Harini mulakan yang baik

Harini bermulalah hari yang baik untuk aku kerana memulakan hari dengan berjogging di taman depan rumah walaupun hanya 15 minit. Memang terasa kepuasannya..

Sarapan aku hanyalah nescafe 1/3 mug sahaja dan pada pukul 10.30 pagi aku minum air soya yang kena bancuh. So untuk sarapan ini rasanya aku bangga sesangat.

Untuk tengahari pulak aku hanya makan tosei dengan air limau panas di kedai mamak dekat dengan ofisni apa namanya Restoran Wafana (sebelah Maybank Bandar Puchong Jaya). Sebenarnya aku nak makan ikan singgang dengan cencaluk plus ulam sahaja tapi disebabkan aku nak jumpa dengan sorang kawan lama maka terpaksalah berubah menu ku tengahari ini.. tapi tetap syukur Alhamdulillah..

Petangni dalam perancangan nak berjogging di satu tempat yang baru aku ketahui tapi nampaknya mungkin tidak boleh bos aku mintak tolong tutupkan opis harini takkan aku nak balik awal kena tunggu orang semua balikler.. susah betoiler pegang kuncini.. tapi apapun aku tetap gembira kerana hari ini permulaan hari yang baik.
Terasa sedap tosei yang aku ambik gambar di villakejora blog.

Semoga hari ini akan berterusan dengan kebaikan.....
Aku WAJIB KURUS...


Comments

Popular Posts