Diet Hujung Minggu

RAPI : 15 November 2009
 
Bagaimana Anda Mengawalnya? 

' Hah! hunjung minggu datang lagi.. Nanti bolehlah aku berjumpa dengan kawan-kawan di bandar sambil mencuci mata. Takpun berkumpul bersama keluarga atau makan di luar...'
 
Itulah rutin setiap minggu, setelah penat bekerja, waktu berehat mesti ditunaikan. Jika lima hari bekerja, program diet anda berjalan lancar. Tetapi, apabila hujung minggu, program diet anda entah ke mana.
 
Kadang-kadang hujung minggulah, anda sanggup makan apa sahaja dan melupakan diet yang telah anda lakukan. Ehmmm!! Tidak salah anda menikmati makanan kegemaran seperti aiskrim, kek keju atau nasi lemak dan badan tetap langsing dan sihat. Tetapi ada caranya....
 
1 Selama 5 hari bekerja anda mengambil makanan yang sihat. Tiba masa pada hujung minggu, anda boleh menikmati makanan berkalori tinggi yang anda tinggalkan semasa bekerja. Ambil 80% makanan yang sihat dan 20% makan apa sahaja yang anda suka. BAGAIMANAPUN, nikmati makanan kegemaran dalam kuantiti yang kecil dan anda perlu aktif bergerak seperti berjalan kaki atau berkebun.
 
2 Untuk megelakkan anda merasa lapar, lebih anda mengambil sarapan pagi. Contohnya, bijirin, buah-buahan segar atau susu rendah lemak.
 
3 Jika terasa ingin mengambil coklat atau makanan manis, makanlah dengan perlahan-lahan. Fokuskan pada rasanya dan itu sudah cukup untuk anda menikmatinya.
 
Makan  Di Rumah Atau Di Luar?
 
# Sebelum anda ke restoran atau parti, makanlah buat atau yogurt rendah lemak dahulu agar perut anda tidak berkeroncong dan mengelakkan anda makan secara berlebihan.
 
# Pesan makanan terlebih dahulu daripada rakan yang lain. Kajian menunjukkan kita akan amakan lebih banyak (44%) apabila bersama kawan-kawan berbanding dengan makan bersendirian.
 
# Jika anda merasa kenyang dan ingin berhenti makan sebelum kawan anda, tutuplah makanan yang berlebihan itu dengan tisu atau minta pelayan mengambil pinggan anda.
 
# Anda boleh memberikan pencuci mulut kepada kawan anda.
 
# Kalau anda ingin makan pencuci mulut, pilihlah pencuci mulu yang menjadi kegemaran anda dan dalam kuantiti yang sedikit.
 
# Jangan berdiri berdekatan dengan meja hidangan kerana ia cenderung untuk anda mengambil makanan yang lebih banyak daripada makanan yang jauh daripada anda.
 
Jika anda makan di rumah...
 
# Jangan simpan makanan kegemaran anda di tempat yang senang anda melihatnya.
 
# Buat "jam malam". Jangan biarkan anda mengambil sebarang makanan lain selepas makan malam atau jangan makan selepas jam 8 malam.
 
# Kunyahlah gula-gula getah yang rendah gula atau tanpa gula. Cara ini mengelakkan anda mengambil makanan lain. Malah, mengunyah gula-gula getah selama 1 jam membantu anda membakar 11 kalori.
 
Perut Anda Yang Lapar @ Otak Yang Katakan Lapar?
 
a) Sudahkah anda minum segelas air pada tempoh sejam yang lalu?
~ Jika anda belum minum segelas air sejam yang lalu, maka minumlah secara perlahan-lahan. Jika dalam tempoh 15 minit, anda masih lagi merasa lapar bererti anda betul-betul lapar, jadi makanlah.
 
b) Berapa kali anda merasa lapar?
~ Tiba-tiba anda merasa ingin makan. Ini bermaksud otak anda berbicara dan bukannya perut anda. Cuba anda alihkan fikiran kepada perkara-perkara lain daripada memikirkan makanan. Bila anda menyibukkan diri, dalam masa 10 minit anda boleh melupakan rasa lapar itu..
 
c) Anda teringin makan sesuatu makanan?
~ Biasanya mengidamkan makanan yang masin, manis atau mengandungi lemak mampu merangsang zat-zat kimia ke otak yang membuatkan anda merasa lebih bersemangat. Saranan untuk anda, pilihlah makanan yang menyihatkan.
 
Aktiviti Sihat Selain Makan?
 
Hujugn minggu bukan untuk anda menghabiskan masa dengan mengambil makanan kegemaran tetapi anda boleh melakukan aktiviti sihat sperti:
 
~ Lima hari bekerja memang memenatkan, cuba anda cari aktiviti yang relaks dan tenang seperti menonton wayang, rawatan kecantikan (spa) atau membeli-belah.
~ Berkumpul bersama kawan-kawan tidak perlu dengan menikmati makanan tetapi cubalah aktiviti seperti menonton konsert, melawat muzium atau galeri.
~ Bersenam pula tidak menjadi masalah. Jangan lakukan senaman yang berat. Pilih aktiviti yang menyenangkan seperti berjalan-jalan, bermain tenis, badminton, menari dan sebagainya.

Aku WAJIB KURUS...

Comments

QA's ~ mamapapa said…
bru discovered blog k'zila yg ni..nk applyla semua tips akak ni..nk tyr..eheheh!! :)
Unknown said…
tip yg menarik......
Cik Puan Mimi said…
wah tips yg bagus ni.. thanks for sharing
Unknown said…
salam cho zila :)

memang ramai yg cari info mcm nih..terutama org pompuan...:)
Mimie said…
bagus tips yang akak bg nih

Popular Posts