Makan... Beringatlah sebelum terlambat!

Dari Majalah RAPI 15 November 2009
Gigih akak taip untuk tatapan..

Apa katanya?

Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe, beliau mengatkaan kebanyakan rakyat Amerika  mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. Dalam sebuah penulisannya, beliau mengatakan bahawa penduduk negara maju itu terlalu banyak mengambil daging, lemak, gula, alkohol, dan bahan perasa tanpa mengambil berat tentang kepentingan makanan, berserat. Pakar ini menegaskan, untuk sihat: KAWAL APA YANG ANDA MAKAN.

 
Ramai yang tahu, tetapi tidak mengendahkan amaran bahayanya makanan-makanan tidak sihat, Ayuh, berkenalan dengan "musuh-musuh" tubuhmu!

Aduh, berlemaknya! Tinggi kolesterol ni...

Untuk pengetahuan semua, lemak merupakan sumber terbanyak kalori. Makanan yang kaya dengan lemak dan berminyak memudaratkan! Ia menggalakkan masalah kegemukan, penyakit jantung, kencing manis, dan segala macam jenis barah. Baiklah, tidak dinafikan makanan seperti telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik. Namun, jika berlebihan buruk padahnya! Makanan-makanan ini juga kaya dengan kolestrol dan mampu meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit berbahaya. Makanan yang melalaui terlalu banyak proses ketika pembikinannya seperti makanan segera juga banyak lemak. Ada baiknya anda semua mula berfikir dua kali sebelum membeli pisang goreng atau cucur udang dari makcik seberang jalan sana!

Kamu kena tahu...

~ Burger yang anda anggap "penyelamat" kala perut menjerit kelaparan itu mengandungi lebih 35 peratus lemak.


 
~ Sedapnya! Sandwich atau burger yang diletakkan keju amat berlemak. Tahukah anda, bukan semua keju yang ada dipasaran itu keju. Pelik bukan? Kebanyakan keju merupakan cebisan keju yang bercampur dengan garam, gula, bahan perasa, asid laktik, pengawet, pewarna dan segala macam bahan yang tidak sihat.
 
~ Katakanlah anda seorang peminat kentang goreng, mungkin anda perlu hentikan tabiatmu itu. Ramai yang mengatakan kentang goreng adalah lebih baik dari ban tepung gandum. Salah tu! kentang goreng dibiarkan terendam dalam lemak tepu dan disediakan separa masak sebelum dibungkus. Kemudian, anda pula menggoerngnya dalam minyak. Bayangkan banyak mana kolesterol dalam kentang goreng anda itu? Lama-lama, anda berisiko mendapat serangan jantung. Purata lemak dalam satu hidangan adalah antara 11 hingga 16 gram lemak.
 
~ Usahlah anda berbangga jika makan ikan. Memang ikan baik untuk kesihatan, tapi kalau penyediaannya kaya dengan minyak dan lemak, maka ia tidak sihat lagi! Ayam pun begitu juga...
 
~ Terdapat beberapa jenis lemak. Ingin diingatkan, kesemuanya menggemukkan!
 
Aduh, masinnya garam!
 
Natrium klorida merupakan nama lain bagi garam. Pasti anda sukar nak percaya, tetapi sebenarnya pengambilan garam paling ideal adalah sebanyak 5 gram bersamaan satu sudu teh garam dalam sehari. Bayangkan berapa banyak yang anda ambil. Pagi makan mihun goreng, tengah hari makan pula nasi putih berlaukkan ayam masak lemak, petang kunyah kerepek ubi, dan malam pula teringinkan nasi goreng padprik. Aduh, ini bukan satu sudu teh garam dah, tapi satu balang garam sehari! (MELAMPAU ~ aku rasaler takkan satu balang)... Garam boleh diperoleh secara semulajadi dalam makanan, kerana itulah kita tidak digalakkan untuk mengambil garam tanpa henti. Tekanan darah tinggi akibat pengambilan garam berlebihan akan membawa kepada maut! Mahukan anda maut hanya kerana garam?
 
Kamu kena tahu....
 
~ Tekanan darah tinggi akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu mula mendapat serangan strok, masalah buah pinggan dan lumpuh tubuh badan.
 
~ Bagi memastikan tubuh bergerak dan bertindak balas secara normal, jumlah garam paling tepat untuk seseorang dalam sehari hanyalah sekadar satu sudu teh sahaja.
 
~ Garam bertindak sebagai span, menyedut air dalam tubuh dan menggalakkan tekanan darah seluruh badan.
 
Apa itu serat?
 
Pentingnya serat dalam tubuh dibuktikan dengan sebuah kajian yang menunjukkan tubuh memerlukan sehingga 70-80 jam untuk melalui sistem penghadaman tanpa bantuan serat. Kalau begitulah, bilalah nak ke tandaskan? Mengurangkan tempoh masa makanan melalui sistem penghadaman dapat menghindarkan seseorang itu diserang kanser usus dan menggalakkan kita membuangk sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk melancarkan prose ini, kita amat memerlukan serat!
 
Alahai, semanis gula...
 
Pencuci mulut atau sebarang makanan manis yang diproses seperti kek coklat atau ais krim mengandungi jumlah gula yang tinggi serta kaya kalori tanpa sebarang khasiat. Kehadiran gula mengganggu sistem pertahanan tubuh kerana ia menyingkirkan beberapa khasiat dan galian dalam tubuh. Makan gula banyak-banyak dan bersedialah untuk meraung sepanjang malam kerana sakit gigi. Bukan itu saja, mengamalkan makanan kaya gula akan menyebabkan masalah kegemukan, kencing manis, serangan jantung, dan sebagainya.
 
Kamu kena tahu...
 
~ Siapa kata tubuh memerlukan kandungan gula yang tinggi untuk bergerak sercara normal? Mengarut!
 
~ Sistem badan yang hebat akan menukar makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti dan uni untuk menjadi glukosa semula jadi dalam tubuh anda. Jadi, mengapa anda perlukan gula berlebihan?
 
~ Tidak dinafikan, gula penyumbang tenaga. Namun begitu, ia memudaratkan kerana tidak memberi sebarang khasiat kepada tubuh.
 
~ Berhenti beri alasan! Anda lemah atau tidak bertenaga bukan kerana kurang gula sahaja.

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

QA's ~ mamapapa said…
saya ni suka betul makan yg masin2..bilala nk tobat ;(
Unknown said…
masakan barat memang byk yg tak berkhasiat... sebab byk yg goreng dan grill.....

Popular Posts