Bagaimana nak urus BERAT agar lebih sihat
Syarat pertama
: Tanamkan sikap positif
Langkahnya :
*
Kurangkan makanan
yang bergoreng. Isytiharkan perang kepada makanan ringan.
* Makanan berlemak
memang sedap! Boleh, jika anda masih mahu tetapi tukarkan pengambilan makanan
yang berasaskan lemak haiwan kepada lemak dari sayuran.
* Bangun dan
bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Menurut kajian seorang saintis
dari Universiti Tubingen, Jerman, Norbert Stefan, MD, semakin kerap individu
yang obes bersenam maka semakin menurun kandungan lemak yang terkumpul di dalam
hati. Inilah yang dipanggil fenomena ‘fat-and-fit’ Hasil kajian ini turut
disokong Wylie Rosset, pengkaji dari Universiti Northwestern. “Dalam kajian
kami, individu obes yang masih kekal bersenam setiap hari mempunyai risiko yang
rendah untuk menghidap penyakit ‘gaya hidup’ berbanding individu yang mempunyai
berat yang normal. Ini kerana mereka yang kurus menyangka yang mereka tidak
perlu lagi bersenam sebab sudah langsing,” ujarnya. Justeru, penting bagi anda
untuk kekal mengamalkan rutin kecergasan meskipun berat anda tidak menunjukkan
pernurunan yang banyak.
* Kurangkan juga
minum minuman manis dan jauhkanlah tabiat makan kerana stress.
* Elakkan juga
memaksa diri melalui tempoh berdiet yang sukar. Penurunan berat walau hanya 2
kg dalam sebulan juga sudah memadai. Semakin anda berasa tertekan dengan saiz
tubuh, semakin kurang berat anda akan turun. Biar ia berlaku dengan normal dan
sementara itu jalani kehidupan seperti biasa.
*Bertemulah dengan
pakar perubatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang
sewajarnya.
♥ Aku WAJIB KURUS... ♥
Comments
BLOG DAIRI sLIM...mesti kena followwww nihh;)Tq utk info
Betui bebenor info sini. Kemer pun dah masuk zon berhati2, kawal itu ini utk sihat dan menten slim. heeee...