Follow Me......

Rabu, 21 Oktober 2015

Minuman yang BOM ke bom bom...

Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:

8 ½ cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina

Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.

Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan. Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun:

timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Cubalahkan mana tau nanti cantik jelita pulak...

♥ Aku WAJIB KURUS...♥
DIARI KURUS

3 ulasan:

Zie Azi berkata...

baru try yg lemon, just hiris lemon masukkn dlm air masak buat detox..
ok la rasa lemon sikit..salam perkenalan dr sy

Norain Omar berkata...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...