Join JOM KURUS 1 MALAYSIA

Aku join program Jom Kurus 1 Malaysia kali ke 10 yang telahpun bermula 27/1/2018. Tujuan join program ini ialah saya nak kurus walaupun bertambah gemuk setiap hari dan tahun... Jadi mungkin dengan join program yang agak popular ini akan membuatkan aku lebih kuat semangat untuk menjadi insan sihat dan kurus... 


Aku tidaklah mempunyai target yang berpulu-puluh kilo cuma kalau boleh dapat turun bawah 90kg dan yang penting hari raya dapat pakai baju kebaya.. ha... ha... ha... taklah.. taklah target untuk program 6 mingguni aku target turun 5kg sahaja. Sesuai dengan umurlah gamaknya.. walaupun nampak tak memberangsangkan tapi berpijaklah dibumi nyata... 


Hujung tahun lepas aku ada mencuba diet dan exercise yang agak baik... Satu, aku tak minum air manis walaupun hati meronta sangat nak minum kopi ... aghhhhh... Dua, aku tak makan nasi. Tapi adalah juga makan nasi tapi memang sangat sedikit. Memang malu juga kalau pergi kedai cuma ambil lauk pauk sahaja, minum air kosong... Ketiga, aku merajinkan diri ke studio LiyLin di BK5 untuk beriadah dan juga berjogging di waktu pagi.. 

Ya Allah masatu berat aku dari 94.5kg pernah turun sampai 87.8kg... berapa kg penurunantu? 6.7kg betulkan malas aku nak cari 'calculator'. Aku kata bolehpun... tapi memang kena istaqomahlah ..... tapi... jeng... jeng.. jeng... aku mulakan program suka hati akutu hujung bulan September dan akhirnya awal bulan disember aku memulakan makan beransur-ansur.... mula minum air bergula sehari sekali dan bertambah-tambah dua kali dan akhirnya lebih teruk dah tak pandang air kosong lagi... alamak... nasi  juga serupa itu juga paham sahajalah macam biasalah dah kenyangpun boleh masuk lagi... alahai... ehm exercisepun kelaut... tapi alasan tetap ada, nak tahu nak tahu .. nak bagi tahu juga suami akak dapat mc selama sebulan disembertu dan masuk wad 15 hari... jadi pahamjerler yer...

Masalahnya bulan januaripun belum mula lagi jadi itu yang aku join Jom kurus 1 Malaysia.. Lama dah teringin nak join tapi ada sahaja masalah mendatang jadi kali ini terus mendaftar tanpa ada sangsi lagi.. Kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya...gitu... Jadi dengan "Bismillah' aku mulakan langkah ini, moga Allah merestuinya... 

Kenangan dengan rakan zumba...
Aku kena mulakan balik ....
Sambil ke jom kurus kita teruskan aktiviti yang dulu...
Mesti cepat sikit target tercapai...
Ameen....

Rupanya blog akuni dah setahun 2 bulan tidak berfungsi... alamak... oklah aku akan jadikan blog ini sebagai food diary aku untuk program jom kurus ini... moga bermanfaat...

Aku WAJIB KURUS...

Comments

Popular Posts