8 Tip Latih Anak Berpuasa

Hari pertama kita berpuasa...
Semoga semuanya cergas belaka...
Puasa bukannya langsung tidak boleh makan...
Cuma perut kita berehat sebentar dari bertugas...
Kot idak asyik bekerja keras sepanjang 11 bulan....
Especially perut akuni kesian dia tuannya kuat sangat makan....
Oklah kita yang dewasa dah tentulah wajib berpuasakan...
Ini ada tulisan dari majalah Rapi keluaran Jun 2015 tentang tip untuk anak kecil berpuasa...
Moga tulisan yang baik ini akan dapat di manfaatkan...
Majalah RAPI memang best untuk orang yang suka baca artikel untuk sihat dan rapi...
Kali ini aku beli majalah RAPI sebab aku suka tengok fesyen baju raya...
Cuma bila dah beli alamak tajuknya mini kurung serlahkan tubuh langsingmu...
Memang takler akuni tak sempat nak langsing walaupun puasa sebulan..
Eh.. eh meleret pulak...

SUMBER :: Majalah RAPI Jun 2015
Susunan : Norhayati Othman

Walaupun ibadah puasa diwajibkan kepada Muslim yang sudah akil baligh namun anak-anak kecil juga tidak terkecuali daripada menjalani ibadah puasa. Ada banyak kelebihan apabila ibu bapa melatih anak untuk berpuasa sejak dari kecil. Beberapa tip berikut boleh anda ikuti :

1) MULAKAN DARI KECIL
Ceritakan tentang Ramadhan dan tunjukkan contoh kepada anak-anak.Anda juga boleh biasakan anak-anak dengan membawa mereka menunaikan solat terawih dan berpuasa..

2) BELAJAR PERLAHAN-PERLAHAN
Apabila anak-anak sudah mengetahui tentang puasa, anda biasakan diri mereka dengan bangun sahur dan berpuasa. Mulakan dengan berpuasa beberapa jam sahaja dan selepasa itu, mula bertahan dan berbuka sehingga waktunya. Selain itu, ajarlah anak-anak melakukan ibadah lain seperti membaca al Quran secara rutin setiap hari..

3) BERIKAN HADIAH
Jika anak anda sukar untuk bepuasa, anda boleh memberi semangat kepada mereka dengan hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Namun berpada-padalah agar anak-anak tidak berpuasa kerana ganjaran hadiah..

4) BERJEMAAH
Bawalah anak anda ke masjid untuk memberi semangat dalam beribadah sepanjang Ramadhan. Berbuka puasa dan berjemaah di masjid dapat meningkatkan semangatnya untuk beribadah.

5) ALIHKAN PERHATIAN
Mengalihkan perhatian anak-anak dari godaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, anda perlu memainkan peranan dengan menukarkan perhatian kepada permainan atau aktiviti lain yang lebih berfaedah.

6) AJAR SECARA BERPERINGKAT
Ajarlah anak-anak anda secara berperingkat. Contohnya, kejutkan anak anda bersahurdan lambatkan waktu makan. Selain itu, anda boleh biasakan anak anda dengan berpuasa setenagah hari sehinggalah dapat berpuasa penuh.

7) SELESA SELAMA BERPUASA
Mungkin anak-anak yang baru memulakan puasa buat pertama kali agak susah untuk menyesuaikan diri. Sudah tentu mereka akan merasa lapar kerana terbiasa makan pada waktu tengahari. Jadi, untuk tempoh sebelum berbuka, ajaklah anak anda melakukan perkara yang menyenangkan seperti memasak agar waktu berpuasa tidak terasa lama..

8) PILIHAN MAKANAN BERKHASIAT
Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran. Selain itu, anda juga memerlukan makanan yang mempunyai indeks glikemik rendah untuk memastikan kadar gula darah stabil

TIP ::

* Jangan biarkan anak anda mengambil makanan pedas dan besoda kerana ia boleh membuatkan perut kembung.
* Elakkan anak-anak mengambil makanan yang terlalu masin, mengandungi bahan perasa yang banyak kerana ia boleh menyebabkan rasa dahaga....

Latihan semasa kecil untuk mereka berpuasa akan memudahkan mereka di masa akan datang...


♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts