Harap berterusan semangat ini..

Biasalah blog diari diet Cho Zila yang sekejap ada sekejap hilangni... Tapi Cho Zilanya adajer di sini cuma kadang-kadang malu nak menulis... Dietnyer entah kemana sembangjer lebihkan.. Tapi syukurlah selepas hari rayani walaupun bukanlah diet sangat tapi aku buat peraturan untuk sihat.. Aku ikut juga sikit-sikit, walaupun tiada perubahan besar tapi rasa lebih selesa.. 

Peraturan pertama yang aku kena patuh ialah kurangkan minuman manis terutamanya minuman bikarbonat. Lebihkan minum air kosong sahaja dan titiskan jus lemon dan madu untuk rasa lebih enak. Aku hadkan minum air manis bergula hanya semug sehari. Akuni hantu kopi memang sehari nak juga minum air kopi. Dan lagi satu pantangnya kalau ke kedai mamak mesti "teh tarik satu"...

Peraturan yang lain itu ada lagi tapi minum air kosong menggantikan air manis menjadi keutamaan masa kini. Aku nak juga ikut diet protein Atkins tapi aku tahu mesti tidak menjadi. Hendak ikat perut jangan makan nasipun aku tak mampu inikan pula lupakan terus karbohidrat... Itu bukan aku rasanya...

Cumanya aku kini cuba kalau nak makan nasipun hanya sekali sehari dalam kuantiti yang sangat sedikit. Dalam peti aistu aku banyakkan sayur boleh buat ulam supaya boleh makan dengan nasi. Jadi otak kita duk fikir ok aku makan nasini banyak. Tidaklah perutni asyik hantar isyarat ke otak "Cho Zila kamu tak makan nasi, esok kena ganti double".

Sekarangnipun dalam peti ais kena ada buah-buahan supaya kalau lapar tidaklah mencari makanan bukan-bukan. Akuni memang kuat makan junk food, kalau anak beli potato chiptu emak dia yang makan lebih. Ah! harap dapat bertahan lebih lama dan lebih baik dari sekarang.. Sebab sekali2 aku makan juga Rota keropok udang kegemaran aku. Jadi kena kuatkan minda yang makan junk food tidak elok.. Mungkin ini peraturan kedua yang aku kena patuh..

Yang paling bagus sekarangni aku berpuasa sunat. Rasa sangat ohsem dapat puasa. Rasa berjaya kawal nafsu makan sebab dulu aku selalu kantoi. Dah berniat puasa tapi nanti waktu makan tengahari kawan ajak makan terus aku buka puasa. Sekarangni rasa macam tidak menjadi masalah malah rasa sangat santai.. Terima kasih Allah... 

Ok sekian dulu untuk catatan diari hari ini. Harap adalah lagi tulisan yang lebih memberikan motivasi untuk diri sendiri. 

Aku WAJIB KURUS...
Aku yang obesiti...
Semangat... semangat.. semangat...
Jangan gentar... teruskan usaha sehingga jaya...
Gambar di tepi tasik Putrajaya...

Comments

Popular Posts