KEMBALI MEWARNAI BLOG ANGAN-ANGAN AKU

Hadir di sini kembali setelah sekian lamanya... Dari berat aku yang kurang sampai semakin berat terkini, hanya blog ini sahaja yang slim. Bila aku baca balik rasa gelihati, gigih juga aku rupanya. Macam-macam cara aku pernah cuba, nanti aku cuba cerita. 

Blog bukan wadah digemari pada masa kini tapi aku ingin berkongsi kenangan di sini. Blog tetap tempat aku boleh mencurahkan rasa hati. Kalau fb rasa malu2 sebab ramai kawan dan saudara mara menjadi 'pengintip'. Instagram pulak tidak seronok untuk menulis panjang-panjang. Aku ingin meneruskan angan-angan, tidak salahkan. Bermimpilah, kerana mimpi itu percuma!! 

❤"Jangan pernah berhenti bermimpi karena mungkin suatu saat nanti, mimpi kalian akan jadi kenyataan". - Bambang Pamungkas❤

Comments

Popular Posts