Resipi Ikan Masak Singgang

Ikan masak singgang menu yang sesuai untuk diet dan juga menambah selera makan untuk yang kurang sihat.  Masak singgang memang sesuai  untuk si pen"diet" kerana menu rebus dantidak menggunakan minyak. Untuk menyesuaikan konsep suku suku separuh padankan menu ikan singgang dengan pelbagai ulaman bersama sambal zero belacan. 

Resipi masak singgang paling mudah dan berkhasiat janji janganlah kau hirup kuah semangkuk dan makan nasi bertambah. Moh kita! 
Nampak pucat tapi sedap yak yak yeah

Resipi Ikan Masak Singgang
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • garam secubit halus
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Masukkan serai, bawang merah, bawang putih dan halia dalam air anggaran 2 cawan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur (jika ada) akhir sekali. Rebus sehingga ikan masak.
  4.  Perasakan dengan  garam secukupnya. 
Ikut resipi singgang letak lengkuas tapi sebab tiada kira oklah tukar pada serai.  Rasa mungkin lari sikit tapi tetap berkhasiat. 
#menusihat
#dietmakannasi

♥be your own♥

Comments

Popular Posts