Happy Birthday ,,,,
Inilah kek harijadi aku yang terkini.. dah berlalupun Mei yang lepas cuma moral of the story ialah aku makin TUA. Aku cuma nak mengingatkan diri sendiri tiap kali aku melihat kek ini.
Terima kasih suami kerana sentiasa mengingatinya, isterimu ini memang terlalu banyak melakukan kesalahan dan tidak mampun untuk menjadi yang TERBAIK untuk dirimu. Namun harapan aku terimalah aku seadanya dan teruskanlah memberikan sokongan kepada aku dalam meneruskan kehidupan rumah tangga kita ini.
Kepada dua puteri tercinta doakanlah semoga ibu mu ini akan dapat menjaga korang dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab.
Semoga harijadi tahun depan akan lebih meriah dan banyaklah berita baik dan gembira yang mengiringi perjalanan hidup ini hendaknya.
Comments