GOALS are DREAMING with DEADLINE

GOALS : Kurangkan berat badan
DEADLINE : 31hb Disember 2012

Goals are dreams with deadlines and action plans.1) Know what you want
S pecific : Aku WAJIB KURUS... Perlu kurangkan 6kg pada 31hb Disember 2012

M easureable
: Bermakna aku perlu sekurang-kurangnya hilang 2kg sebulan.

A chieveable : Rasanya boleh kot seminggu hanya turun hanya 0.5kg.

R ealistic : Sudah pasti realistik sebabnya tidak tergesa-gesa.

T imebound : Hilang 6kg dalam masa 3 bulan..
3) Visualize your goal :

Terus teringatkan Datin Norjuma ni yang dulu kecoh dia berisi selepas bersalin. Tengok sekarang sangat kurus dan nampak sangat muda.. Inilah inspirasi dan semangat yang harus akak contohi....

4) Take Cosistent Action :

Limitation : Limit yang paling ketara aku ini ialah MINDA aku. Sebenarnya aku mampu melakukan namun aku selalu fikir sebaliknya. Sebenarnya aku sudah kenyang tapi tau nak mengunyah.. mengunyah... walhal aku tidak memerlukan.. dan yang paling teruk ialah junk food, nampak sedikit tapi tolonglah kalorinya ya ampun...tolong ingat itu sikit bahawasanya jika lapar makanlah berkhasiat....

Strategy : Ingatkan anak2 beli makanan sihat, sentiasa fokus jangan makan mengarut, kalau lapar cari makanan khasiat atau minum air milo atau cari buah-buahan. Janganlah asyik teringat nak makan benda yang sedap dan mengabaikan makanan khasiat...

Action : Bawak bekal ke ofis, kurangkan makan kat luar, sentiasa minum air kosong, sentiasa termotivasi dengan selalu tengok blog kawan-kawan yang sudah kurus dan ingin kurus, ajak kawan-kawan sepejabat untuk kuruskan diri, belajar kira kalori, beli banyak buah-buahan...

" Taking action will turn your dream into REALITY "
Jangan biarkan diri ini terusan makan dan makan dan makan tanpa henti kerana ada pengiraan kalori yang perlu difahami. Duhai Cho Zila lihatlah dan amalkan...
⋡ Wanita: BMR = 655 + (9.6 x 81.5kg) + (1.8 x 153cm) – (4.7 x 42thn)
BMR AKU = 655 + 782 + 275 - 197 = 1515 kcal/day
DCR aku adalah = 1515 X 1.375 = 2083 kcal/day (purata kalori diperlukan sehari)

⋡ Kalau nak kurangkan berat badan mesti DCR minus 500kcal* bermakna hanya boleh amek 2083 - 500 = 1583kcal sehari.
(kenapa kurangkan 500kcal*?? kerana jika hendak turun berat 1lb (0.45kg),
hendaklah kurangkan 3500kcal dari DCR kita.
Bahagikan 3500kcal itu kepada 7 hari (1 minggu), maka kena KURANGKAN 500kcal sehari daripada DCR kita jika hendak turun berat.)

⋡ Hanya 1583kcal per day = Agih pengambilan kalori kepada 5-6 sajian. Maka 1590kcal/5 = 316kcal dalam satu sajian.

Ingattu tak banyak sebenarnya pengambilan kalori sehari yang boleh kau ambil wahai Cho Zila. Ingat itu...

"Bukalah MINDA!! Minda adalah seperti payung terjun ia hanya berfungsi apabila terbuka.. ~ Sir James Dewar~"

Aku WAJIB KURUS...

Comments

Popular Posts