contohnya, mengangkat dumbel, mengangkat kaki separas paha (leg lifts) dan anda juga boleh melakukan regangan ringan. Semua gerakan lombut ini amat membantu bagi individu yang obes untuk menyediakan dirinya bagi rutin kecergasan yang lebih berat kelak.
 3 AIR, Bantu bina kekuatan otot
Selepas anda mampu melepasi semua gerakkan senaman cara dudu, maka anda boleh mencuba senaman di dalam air. Apabila kita melakukan aktiviti regangn di dalam air, bebanan tubuh pada otot dan sendri akan berkurangan saat tubuh diapungkan. Keadaan ini dapat membantu mengurangkan tekanan seterusnya dapat membantu menghindari risiko kecederaan. Aktiviti air seperti renang dan aerobic dapat membantu membakar kalori disamping membina otot.
Graviti pada air akan menampung tubuh dan inilah yang membantu meredakan tekanan atau kesakitan saat melakukan regangan.
Mula kan latihan denagn memaut tepian atau palang kolam. Perlahan-lahan, regangkan kaki dalam gerakan seperti ingin menendang atau cuba kuakkan tangan anda sambil menolak tekanan air. Apabila anda sudah mulai selesa, anda boleh cuba berenang ulang alik pada kolam yang sederhana keluasannya sebanyak satu atau dua kali..
 
Ini xtvt untuk orang comeljer...
 
4 Yoga, semestinya !
Ada diantara postur dan posisi di dalam yoga yang sangat bermanfaat dalam membantu menyingkirkan lemak dari tubuh. Posisi seperti ‘twisting’, ‘backward bending’ dan ‘forward bending’ membantu mengurangkan lemak sekitar punggung, paha dan obdomen. Teknik  ‘sun salutation’ pula dapta membantu teknik pernafasan dan diantara langkah senaman yang terbaik untuk mempertingkatkan kesihatan paru-paru.


Aku WAJIB KURUS...

Comments

QA's ~ mamapapa said…
k'zila...sy ni malas betul n k bersenam,huwaaa!!!
Unknown said…
remy bersenam kat shopping complex jer...jln dan tawaf keliling...he3....

Popular Posts