Aku yang Obesiti

Lama sungguh tidak singgah blog slim akuni.. Bukan tidak teringat tapi mengenangkan nasib diri ini ku biarkan sahaja.. Namun tidak mungkinlah aku kena mengaku kalah sebelum berjuangkan... Aku kena berubah dengan usaha yang bukan ala kadar tapi kena lebih agresif...

Aku bukan sahaja obesiti tapi terlebih-lebih dan perlu dibantu.. Badan aku sudah dua kali ganda dari masa aku muda-muda dulu... alahai.. nak sedihpun tak guna tapi itulah kenyataan yang aku kena hadapi.. 

Misi aku nak menyorokkan badan aku yang gebus... 
Tengok (macam kak Engku cakap)... 

Sempena bulan syawal yang mulia ini aku berharap aku akan berubah... Kena kurangkan bukan sekilo atau berpuluh kilo kalau nak rasa selesa ... Hari ini aku berpuasa sunat Syawal.. Berpuasa sunat adalah antara yang boleh aku lakukan untuk mengurangkan nafsu makan yang membuak-buak ini.. Semoga bukan sahaja dapat kurangkan kilogram tapi dapat pahala dari Pencipta yang Esa.. Hari ini juga bermula hari tanpa nasi selama seminggu terlebih dahulu... Harap kalau ok bolehlah tambah bilangan harinya...

Yang paling penting sekarangni kena kontrol air bergula kerana akuni memang pantang nampak.. Inilah perjuangan dan sematkan dalam hati yang air kosong itu sedap... Insyaallah... 

Strategi yang lain-lain akan menyusul kemudian... 

♥ Aku WAJIB KURUS...♥

Comments

Popular Posts