Minyak Kelapa Medella

Makanan menyumbang 80% daripada cara hidup sihat kita. Jadi kita cuba ubah perlahan-lahan makanan yang masuk kefalam perut kita ok! Akak rajin jugalah  tengok resipi sihat dan selalu disarankan  menggunakan minyak zaitun @ olive oil untuk menumis. Masalahnya tekak akak kurang menerima minyak zaitun.

Jadi kali ini akak beli minyak kelapa jenama Medella yang selalu grup eat clean bersembang. Selepas mencuba nanti barulah boleh kata kena ataupun tidak dengan selera kita. Minyak zaitun tetap ada untuk masakan western.

Besok akak nak masak menu Nasi kerabu ayam bakar untuk  Online Coaching. Meal Plan OC  bulan Merdeka memang  sangat menarik! Semoga istiqomah...

♥inspirasi kurus♥

Comments

Popular Posts