5hb Julai.... Bila nak slimnyer gini!!!

Harini dik Ya masih tidak sihat memang terasa tak nak datang kerja namun apakan daya aku hanya seorang pekerja.. tak ada kerja tak ada gaji... Aku memang tak sempat nak memasakpun harini maka pergiler membeli makanan untuk sarapan dan makan tengahari...
SARAPAN : pulut 1/2 ngan cekodok bawang 1 dan pulut panggang 3...
TENGAHARI : nasi sedikit, jantung masak lemak, telur masin dan ikan kembung goreng..
Kiranya aku tidak berjaya lagi hari ini....

MALAM : Aku tak makan sebab kelam kabut ngan nak bawak Ika gi klinik sebab dia demam dan nak bawak Dik Ya gi Hospital Putrajaya.. sampai aku terlupa nak makan...
♥ Aku WAJIB KURUS... ♥
Comments